08 | Jeon

12 1 0
                                    

Beberapa langkah sahaja lagi menuju ke cafe, lengan Jieun ditahan oleh seseorang membuatkan langkahnya terhenti begitu sahaja. Apabila melihat orang itu, terus dia melepaskan diri. Jaket tebalnya di peluk dengan kemas.

Apa lagi namja ni nak? berapa kali lagi nak bagitahu sampai dia faham? Dia cukup sabar menahan sikap marah apabila berhadapan dengan bekas kekasihnya ini. Dalam minggu ni je, hampir 3 kali mereka bertemu dan membahas benda yang sama.

Dia muak dengan rayuan Taeyong. Tak habis-habis nak ungkit benda lama. kisah lama mereka berdua dah lama dia lupakan tapi kenapa namja ni susah sangat nak terima hakikat yang mereka dah putus?

Dia ada Hyori dan dah berkahwin. Tambah lagi isteri dia tu mengandung anak dia. Apa lagi yang tak cukup? namja tu hampir mendapat hidup yang sempurna. Apa yang dia nak, hampir semua dia dapat.

Tak cukup ke satu isteri?

Kalau Taeyong cerai dengan Hyori pun, dia takkan jilat ludah dia balik semata nak terima namja tak guna tu. Dah puas hancurkan kepercayaan orang lepas tu nak kembali merayu. Annoying betul perangai namja satu ni.

Masa ada dipersiakan. Bila dah lama tak berhubung, mulalah nak cakap rindu dan menyesal dengan segala perbuatan lama tu. Bajingan betul.

"Kau nak apa lagi? berapa kali lagi aku nak ulang? aku tak akan terima kau. Mati hidup balik pun, aku takkan terima kau. Bangun lah dari mimpi kau."

Jieun ingin melangkah tetapi lengannya ditarik dengan paksa.

"Aku akan ceraikan dia! Kau faham tak?"

"Faham! aku cukup faham dengan perkataan tu. Kau nak kahwin banyak kali ke, cerai banyak kali, one night stand banyak kali ke, aku tetap takkan terima kau. Full stop!"

"Mana janji kau yang dulu? kau janji akan maafkan aku walaupun aku buat salah kan? mana Jieun aku yang dulu?"

Jieun tersenyum sinis. Hampir sahaja ketawanya pecah bila namja depan dia cakap macam tu. Zaman bila dia ungkit ni? zaman masa dia bodoh disebabkan buta akan cinta boleh lah.

"Yaa bullshit namja, dengar ni baik-baik."

Senyuman Jieun semakin sinis sambil melihat kearah belakang Taeyong. Lalu matanya kembali menikam anak mata Taeyong.

"Janji dulu? itu zaman bila dan siapa yang buat aku jadi macam ni? buang angan-angan kau untuk kembali dengan aku. Aku dah ada pengganti."

Taeyong ketawa apabila mendengar ayat terakhir Jieun. Apa tadi? penganti? Dah lama dia perhatikan gerak-geri Jieun dan apa yang dia tahu, hidup Jieun hanya dipenuhi dengan kerja, kerja dan coffee. Takde masa nak bercinta.

"Yaa, apa kau-" 

Kata-kata Taeyong terpotong apabila seseorang menahan tangannya untuk menyentuh Jieun. Pantas dia menoleh melihat orang itu tetapi apa yang membuatkan dia terkejut, namja itu menyembunyikan wajahnya di sebalik helmet hitam.

Namja itu adalah Jungkook. Dia baru je keluar dari cafe dalam keadaan terburu-buru sebab kelasnya tak lama lagi akan bermula. Tapi masa dia bersiap untuk pergi, matanya tak sengaja melihat pergelutan Jieun dengan seseorang. Awalnya dia tidak ingin menolong tapi entah kenapa tubuhnya seolah tidak boleh dikawal sampailah dia berani masuk campur.

"Kau ada masalah dengan dia?" soal Jungkook.

Taeyong menghempas tangannya. Wajah tak puas hatinya diperlihatkan sambil meniliti Jungkook dari atas sampai bawah.

"Kau siapa nak masuk campur?"

"Aku ta-"

Jungkook terus mati kata apabila lengannya tiba-tiba dipeluk. Matanya automatik membulat dan badannya menjadi tegang. Apa yang dah berlaku sekarang ni?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

No Dot | JungkookWhere stories live. Discover now