06 | Help her

14 2 0
                                    

Jungkook masuk ke dalam dewan dengan keadaan yang tergesa-gesa. Pagi ini dia terlambat bangun dan menyebabkan dirinya tertinggal bas. Kalau dia tak tolong Jieun semalam, mungkin dia tak lambat hari ni.

Sampai je dekat dalam dewan, tempat duduk yang kosong menjadi pilihannya. Dia memandang kearah sekeliling untuk mencari keberadaan kawan-kawan dia yang lain tetapi langsung tak nampak batang hidung.

"Ada orang kat tepi ni?" Soal seseorang yang baru hadir.

Dia hanya menggeleng lalu memberi sedikit ruang untuk orang itu duduk.

"Lee Nayeon imnida."

"Jeon Jungkook." Balas Jungkook ringkas dan langsung tidak memandang kearah Nayeon.

Matanya fokus kearah tengah pentas di mana ada seseorang yang sedang memberikan ucapan.

Matanya sedikit sepet melihat orang itu dan bila dia pandang ke arah screen besar, baru dia sedar bahawa orang itu adalah orang yang dia tolong semalam.

"Kebetulan apa ni?"

Monolognya sendiri. Dia tahu hari ni kolejnya mengadakan talk tentang kerjaya, tetapi dia tak tahu siapa yang akan menyampaikan talk tersebut.

Dalam poster pun takde letak gambar pencemarah. Hanya ada nama penceramah je. Masa dia baca nama tu pun, dia takde nak fikir panjang.

Apa yang dia tahu, lepas talk ni mereka semua boleh balik. Itu lebih penting dari yang lain.

Setelah berkongsi beberapa tips tentang kerjaya dan melontarkan beberapa soalan untuk dijawab, akhirnya sesi itu pun selesai.

Jungkook langsung bangun dan terus bergegas untuk mengambil motornya. Jadi bolehlah dia masuk kerja awal hari ni.

Dia berjalan di koridor sambil bersiul. Matanya melilau kearah sekeliling untuk mencari seseorang tetapi apa yang dia dapat adalah dia melihat beberapa orang sedang berkerumun.

Disebabkan sikap ingin tahunya meningkat, dia pun menuju kearah itu.

"Igeo mwoya?"

Soalnya sendiri apabila mengetahui apa yang terjadi. Beberapa pelajar namja sedang berebut-rebut untuk mengambil gambar dengan Jieun sekarang ni.

Dia melihat Chaewon yang sedang berusaha untuk mengawal keadaan itu, tetapi dirinya ditolak. Nasib baiklah Jungkook tangkas menangkapnya.

"Eoh, Taeri appa?"

"Gwenchana?"

Soal Jungkook lalu melepaskan pegangannya. Chaewon mengangguk kekok dan berniat untuk membantu Jieun tetapi pantas dihalang.

"Nanti awak jatuh tangga kalau kena tolak lagi. Biar saya bantu."

Jungkook menolak semua pelajar yang menghalang laluannya lalu berdiri tepat di dahapan Jieun. Dia sendiri pelik kenapa yeoja depan dia boleh popular pulak?

Adakah disebabkan wajahnya yang cantik? Atau disebabkan oleh pakaian dia yang mewah membuatkan dirinya menjadi tumpuan pelajar?

Atau disebabkan dia mempunyai cafe yang terkenal di Seoul?

Tanpa banyak bunyi, Jungkook menarik tangan Jieun menjauh dari kawasan tak terkawal itu.

Yang Jieun ni pun, dah tahu diri tu akan jadi tumpuan kenapa tak bawak pengawal peribadi?

Apabila berjaya keluar dari kolej, Jieun melepaskan tangannya dengan kasar. Dia dapat melihat pergelangan tangannya sedikit merah sekarang. Jieun mendesah kesal.

"Lain kali bawa pekerja namja kalau dah tahu diri tu akan menjadi tumpuan. Nasib baik pekerja awak tak jatuh tangga."

Bebel Jungkook tetapi matanya hanya memandang sekeliling. Dia terlalu takut nak tatap pandangan tajam Jieun sekarang ni. Sungguh mematikan.

No Dot | JungkookWhere stories live. Discover now