07 | The truth untold

8 1 0
                                    

Jungkook memperbetulkan topi Taeri sementara menunggu kedatangan Jieun. Dia masih tertanya-tanya kenapa yeoja tu nak berjumpa dengan anak dia malam ni? Di sebabkan tulah dia terpaksa balik awal semata-mata untuk semua ni. Bila dia bagitahu Taeri Jieun nak jumpa, boleh nampak wajah gembira budak kecil tu.

Apa lah yeoja berwajah dingin tu buat kat anak dia sampaikan anak dia suka betul dengan Jieun. Dia sendiri tak berapa berkenan dengan Jieun. Bukan disebabkan oleh paras rupa tapi disebabkan perangai dia yang dingin tu membuatkan Jungkook kurang berminat nak berurusan dengannya.

Mereka berdua bermain 'batu, kertas dan gunting' sebab Jieun tak kunjung datang. Tetapi tidak lama kemudian, orang yang ditunggu telah munculkan diri dan terus mengambil tempat duduk disebelah Taeri.

"Lambat kau sampai."

"Lebih baik lambat daripada tak datang langsung." 

Jiuen membuang muka. Nasib baiklah ada Taeri di  antara mereka berdua kalau tidak, dengan senang perkataan buruk meluncur dari mulutnya. Namja bunny ni memang suka panaskan hati orang ke macam mana?

"Kenapa datang berdua?"

Soalnya. Jungkook menaikkan sebelah keningnya. Apa yang dimaksudkan oleh Jieun tadi? yeoja ni tunggu kedatangan siapa sebenarnya?

"Soalan apa yang awak bagi ni? maksud awak Seongyoon hyung? kenapa dengan dia?"

"Isteri kau mana? kenapa tak ajak? Taeri, omma mana? kenapa tak ajak sekali?"

Taeri menggeleng kecil. "Taeri mana ada omma. Taeri ada appa je."

Jieun terdiam. Habis yang selalu datang ke sini dengan Taeri siapa?

"Yeri bukan omma Taeri?"

Taeri menggeleng lagi. Jieun berhenti bertanyakan soalan dan dia cuba untuk bertatapan mata dengan Jungkook tetapi namja itu lebih memilih untuk pandang kearah lain.

"Panggil saya ke sini kenapa? kalau nak berterima kasih dengan pagi tadi, rasanya tak perlu. Saya tolong sebab kesian bukan sebab nak dapat balasan."

"Boleh tahan sombong juga kau ni kan?"

Jieun menyilangkan tangannya. Mereka berdua saling bertatapan. Satu bagi tatapan tajam dan satu lagi bagi tatapan kosong. Manakala Taeri pula hanya diam. Tak faham dengan apa yang berlaku sekarang ni. Apa yang dia tahu, dia lapar sekarang ni.

"Appa bila kita nak makan?"

"Sekejap appa panggil wait-."

"Tak perlu. Aku dah order."

Pantas Jieun menghalang Jungkook untuk pergi. Namja itu kembali duduk dan disebabkan tak tahu nak buat apa, dia pun menyibukkan diri dengan telefon. Dia berharap sangat yeoja dengan tatapan mematikan ni bangun dari tempatnya. Dia betul-betul tak rasa selesa sekarang.

Ting!

Jieun memeriksa pesanan yang baru sahaja masuk. Pantas dia membuka pesanan itu lalu melihat isi kandungan pesanan tersebut. Dahinya berkerut apabila melihat video yang baru sahaja dia terima dari salah satu pekerja appanya. Tatapannya bertukar kearah Jungkook dan kembali ke screen.

Dia sedikit terkejut apabila orang yang dalam video sama dengan muka Jungkook. Tak mungkin namja tu yang tolong dia semalam. Kalau betul, macam mana boleh?

Video itu di tutup. Icon contact dia tekan lalu mencari nama seseorang untuk memastikannya. Telefonnya dilekapkan ke telinga. Jungkook memalingkan mukanya apabila mendapat panggilan. 

Jungkook menerima panggilan tersebut.

"Hello?"

"Jungkook?"

No Dot | Jungkookحيث تعيش القصص. اكتشف الآن