BAB 19

2.1K 90 3
                                    

" DINA..."

Aku mengeluh. Aku dah habis cakap tadi tapi dia nampaknya seperti masih belum berpuas hati dengan keputusan aku. Lantas, langkah diatur menuju ke keretaku.

" Dina..."

" Apa lagi abang?." Aku berhenti, pusing ke arahnya.

" Antara kita masih belum selesai lagi. Abang masih tak tahu apa salah abang sampai Dina berubah macam ni sekali."

" Kan Dina dah cakap, abang tak ada buat salah pun."

" No. I know there's something you hide from me."

" No. There's nothing."

" Abang tak percaya."

" Terpulang..." Penat aku bercakap. Lantak dialah nak buat apa pun. Aku terus buka pintu kereta tapi dia tutup pintu itu semula. Buatkan darah aku menggelegak.

" Abang nak apa lagi?."

" Abang nak tanya..."

Aku angkat sebelah kening. Beri lampu hijau kepadanya untuk menyoalku.

" Apa yang abang buat selama ni, langsung tak bermakna ke bagi Dina?."

Aku senyap. Tipulah kalau aku cakap tak. Telah terbukti apa yang dia buat selama ni mampu buat aku jatuh cinta padanya. Tapi, cinta itu menyakitkan bagi aku. Sebelum aku jatuh sakit kerana cinta, maka lebih baik aku menjauh darinya. Cukuplah aku anggap dia sebagai abang sahaja.

" Dina, abang tanya ni?."

" Tak ada. Dina cuma anggap semua yang abang buat tu lakonan semata-mata."

Dia menggeleng kepala seraya mengecilkan matanya. " You're lying."

" No, I'm not. Why would I?."

" Dah 50 hari kita jadi pasangan kekasih. Don't you feel the same feeling as mine?."

" Maksud abang?."

" I love you, Hayfa Irdina."

Terus laju jantungku berdegup. Bergetar seluruh jiwa dan ragaku. Aku... Tak salah dengar kan? Atau pun ini hanyalah ilusi semata-mata?

" Abang cakap apa tadi?."

" I love you, Hayfa Irdina. I love you so much."

Aku menggeleng tanda tidak percaya dengan apa yang aku baru saja dengar.

In denial...

" Abang sedar tak abang cakap apa ni?."

" Sedar. Sangat sedar. Abang dah lama cintakan Dina. Abang setuju dengan pelan Dina untuk jadi kekasih Dina tu pun sebab abang cintakan Dina. Abang harap 100 hari tu mampu buat Dina cintakan abang. Tapi abang gagal. Dina masih tak cintakan abang."

" Kalau Dina cintakan abang, abang nak buat apa pula lepas tu? Tinggalkan Dina? Pergi dekat perempuan lain? Macam tu ke Dato' Aidid Iskandar?."

" Tak. Bukan itu niat abang. Tak pernah terlintas langsung yang abang nak tinggalkan Dina."

" Sudahlah, Dato'. Saya dah penat dengan permainan Dato'. Dato' ingat bila Dato' ada pangkat, harta dan rupa, Dato' boleh buat apa saja yang Dato' suka ke?."

Entah kenapa aku rasa marah dengan tindakan dia. Sengaja setuju dengan pelan aku semata-mata nak buat aku jatuh cinta dengan dia? Tapi dia? Masih tak boleh lupakan bekas isteri dia. Belum cakap pasal perempuan yang dia suka tu lagi.

Memang sengaja nak permainkan aku ke apa?

" Dina, boleh tak bagi abang habis cakap dulu?."

" Nak cakap apa lagi? Sudahlah tu. Saya dah penatlah dengan Dato'. Mulai hari ni, hubungan kita tak lebih dari seorang abang dan adik. Full stop. Kalau abang masih nak cakap pasal ni, jangan jumpa dengan Dina lagi."

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now