BAB 20

2.3K 83 1
                                    

HARI SABTU...

Aku keluar ke mall berseorangan. Saja nak window shopping. Bosan duduk di rumah. Nak ajak Puteri, dia masih dalam mood honeymoon dengan suaminya. Nak bawak Mikael, dia ikut along dan kak long balik kampung pula.

Ketika aku melintasi butik pakaian ibu mengandung, aku nampak Hadi. Lantas, aku mendekatinya. Mahu menegur dia.

" Hadi..."

" Eh, Dina. Kau buat apa kat sini?."

" Saja. Window shopping. Kau buat apa? Shopping dengan Nuha?."

" Tak adalah. Aku seorang aje ni. Baru lepas jumpa klien. Saja singgah sini sebab nak belikan baju untuk Nuha. Sejak mengandung ni baju dia banyak yang dah tak muat. Perut makin membesar kan?."

" Betul jugak tu. Kandungan dia dah masuk empat bulan kan?."

" Haah."

" Dia macam mana? Sihat?."

" Macam tu lah dia. Kadang-kadang mood dia okay, kadang-kadang tak. Aku pun tak faham."

" Pembawakan budak tu."

" Itu sebablah aku banyak berdabar dengan dia. Dia mengandungkan anak aku kan. Aku kenalah sabar dengan perangai dia."

" Baguslah kau ni. Suami yang memahami."

" Kan? Baik kan aku?."

Aku menjulingkan mataku ke atas. Pantang orang puji, kembang langsung.

" Eh, dah alang-alang kau dekat sini. Tolong aku boleh? Kalau kau tak busy lah."

" Tolong apa?."

" Pilihkan baju untuk Nuha ni. Aku mana reti sangat bab-bab baju perempuan. Saiz dia aku tahu. Tapi taste dia tu susah sikit. Maklumlah aku lelaki. Mana aku nampak lawa tu belum tentu lagi lawa di mata Nuha."

" Hurmmm... Faham. Aku boleh aje tolong kau. Tapi pertolongan aku bukan percumalah. Ada bayaran dia."

" Kau dengan aku pun berkira kan?."

Aku ketawa. Seronok mengusik dia.

" Tak adalah kau ni. Aku gurau aje."

Seperti yang diminta Hadi, aku tolong dia pilihkan baju untuk ibu mengandung untuk Nuha. Banyak juga yang cantik-cantik. Mana yang aku kata sesuai untuk Nuha, yang itulah Hadi ambil dan bayarkan. Aku ketawa.

Betul-betul sayang bini ya dia ni...

Untung Nuha dapat suami macam Hadi.

Tiba-tiba terfikir...

Kalau aku kahwin, akan seberuntung itu ke aku? Atau pun sebaliknya?

" Terima kasihlah Dina sebab dah tolong aku belikan baju untuk Nuha ni. Kau memang pembantu yang baik."

" Sama-sama. Balik nanti kau kirim salam dekat Nuha tau. Nanti bila kau free, bawaklah dia jumpa aku. Aku dah lama tak jumpa dia."

" Yalah. Nanti aku bawak. Takut kau pula yang busy aje. Maklumlah orang tu berpangkat CFO dekat Perdana Hotel tu. Mesti tak cukup tangan nak buat kerja."

" Perli nampak."

" Bukan perli. Kenyataan."

" Kau bawak aje dia datang hotel. Aku boleh jumpa orang bila-bila masa di mana jua."

Hadi mencebik. " Mentang-mentanglah kerja dengan ayah sendiri."

" Dah rezeki aku nak buat macam mana. Kau tu tak payah nak sindir aku sangat eh. Kau pun apa kurangnya? Software engineer. Gaji banyak jugak kot. Kalau tak, tak adalah kau beli banyak baju untuk Nuha tadi. Nak dekat RM300 semuanya."

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now