BAB 32

2.2K 90 2
                                    

" HA! Borak apa tu?." Terjah Abang Aidid. Terhinjut bahu aku dan umi. Terkejut.

" Ish, budak ni! Terperanjat umi. Nasib baik umi tak ada sakit jantung."

" Sebab tak adalah Aidid buat." Balas Abang Aidid. Selamba aje jawapan dia. Dia mendekati aku.

" Sayang berborak apa dengan umi? Hmm?." Pinggangku dipeluk dari sisi.
Pipiku terasa berbahang. Malu bila dia berkelakuan seperti itu di hadapan umi.

" Tak ada berborak apa-apa pun. Just a woman talk. Kan, umi?."

" Ha ah."

Aku tolak tangannya dengan lembut dari pinggangku. Malu bila mata umi turun melihat ke situ dan tersenyum. Tapi Abang Aidid mana makan saman. Dia peluk aku semula. Malah, lebih kejap.
Kali ini, aku hanya biarkan. Pasrah.

" Bukan mengumpat pasal abang?."

" Tak ada kerjalah nak mengumpat pasal abang. Perasan aje dia ni. Kan umi kan?." Soalku kepada umi. Mahu umi sokong kenyataanku.

Umi ketawa. " Macam-macamlah korang ni. Umi pergi depan dululah. Bye..."

Umi tinggalkan kami berdua di dapur itu. Buat aku rasa janggal dengan keadaan pinggangku masih dipeluknya.

" Betul eh tak ada mengumpat pasal abang?."

" Tak ada. Jangan perasan sangat boleh tak?."

" Bukan perasan. Takut aje. Abang tak nak isteri abang buat dosa mengutuk suami sendiri."

Aku jeling dia. " Abang nak apa datang sini? Nak air ke? Dina ambilkan eh?." Aku leraikan tangannya di pinggangku. Melangkah ke arah sinki.

" No, tak nak air."

" Habis tu?."

" Abang datang sini sebab..." Tergantung di situ. Kaki Abang Aidid melangkah mendekati aku buatkan aku mengundur ke belakang sehingga tiada lagi ruang untuk aku bergerak. Dia mengunci terus pergerakanku dengan mengepung aku kiri dan kanan. Aku tahan dadanya agar tubuh kami tidak bersentuhan.

" Nak cari seseorang." Sambungnya.

" S-Siapa?."

" Pencuri hati abang. Dia ada dekat depan mata abang ni." Ujar Abang Aidid dengan suaranya yang sudah bertukar romantik. Dengan suaranya yang husky itu, benar-benar menggugat jiwa. Wajahku bertukar merah. Aku telan liur yang tersekat di kerongkong.

Aku berdeham. Kumpul ketenangan walaupun jantung sudah berubah rentak.

" Tak payahlah nak sweet sweet sangat. Kita dekat rumah umi ni. Behave sikit!."

Abang Aidid ketawa macho. " Why? Apa salahnya kalau kita dekat rumah umi pun? Dah halal kan?."

Aku memaling wajah saat dia mendekatkan wajahnya. Terasa hembusan nafasnya menampar lembut kulit pipi.

" Abang... Please! Not here. Nanti umi ke abi nampak!." Ujarku dengan mata yang dipejam.

" Biarlah. Kita dah halal. We can do what ever we want." Bisiknya di telingaku. Berdiri segala buli romaku. Maya dipejam lebih erat lagi bila wajahnua semakin rapat. Tiba-tiba terasa tanganku diraihnya dan dia meletak sesuatu yang lembik di dalam genggamanku.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku lihat benda yang ada di dalam gengggaman aku. Mataku meluas.

" Argh!!! Cicak!." Aku mengoncang tangan supaya cicak tersebut jatuh dari tanganku. Badanku menggeliat kegelian. Aku tak boleh! Aku geli dengan cicak. Geli!!!

Telingaku menangkap suara Abang Aidid ketawa. Aku pandang dia dengan wajah yang berkerut. Masih terasa geli.

" Abang!!!!." Jeritku. Aku tampar dadanya bertubi-tubi. Marah! Dia semakin galak ketawa.

" Ni apa yang bising-bising ni?." Muncul umi dengan abi.

" Umi... Tengok abang. Dia bagi cicak dekat Dina tadi." Aduku. Biar kena marah dengan umi pula.

" Ya Allah... Aidid! Dah tahu isteri tu geli dengan cicak, yang pergi bagi cicak dekat Dina tu kenapa?."

" Saja aje umi. Nak bergurau senda dengan isteri." Balasnya dengan ketawa yang masih bersisa. Aku mencerlungnya tajam. Gurau senda? Eh, menyirap pula aku dengar. Kenapalah masa aku tak masukkan cicak dalam mulut dia aje tadi?

" Haih... Nakal betul! Abi ingat apalah tadi. Terperanjat abi dengar Dina menjerit." Ujar abi. Abi juga turut ketawa kecil sebelum menghilang ke depan semula.

" Dahlah Dina. Jom ikut umi. Tak payah layan suami kamu tu." Umi tarik tangan aku supaya mengikut langkahnya. Sempat aku menjeling suamiku itu yang masih tak hilang tawanya.




Bunyi ketukan di pintu bertubi-tubi membantutkan lenaku. Baru aje pejam mata. Kacaulah dia ni.

" Sayang..."

Aku buat-buat tak dengar. Biar padan muka dia. Tidur luar dia malam ni. Tadi seronok sangat kacau aku dekat rumah umi kan?

" Sayang... Bukalah pintu ni. Abang nak tidur dengan sayang. Tak best tidur dekat luar."

" Sayang..."

" Ishh! Sayang... sayang. Bisinglah. Tidur ajelah dekat luar tu. Tidur dengan cicak tu semua. Best sangat kan kenakan orang?."

" Abang gurau aje sayang."

" Gurau-gurau. Ingat kelakar kot usik aku dengan cicak tu. Dah tahu aku geli. Nak juga usik aku dengan binatang tu. Eee geram aku!." Omelku sendirian sambil jeling ke arah pintu. Macamlah dia nampak jelingan aku.

" Sayang... Bukalah pintu ni. Sayang tak sayang abang ke?."

" Tak!." Jeritku kuat.

" Sampai hati... Tak apalah. Biarlah abang tidur luar malam ni. Biar abang mati kesejukan. Sayang bukan sayang abang pun kan?."

Aku menjulingkan mata ke atas. Macamlah suhu malam dekat Malaysia ni cecah 14 darjah celcius yang boleh buat dia mati kesejukan.

" Sayang..."

Bantal di sebelah diambil dan aku tekup telinga. Dah tak dengar suara dia. Bolehlah aku tidur dengan aman.

Terasa pergerakan di pinggangku buatkan aku terjaga dari lena. Perlahan-lahan aku membuka mata yang masih memberat. Aku lihat tangan Abang Aidid melingkar di pinggangku. Daripada mengantuk, jadi segar mataku.

Aku mahu bangun. Namun, pelukannya sangat erat sehingga aku tak mampu melepaskan diri.

Macam mana dia boleh masuk? Aku rasa aku dah kunci pintu bilik semalam.

" Hmmm... Sayang nak pergi mana?." Soalnya dengan suara yang mamai. Betul-betul di belakang telingaku. Aku jeling kewat ekor mata. Oh, sedar rupanya.

" Macam mana abang boleh masuk?."

" Kunci spare."

Patutlah...

" Bukan ke Dina dah cakap yang abang kena tidur luar?." Suaraku naik satu oktaf.

" Shh... I need to sleep. Semalam abang tak dapat tidur sebab tak ada bantal peluk abang. Bila abang dapat peluk Dina, baru abang dapat tidur."

" Mengada-ngada. Tidur dekat ruang tamu aje pun. Bukannya luar rumah. Lain kali kacaulah Dina lagi dengan cicak tu."

" Tak ada lain kali dah. Semalam last abang buat. Dah serik. Abang tak nak tidur luar. I can't sleep without hugging you like this." Ujarnya. Terasa pelukan dieratkan lagi.

" Abang minta maaf. Abang janji abang tak bergurau macam tu lagi dah." Belakang kepalaku dikucup sebelum bahuku turut menjadi sasaran bibirnya.

Haih... Kalau macam ni lah gaya dia minta maaf, memang mudahlah hati ni cair. Hilang api kemarahan semalam.

Bersambung...

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now