Bab 38

2.3K 77 1
                                    

HARI ini, dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Dia sudah tentu gembira. Sampai sahaja di rumah, aku mengiringi dia naik ke tingkat atas dan membantu dia membaringkan diri di atas katil.

Aku betulkan bantal sebelum dia mendaratkan kepalanya agar dia selesa.

" Abang berehat, okay? Dina nak turun bawah. Nak buat bubur. Kalau nak apa-apa, panggil aje Dina."

" Okay, sayang." Balasnya.

Aku turun ke dapur. Nampak Mak Seri. Pembantu rumah kami. Dia tersenyum kepadaku.

" Datin nak apa-apa ke?."

" Saya nak buat bubur, Mak Seri."

" Nak Mak Seri tolong?."

" Boleh juga. Mak Seri tolong potongkan ubi kentang dan lobak merah, boleh? Saya nak hiris ayam dengan bawang putih dan bawang merah."

" Boleh, datin."

Mak Seri menurut arahanku. Aku pula keluarkan ayam dari peti. Rendam dalam air terlebih dahulu. Bawang putih dan bawang merah pula aku hiris kecil-kecil.

Setelah semua bahan sudah disediakan. Barulah aku buat bubur. Mak Seri membantu aku memasukkan bahan-bahannya ke dalam periuk. Kerja aku jadi mudah kerana Mak Seri.

Bila dah siap, aku cedok sedikit bubur itu dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Disebabkan mangkuk itu masih panas, aku letakkan di atas dulang. Senang  untuk aku bawa naik ke tingkat atas.

Masuk ke dalam bilik, aku panggil dia.

" Abang..."

Mata yang terpejam rapat itu mula mencelik.

" Bubur dah siap. Abang makan eh?."

" Sayang suap." Suaranya.

" Yalah." Aku labuhkan punggung di sisinya. Perlahan-lahan dia bangun dan bersandar pada kepala katil.

" Baca bismillah." Arahku. Dia hanya menurut. Membaca bismillah sebelum makan.

Aku cedok sedikit bubur menggunakan sudu. Tiup terlebih dahulu sebelum disuakan ke mulutnya.

" Sedap?."

" Isteri abang buat mestilah sedap."

Jawapannya buat aku tersenyum. Kembang hati dengar pujiannya. Mahunya setiap hari aku buat bubur nanti.

" Rasa macam nak sakit macam ni sampai bila-bilalah." Ujarnya. Buat aku tak jadi menyuapnya. Aku kerutkan dahi.

" Kenapa pula?."

" Sebab abang nak sayang suap abang makan setiap hari. Ini tak. Masa abang sakit ajelah, sayang nak suap abang pun. Bila abang dah sihat nanti, dah tak ada dah suap-suap ni semua. Suap sendiri aje."

Aku kecilkan mata. Itu alasan dia nak sakit? Entah apa-apalah. Mengada-ngada macam budak-budak. Disebabkan geram mendengar kata-katanya itu, aku mencubit lengannya.

" Aduh! Sakitlah sayang."

" Padan muka. Nak sangat sakit. Dina cubitlah abang. Cubitan Dina pun sakit juga."

Mukanya masam. Bibir memuncung. Tak puas hatilah tu kena cubit.

" Dina punyalah jaga abang nak bagi abang cepat sihat. Dia boleh pula minta nak sakit sampai bila-bila. Tak kesian kat Dina ke? Suka tengok Dina risaukan abang?."

" Suka. Barulah abang nampak sayang Dina pada abang." Dia tunjuk sengihnya. Langsung tak rasa bersalah. Makin bertambah geram aku.

" Banyak lagi cara nak tahu Dina sayang abang ke tak. Bukannya dengan buat Dina risau!." Aku menjelingnya sekilas.

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now