Bab 49

2.5K 74 1
                                    

BERHATI-HATI aku berjalan. Entah ke mana arah tujunya pun aku tak tahu. Dengan mata yang dipejam dengan tangan Abang Aidid, buatkan aku sukar untuk bergerak. Hanya bergerak mengikut arahannya saja. Dia suruh aku jalan terus, aku jalan terus. Dia suruh aku belok ke kanan atau kiri pun aku hanya menurut.

" Abang... Kita nak pergi mana ni?." Soalku. Dia ketawa.

" Sabarlah. Dah nak sampai dah."

" Cepatlah. Gelap ni."

" Memanglah gelap. Dah sayang tutup mata. Sabar sikit. Dah nak sampai dah. One more step."

" Dah sampai!." Ujarnya. Mata aku masih ditutup olehnya. Aku melompat-lompat kecil. Apalah yang tengah buat ni? Tadi, dia suruh aku pakai dress lawa-lawa. Ingatkan nak keluar, bila dah turun ke bawah, alih-alih aku kena tutup mata pula.

" Abang kira sampai tiga baru sayang boleh buka mata, okay?."

" Okay..."

" Don't cheat!."

" Ya..." Aku menderam. Geramlah dengan dia ni.

" Okay, abang kira. Satu. Dua. Tiga."

Sampai tang nombor tiga, aku buka mata.

" Suprise!." Ucapnya teruja.

Benda pertama yang aku nampak ialah meja makan yang bulat. Dihiasi lilin yang menyala apinya, dua pinggan spaghetti carbonara dan dua gelas jus oren. Kelopak-kelopak bunga ros bertaburan di atas lantai iaitu sepanjang laluan tepi kolam renang rumah kami itu ke meja makan. Nampak sangat romantis. Aku tekup mulut. Terharu!

" Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama, sayang." Ucapnya lagi penuh romantis. Panahan matanya juga lembut merenungku. Buat jiwa perempuan aku tersentuh.

" Abang..." Mataku dah mula berair. Hati tisu sungguh.

" Abang harap perkahwinan ni akan kekal sampai bila-bila. Abang tak nak orang lain dah. Nak sayang seorang aje. I love you, sayang."

Dia tarik perlahan tubuhku mendekat ke arahnya dan mengucup dahiku penuh kasih.

" I love you too, abang." Air mata tak dapat ditahan lagi. Terus mengalir laju di pipi. Tak sangka yang dia akan buat kejutan macam ni.

" Dina ingat abang lupa. Abang tak ada cakap pun pasal annyversary kita." Suaraku seakan-akan mahu merajuk.

" Mana mungkin abang lupa. Perkahwinan ni sangat bermakna bagi abang. Mestilah abang ingat."

" Thank you, abang. I really appreciate it."

" You're welcome, my wife."

Dia dekatkan wajahnya dengan wajahku. Aku faham apa yang akan berlaku selepas ini. Mata dipejam dan terasa bibirku ditindih lembut.

Aku senyum kepadanya bila tubuh kami sudah berjarak. Tengok pula meja makan yang dihias indah tu.

" You... did all this?."

" Abanglah. Siapa lagi?."

" Bila masa abang buat semua ni?."

" Masa sayang keluar dengan Puteri siang tadi. Sebenarnya, abang berkomplot dengan Puteri. Suruh dia ajak sayang keluar supaya abang boleh buat semua ni."

" Oh.... Okay. Faham. Patutlah Puteri beria-ria ajak Dina keluar. Rupanya..." aku kerling dia di sebelah. Menyindir.

Dia cuma tersengih.

Kacak sungguh dia pada malam ini. Bersut hitam lengkap. Rambut dia juga disisir rapi. Perfect!

" Jom, kita makan. Baby mesti dah lapar. Kan baby, kan?." Soalnya seraya menunduk sedikit dan melekapkan telinganya pada perutku. Aku tersenyum kecil. Tak ada hari yang dia tidak berkomunikasi dengan anak kami yang berada dalam kandunganku. Setiap hari, dia akan berbual-bual ringkas dan mengucup perutku.

" Hurmm... Baby lapar sangat. Baby nak daddy suap baby boleh?."

" Baby ke mummy yang nak daddy suap ni?." Soalnya. Dia kerling aku. Aku tersengih.

" Dua-dua." Aku ketawa kecil.

Dia menggeleng dengan senyuman di bibirnya. Hidungku dicuit olehnya perlahan.

" Mengada-ngada..."

" Dengan suami sendiri aje."







Bersambung....

Alang-alang dah nak habis, saya update sampai epilog lah. Korang jangan lupa vote n komen okay

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now