Bab 41

2.4K 77 0
                                    

" SAYANG..."

Aku menoleh ke arahnya sambil mengangkat sebelah kening.

" Tolong..."

Dia merapati aku. Aku lihat kemejanya masih tak dibutangkan. Faham apa yang dia mahu aku lakukan, aku membutangkan bajunya satu persatu. Tangannya melingkar di pinggangku.

" Dah siap!." Aku kemas-kemaskan sedikit kedudukan kemejanya. Kemudian, aku senyum puas hati melihat dia sudah pun kelihatan segak pada pagi itu.

Hari ini, merupakan hari pertama dia masuk kerja setelah dua bulan bercuti sakit. Aku juga sama.

" Terima kasih, sayang." Dahiku dikucupnya lembut.

" Sama-sama." Aku membalas senyumannya.

" Hari ni abang hantar sayang eh?."

" Okay."

" Abang turun bawah dulu. Nak panaskan enjin kereta."

" Eh, abang. Tunggu sekejap." Aku lelar tangannya.

" Ye, kenapa?."

" Abang ingat lagi kan apa yang Dina pesan semalam?."

Dahinya berkerut. Pandang aku dengan reaksi tertanya-tanya. Aku angkat sebelah keningku. Tunggu dia jawab soalan aku.

" Sayang pesan apa? Abang tak ingat."

Aku mendengus. Geram. Baru aje semalam aku pesan. Itu pun dia dah lupa.

" Apa yang abang ingat?."

" Abang cuma ingat apa yang kita buat semalam aje." Tiba-tiba dia tersenyum nakal. Pipiku bertukar merah. Teringat semula apa yang jadi di antara kami semalam dan malam-malam yang sebelumnya.

Aku menjeling dia. Lain yang aku suruh ingat, lain yang dia ingat. Tak pasal-pasal aku pun teringat sama.

" Kan Dina pesan, jangan pergi site lagi. Tunggu sampai abang betul-betul dah sembuh."

" Abang kan dah baik. Okay ajelah kalau setakat nak melawat site tu."

" When I said no, it means no, abang sayang..." Tegasku seraya mencekak pinggang. Aku bukannya apa. Memanglah dia dah semakin sembuh. Aku cuma risau kalau terjadi apa-apa pada dia di tapak projek tu. Tapak projek tu sudahlah bahaya. Kalau ada apa-apa barang keras yang menyentuh kepalanya, macam mana?

Memikirkannya sahaja sudah buat aku seriau. Apatah lagi kalau ianya betul-betul berlaku. Tak senang duduk aku.

Ketawanya menyapa gegendang telingaku. Aku memandangnya hairan. Apa yang kelakarnya ni?

" Okaylah, sayang. Abang dengar pesanan sayang tu. Abang janji abang tak kan turun site buat masa yang terdekat."

" Janji?."

" Janji!." Tangan kanannya diangkat tanda berjanji.

" Good! Itu yang Dina nak dengar."







" Good morning, datin!." Ceria suara Ratna menyapa gegendang telinga aku sebaik sahaja aku sampai di hadapan pintu bilik.

Ratna kelihatan cantik hari ni. Berbaju kurung hijau muda dengan corak bunga-bunga kecil.

" Good morning, Ratna." Balasku. Aku senyum kepadanya.

Pintu bilik ditolak kuat dan aku melangkah masuk. Ratna mengikut dari belakang.

" Lama tak jumpa datin. Rindu pula saya."

" Yalah tu rindu? Bukan awak suka ke saya tak ada nak mengarah-arah awak buat itu ini?." Beg tangan diletak atas meja dulu sebelum wajah bujur sirig Ratna dipandang tak percaya.

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now