13|

6 2 0
                                    

Masa yang ditunggu berkunjung tiba. 20 May 20-- maka berlansunglah majlis besar - besaran kedua keluarga itu. Meer bersama Nur manakala Nazz bersama gadis pilihan mommy dan daddynya iaitu Najwa Aryssa.

“Meer , jom masuk”- Ajak Nazz menarik lengan rakan atau lebih dikenali sebagai adik iparnya sendiri.

“Kau masuklah dulu aku tak readylah”- meleret Meer berkata. Sumpah! Jantungnya berdebar gila walaupun dia ni lelaki! Tak tahulah kenapa jantungnya berdengup bagai ingin meletop sahaja sekarang ni.

“alah kau poyo!”- celah Amar.

Meer menjeling sekilas ke arah Amar. Apa? Ingat kahwin ni senang? Nak sara anak orang pulak tu! Cuba kau yang kawin? Aku nak tengok boleh ke tak kau hidup lepas ni.

“relax bro. Nothing happend”- Ariz menepuk bahu sahabatnya itu. Tahulah dia lelaki tu takut dan nervous tambahan pula tak pernah pegang tangan mahupun tidur dengan perempuan lain selain Mamanya.

“ermmm”- Meer hanya mengumam. Nak relax apanya kalau cepat sangat masa berlalu!

“Meer, Nazz! Cepat datang sini!”-jerkah Puan Hamira dari dalam rumah agama itu.

Meer dan 3 jejaka itu berpaling menghadap pintu utama rumah tersebut. Dilihat Puan Hamira sudah bercekak pinggang itu terus sahaja Meer berlari anak mendekati Mamanya. Diikuti Amar, Nazz dan Ariz.

“kenapa Ma?”

“kenapa apa? Orang dah lama tunggu boleh pulak dia membawang dekat luar ni!”- Bebel Puan Hamira. Geram pula dia dengan anaknya ini.

“maaf aunty”- sengeh Nazz kepada Puan Hamira. Puan Hamira menarik nafas panjang sebelum dihembusnya tenang.

“dah jomlah masuk. Diorang dah tunggu lama tu”

Nazz dan Meer hanya sekadar mengangguk. Saat kaki melangkah masuk, hati mula berdengup kencang! Kali ni lagi bertambah kencang!

         Sekali lafaz sahaja dia sudah sah menjadi isteri kepada jejaka kacak dihadapannya. Elok berpakaian melayu putih. Hensem!

Tangan dipinta kepada Nur yang masih lagi terpinga - pinga tidak mengerti apa maksud disebalik huluran itu. Yalah member first time kahwin!

“give me your hand”- bisik Meer ketelinga isteri yang sahnya.

Tanpa menunggu lama, Nur menghulurkan tangannya. Cincin terukir cantik dengan batu berlian itu perlahan - lahan disarungkan ke jarinya.

Oke lepasni dia tahu nak buat apa! Mestilah cium tangan suami kan? Alah kacanglah! Seusai menyarungkan Cincin ke jari Meer, dia mula mencium tangan putih milik lelaki itu.

Dan adegan seterusnya disempurnakan oleh Meer dengan mencium sekilas dahi lincin milik Nur.

Nur tersipu malu diperlakukan begitu. Ini kali pertama dia merasakan dahinya dicium lelaki lain! Dan lelaki itu adalah suami sahnya sendiri!

“Apahal teruk sangat make up kau ni?”- Usik Meer apabila melihat pipi kemerahan gadis dihadapannya sekarang.

Nur mendongak memandang wajah Meer dengan reaksi tidak berpuas hati.

“mana ada!”- bentaknya.

“ye ke?”- Meer bertindak mendekatkan lagi jarak wajah mereka. Makin galak pula dia mahu mengusik gadis ini.

Nur yang melihatkan itu terus sahaja menolak Dada bidang milik suaminya itu. Miang!

“ish! Ramai oranglah!”- Nur menolak Meer dengan segala kudratnya. Malu diperlakukan begitu!

Dalam asyik dalam dunia mereka, suara wali diedangar membaca doa bagi melafazkan bahawa Nazz dan Najwa pula sah sebagai suami isteri selepasnya dan Nur.

Amin...

Sejurus mendengarkan amin, perkara yang sama dilakukan oleh Nazz dan Najwa seperti Nur dan Meer lakukan tadi.

“Maafkan saya kerana awak terpaksa terima saya...”-bisik Najwa perlahan dengan getaran serba salah tanpa memandang wajah tampan suaminya.

“Call me hubby”- arah Nazz tersenyum sebelum mendongakkan dagu Najwa supaya memandang wajahnya yang tampan ni.

Terkebil - kebil Najwa. Baru kahwin dah ada request eh

“i accept you , dear”- dahi licin itu dikucup ikhlas sejurus berkata begitu.

Lama berkeadaan begitu, Najwa mendongakkan kepalanya ke atas lalu tersungging senyum ke arah jejaka kacak itu.

Dari jauh di sudut pelamin, Puan Nuri dan Dato' Zahid berpelukan bahagia melihat kedua anak mereka sudah menjadi suami dan isteri kepada pilihan mereka sendiri.

Dalam beberapa minit, kepalanya terasa bagai tertucuk - tucuk. Lengan encik suami dicengkam kuat.

Dato' Zaid berpaling apabila terasa tangannya dicengkam kuat oleh isterinya. Dilihat peluh menyelubungi wajah kemerahan itu.

“sayang okey tak ni?”-soalnya cemas apabila Puan Nuri sudah tekelip - kelip matanya.

“sa-sakit ”-jawab Puan Nuri dengan nafas yang tersekat.

“Nazz!”-segera dilaung nama anak sulongnya itu sehinggakan semua tetamu memandang ke arah mereka.

Nazz berpaling dan automatik kakinya mendekati Mommy dan daddy apabila melihat Puan Nuri sudah rebah di riba Daddynya. Diikuti dengan Najwa Dan yang lain dibelakangnya.

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora