29|

7 2 1
                                    

MeerNur

         Nur melunjur kakinya ke atas sofa memandangkan Meer tidak mengizinkannya untuk melakukan apa - apa kerja sejak berbadan dua ni. Eh silap! Berbadan 3!

Coklat di dalam bakul diambil lalu dibuka bungkusan tersebut. Nikmat woo jadi mem besar!

Tak cukup dengan itu, TV pula dibuka menayangkan drama Korea. Mahu tak excited member abe oppa terpampang depan mata.

Meer hanya memandang perlakuan isterinya sebelum menggeleng. Dia yang penat memasak didapur boleh pula isterinya melayan jantan lain! Dahlah hensem darinya haishh tak boleh jadi ni.

Meer merampas remote TV lalu ditekan butang lain sehingga ke channel memasak.

Nur yang terkejut itu terus bangun dari baringan. Orang tengah tengok drama boleh pulak orang tu tukar siaran lain.

“Eeee kenapa tukar?”- marah Nur. Sejak - sejak mengandung ni memang banyak kali jugalah moodnya berubah. Kesian encik suami nak melayan karenah dia.

“siapa izinkan kau curang dengan aku dulu?”- Meer menjungkit sebelah kening sambil tangan berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka.

Seketika Nur tersengih. Alolololo comel je jeles mamat ni.

“cemburu ke?”

“tak”

“oke kalau camtu bak balik remote tu”

“tak boleh!”

“aik tadi cakap tak cemburu?”- kini Nur pula menjungkit keningnya tanda suka menyakat suaminya yang satu ini. Memang satu pun mana dia ada ramai laki.

“kau ni memang sengajakan? Tunggu aku usya awek esok biar kau rasa apa yang aku rasa!”- Meer merengus geram. Isteri tak isteri.

Riak muka Nur serta merta berubah. Sampainya hati nak menduakannya pula. Wajah sebik ditayangkan tanda ingin menangis.

Sorry la part ni mengada ja lebih si Nur ni🗿

Gelabah Meer apabila mengesan riak sebik dari Mak buyung ni. Mamposlah dia nanti nak memujuk satu hal pulak.

“hey, I'm just joking lah! Jangan nangis”- Meer mengambil tenpat dihadapan Nur. Pipi gadis itu digelusnya manja.

“jangan usya awek lain...”- ujar Nur sudah mula ingin menangis walaupun benda tu belum jadi lagi pun.

“siapa cakap aku nak usya? Aku cakap orang rusia tu nak usya bukan aku”- ujar Meer membuat lawak hambarnya.

“tipu”- Nur menolak dada bidang tegap Meer. Terundur jejaka itu.

“Ya Allah buat apalah aku nak usya orang lain kalau isteri aku ada depan mata? Dahlah cantik, comel , baik pulak tu! Boleh dikatakan macam bidadari lah!”- pujuk Meer lagi. Pipi tembam Nur ditariknya. Bulat sangat! Suka pula dia buat begitu.

“ish! Tak maula main pipi!”- Nur menepis tangan Meer dari terus memicit pipinya. Tahulah dah gemok. Terasa tau?

“yee sorrylaa dah tak mau majok - majok buruk dah muka tu macam kain buruk dekat dapur kita”- Ujar Meer tersengih mendengar lawak sendiri.

Nur yang diam dan berkerut kening tadi tersenyum mendengar jenaka tak berbayar Meer. Suami siapalah ni. Random betul.

“ye tak merajuk dah”- balas Nur memeluk leher Meer dengan senyuman.

Meer membalas dengan mengusap lembut rambut wanitanya.

“nak tahu something tak?”- Meer bersuara. Nur hanya mengangguk.

“this is my favorite memories dari first kau dan aku meet sampailah ada twin dalam ni”- Meer mengusap perut bulat Nur.

“And biarlah apa pun yang berlaku, I will protect our family until my last breath. I don't want to lose you, our memories and our family soon! ”- sambung Meer lagi menatap lembut anak mata Nur.

Lama Nur mendiamkan diri. Ya Allah terharunya dengar ucapan macamtu dari seketul Meer yang suka menyakat ni.

“kitorang pun! I don't want to lose you and our babies. And I want you to know that you are the second man i love so much in this world selain dad!”- ujar Nur riang.

Meer tersenyum. Hidung digeselkan ke hidung mancung Nur. Suka dia mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari bibir wanitanya itu.

“i love you, wife”

“i love you too, husb...Arghh”- belum sempat membalas ayat manis secara tiba - tiba perutnya terasa sakit yang teramat sakit.

Meer mengerutkan dahinya risau mendengar jeritan Nur.

“kenap ni?”-soal Meer risau. Lagi merisaukan apabila sesuatu cecair keluar dari celah kangkang isterinya.

“Ya allah!Jom aku bawak kau pergi hospital!”- ujar Meer terus mencempung Nur kunci kereta disambarnya beserta kunci rumah. Apron dibadan dibiarkan tanpa dibuang. Setelah memastikan tubuh Nur selamat di dalam kereta, Meer menutup lalu mengunci pintu rumah sebelum kalut memasuki perut kereta.

Setelah menekan minyak, laju sahaja kereta itu meluncur keluar. Remote pagar rumah ditekan supaya tutup. Al maklumlah rumah automatik!

Almost done our story😭tak sanggup pulak nk abiskan erm but yang penting saiya update banyak ye hari ni hehe don't worry akan ada part untuk yang lain wait and see😉! If typo sorry

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Where stories live. Discover now