19|

8 3 3
                                    

Termasuk hari ini sudah seminggu Shizu tidak menyapa jejaka bernama Ariz itu setelah mengetahui bahawa mereka bukannya manusia biasa sepertinya. Malah diselubungi dengan dunia berdarah.

"woi"- bahu Shizu ditepuk separa kuat sehinggakan bahu Shizu tertolak sedikit ke depan.

"termenung je kerja kau "- sambung Nur dibelakang pula.

"korang dua ni macam tak kisah je "- kedua sahabatnya dipandang silih berganti. Serius lah diorang ni? Yang sorang dah kahwin dengan ahli kongsi gelap and yang sorang lagi ni tengah bercinta dengan ahli kongsi gelap jugak! Buta ke apa?

"first tu aku marahlah juga. But after aku sedar yang mungkin ni takdir aku dengan dia, aku terima dengan seadanya"- balas Yan. Dia tahu maksud disebalik pertanyaan itu. Dia tak kisah lansung jika amar ada sisi lain yang dah lama dirahsiakan darinya sepanjang mereka bercinta.

"kau?"-pandangan Shizu teralih ke arah Nur pula.

Nur menunding jarinya ke arahnya sendiri. Aku?

"err...aku still marah dengan dad and abang. Selama ni aku tak pernah tahu pun semua ni...and Meer pulak..."- kata -katanya terhenti saat nama jejaka itu meniti keluar dari mulutnya.

"kau tak boleh marah sebab kau dah mula cintakan dia kan?"-sampuk Shizu.

Nur mengangkat muka dan perlahan - lahan dia mengangguk.

"eh! Kau pulak? Asal ignore mamat tu sepanjang seminggu ni? Sibuk je tanya orang, kitorang pun nak juga tanya kau"- bidas Yan berpeluk tubuh. Yalah tanya orang macam tengah siasat orang!

Shizu terdiam sesaat. Lidah kelu nak jawab persoalan dari Yan. Apa aku nak jawab eh? Ahhhhh Yan kau memang!

"ha ah kenapa?"-soal Nur menyentakkan lamunan gadis itu. Kepala disengetkan sedikit bagi melihat wajah milik Shizu.

"a-aku...aku cuma terkejut and tahlah"

Yan dan Nur memandang satu sama lain. Dia cakap apa tu raju? Masing - masing mengangkat bahu. Punyalah panjang diorang tanya, ciput tu je minah ni jawab.

Shizu memandang ke arah pintu kelas. Kelibat yang dicarinya masih tidak melalui pintu itu sejak tiga hari lepas. Sesekali dia mengeluh. Seaman tersedar, Shizu kembali berpaling menghadap Nur dan Yan.

"ekhem"

Sesaat kemudian mereka disapa dengan deheman seseorang dari depan. Mendengar deheman tersebut ketiga - tiga gadis berpaling. Terpampang wajah tampan Ariz setelah tiga hari tidak datang ke sekolah. Entahlah kenapa sebabnya.

"Ariz?"-Yan terpana melihat keadaan Ariz yang sangat ketara bezanya dari hari sebelum ni. Dengan bertopi hitam, berbaju hoodie hitam menutup wajahnya dan memakai mask hitam!

Shizu turut terkesema memandang perubahan lelaki tersebut. Apa yang dah terjadi kepadanya selama tiga hari sahaja?

"Are you okey?"-soal Yan risau melihat perubahan kawan lelaki kekasihnya ini.

Ariz hanya mengangguk seperti biasa. Pandangannya beralih ke arah Shizu di hadapannya. Dia tahu mesti gadis itu pelik bercampur hairan dengan penampilannya hari ni. Disebabkan malas nak mulakan perang, Ariz terus sahaja meletakkan begnya ke tempat duduknya di mana Shizu sedang berdiri di hadapan kerusinya.

Tanpa menghiraukan Ariz, Shizu melangkah ke sebelah meja Nur lalu menarik kerusi Meer duduk di sebelah Nur. Namun sekali lagi Ariz berjaya menarik perhatian mereka.

Lelaki tersebut bangun dari duduknya lalu mengangkat kaki keluar dari kelas.

Yan, Shizu dan Nur saling berpandangan satu sama lain. Entah apalah perangai lelaki itu hari ini. Sungguh pelik!

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Where stories live. Discover now