14

8 3 0
                                    

“Kenapa ni Daddy?”-soal Nazz cemas. Kepala mommynya dipangku pula. Peluh dilap dengan lengan baju.

“nanti daddy cerita. Cepat tolong daddy bawa mommy ke hospital!”

Tanpa menunggu lama, tubuh mommynya dicempung dan dibawa ke arah kereta.

“Pergilah, majlis ni biar kami sahaja uruskan”- ujar Dato' Mail merangkap besan kepada mereka.

Mendengarkan itu, Dato ' Zahid hanya sekadar mengangguk.

“terima kasih”- terus sahaja kakinya melangkah mengikuti langkah anaknya.

          Selesai sahaja maljis, terus Meer, Najwa dan Nur berangkat ke hospital diikuti dengan Dato' Mail, Puan Hamira , Dato' Zahir dan Puan Najiha.

“macam mana dengan mommy along?”-soal Nur apabila sampai dihadapan wad milik mommynya.

“mom-mommy...dah tak lama dik...isk...isk”- tangisan dilepaskan di bahu adiknya. Najwa yang melihat itu menngusap perlahan bahu suaminya. Air matanya turut menitis mendengarkan itu. Dan itu adalah hajat terakhir oleh Puan Nuri supaya dia berkahwin dengan Nazz.

Sememangnya dia sudah tahu perihal keluarga dan sebab keluarga ini dan ia membuatkan dirinya menerima lamaran dan pertolongan dari Puan Nuri dan Dato' Zahid.

“maksud along?”-terpinga - pinga Nur Cuba memahami maksud abangnya itu. Dah tak lama?

“Mommy menghidap barah tahap terakhir...”-hingus disedut Cuba menguatkan diri demi adiknya.

Pap!

Bagai ditampar! Dia rebah ke lantai.

Ba- barah?

Air matanya kini mengalir laju ke pipi.

Meer yang melihat Nur sudah rebah itu lansung didekatinya. Sungguh besar dugaan gadis itu...

“sabar, sayang...kita doakan yang baik sahaja untuk mommy dan daddy”- pujuk Puan Hamira mengusap bahu milik Nur merangkap menantunya sendiri.

“kenapa mommy tak pernah beritahu Nur dan Nazz...?”-soalnya menagis teresak - esak di bahu Puan Hamira.

“Mommy buat begini bersebab, sayang...”-pujuk Puan Hamira lagi. Meer ditepi tidak mampu berkata apa malah masih terkejut dan kesian akan Nur.

“keluarga Puan Nuri?”- tiba - tiba suara doktor datang menyapa mereka semua di situ.

Nur dan Nazz serentak memandang ke arah doktor itu.

“kami keluarga Puan Nuri”- sahut Nazz. Nur dibantu olehnya supaya bangun dari duduk.

“Puan Nuri mungkin hanya berbaki seminggu sahaja lagi untuk teruskan hidup...saya mints maaf , saya tidak mampu melakukan apa - apa lagi. Saya harap encik dan cik bertabah dan berbanyaklah bertawakal...”- kata doktor itu dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka.

“along...daddy...”-Nur memeluk dua insan tersayangnya seerat yang mungkin dengan tangisan menitis laju membasahi bahu Dato' Zahid.

“maafkan daddy ”-Dato' Zahid turut terkesan dengan tangisan anak - anaknya itu. Pelukan dieratkan antara mereka bertiga. Dia harus kuat demi menghadapi ujian ini.

              Sejak pemergian bonds tercintanya, Nur kerap berada di bilik dan terperup di atas katil dengan tangisan yang tidak berhenti. Termasuk hari ni, dah tiga hari Nur tidak ke sekolah.

Krekk...

Pintu bilik dibuka oleh Meer lalu ditutup semula. Dia mengeluh apabila mendengar tangisan dari gadis itu. Sungguh hatinya terguris melihat gadis itu menangis. Katil didekati dan dilabuhkan punggungnya di sebelah Nur.

“Nur...”-panggilnya lembut.

“please don't bother me!”-bentak Nur menolak tangan Meer dari menyentuh kepalanya.

“Sampai bila kau nak macamni? Mommy dah pergi...kau tak boleh biar mommy macamni. Kalau mommy tahu, dia mesti kecewa dengan kau”-ujar Meer.

“Mommy tak pergi! Mommy dah janji akan ada dengan aku...isk...isk...”- tangisannya makin kuat. Mata dipejam bagi menenangkan dirinya. Seusai menenangkan diri, dia bingkas bagun dari baringan dan menatap ke dalam anak mata milik Meer.

“kenapa mommy tinggalkan aku? Mommy dah tak sayangkan aku ke, Meer? Apa salah aku sampai aku diuji macamni sekali?”-soalnya bertubi- tubi menunduk memandang cadar yang basah akibat air matanya sendiri.

“no...ni bukan salah kau, Nur. Mommy sayangkan kau dan Nazz. Mommy buat macam ni supaya masa depan kau terjamin dengan adanya aku di sisi kau sebagai imam sah kau”- Kepala Nur ditarik ke dalam dakapannya. Belakang kepala Nur diusapnya lembut.

“Be-betul ke?”-soal Nur menyedut hingusnya sambil menatap wajah tampan dihadapannya sekarang.

“yes, dear...”-balas Meer menyeka air mata gadis itu. Alahai comel pula dia tengok.

“aku berjanji akan jaga kau, sayang kau macam nyawa aku sendiri”- sambungnya lagi sambil tersenyum ikhlas kepada gadis itu.

Nur tidak membalas malah kembali membalas pelukan dari Meer. Dia berada nyaman saat wangian dari lelaki itu menusuk terus ke hidungnya. Dia tidak tahu apa perasaanya saat ini. Adakah dia mula menyukai jejaka itu?

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Where stories live. Discover now