15|

7 1 0
                                    

Meer hanya sekadar memerhati wanita itu berjalan seiringan dengan Shizu dan Yan. Hari ni adalah juga sinar senyuman terbit pada wajah wanita itu. Kalau tak setiap hari menangis. Tak rimas cuma hatinya menjadi tidak tentu arah. Perkahwinan mereka sengaja dirahsiankan oleh sebab permintaan oleh wanitanya sendiri. Jika dia, dia tidak kisah. Biar satu dunia tahu pun tak apa.

“amboiii mata tu gatal sampai tak lepas pandang lansung”-tegur Shizu. Dari tadi dia tenung saja mata si Meer ni tak habis - habits tenung Nur. Tahulah dah kahwin pun. Tolonglah hormat orang single sikit! Aku pang karang!

“isteri aku lantak akulah”-bidas Meer meletakkan begnya di tempat Yan. Dan beg Yan diubah diletakkan di tempat Ariz. Ariz pula tidak membantah malah berlalu pergi ke tempat Meer. Perkara pertama yang dia perlu buat hanyalah Tidur!

“Eh apahal beg aku sebelah kau pulak ni?”-soal Yan yang baru masuk beriringan dengan Nur. Nur pula memandang ke sebelah mejanya. Sah! Mamat ni yang tukar!

Melihat pandangan dari Nur itu, dia menyunggingkan sengehan tak bersalah berserta tangan sengaja membuat tanda peace. Ingat comel kot? Rasa nak jijak adalah!

“Haih tak perlah Kali ni aku kasi chance untuk diorang”- ujar Yan menjaga hati Nur. Dia tak nak sakitkan hati wanita itu hari ni memandang Nur baru sahaja jejak kaki ke sekolah.

“baik gila kau. Siapa dho kau”-puji Meer tapi sebenarnya dia suka dengar apa yang dikatakan oleh Yan tadi.

Yan hanya tersengeh lalu mengangguk. Plan menjadi! Badan Nur ditolak ke arah meja sebelah Meer.

“have fun!”- ujarnya sebelum berlalu ke arah mejanya sendiri.

“meh- meh duduk sini”- kerusi digebus - gebus seakan membuang habuk sebelum Nur duduk.

Nur mengerutkan dahinya. Dah apahal mamat ni? Tetiba sahaja baik dengan aku.

“tak payah baik sangatlah”- Nur menepis tangan Meer dengan SENGAJANYA.

“of course I am. Aku dah janji dengan kau semalam kan? And now you're my girl , my queen, my soul and also my wife too”-ujarnya penuh makna. Dia sudah nekad dalam hati akan menjadikan Nur sebagai ratu di hatinya dan akan Cuba mendapatkan hati gadis itu.

Nur yang mendengarkan itu hanya buat tak endah. Hesh! Asal mulut tu manis sangat? Blushing aku karang.

         “kau tengoklah tu Tyra! Kau tak geram ke tengok kemesraan Nur dengan Meer?”-soal Bella merangkap rakan karib kepada Tyra.

Tyra dan Ell memaling mengahadap juihan dari Bella tadi. Secara tak lansung darahnya naik mendidih melihat kemesraan dua insan itu. Tangan digepal membentuk penumbuk.

“sokay girl...I have a plan”- sahut Ell tiba - tiba dengan sengihan penuh makna.

Tyra mengangkat kening sebelahnya.

Ell membuat gerakan tangan agar Bella dan Tyra mendekatinya.
Tyra dan Bella hanya akur lalu mendekati gadis rambut ungu itu.

        Meer tergesa - gesa memasuki kelas semata - mata tidak mahu terlepas dari pemergian Nur ke kantin. Ariz, Amar dan Nazz ditinggalkan ke belakang.

“woi! Kau asal tergesa sangat ni?”-soal Shizu apabila pintu kelas kedengaran dirempuh seseorang. Dan orang itu adalah Meer.

“Hehe sorry. Nur dekat mana?”-soalnya. Tak ada angin, tak ada ribut, soalan tu tiba - tiba ditanya. Sebelum ni tak pula nak bertanya.

“kantin”- jawap Shizu. Dia pun rasa tak sedap hati hari ni bila Nur pergi mana - mana nasiblah ada si Yan ikut Nur tadi.

“With?”

“Yanlah siapa lagi”

“kau asal tak ikut diorang?”

“eh! Banyak tanyalah kau ni! Aku tak ikut sebab tunggu Ariz”-jawab Shizu. Sedar tak sedar dia sudah terlepas cakap kepada Meer. Nasiblah hanya dia dan Meer berada di kelas sekarang ni.

“Eleh dah suka tu cakap je aku boleh adjust untuk kau”- usik Meer.

“dah tepi!”-ditolaknya tubuh sasa suami rakannya itu. Malas bebenor dia nk berborak hari ni. Kecuali dengan Ariz je hehe.

'Mana kau Nur? Kenapa aku rasa tak sedap hati hari ni?'

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Where stories live. Discover now