17|

7 1 0
                                    

Air disimbah tanpa belas kasihan ke wajah Nur. Kaki dan tangan Nur sudah sedia terikat oleh Tyra dan Ell tadi.

Terasa seakan wajah disapa kuat oleh sesuatu, terus sahaja matanya membuka perlahan. Kepalanya masih lagi berpusing dan sakit. Dengan lemahnya Nur memandang ke hadapan. Dan dapat dia rasakan tangan dan kakinya terikat oleh tali. Dia kembali memandang ke hadapan. Dapat dilihat 3 gadis serba hitam sedang tersenyum ke arahnya.

Ya! Dia kenal sangat 3 gadis itu siapa.

“apa kau nak sebenarnya, Tyra?!”-tengking Nur kuat. Tangannya sakit disebabkan tali yang diikat itu terasa kuat ikatannya. Berkerut seribu dahinya menahan pedih mendatang.

“well...”- Tyra semakin mengdekati gadis polos itu bersama selebar senyuman. Badan dibongkokkan sedikit bagi menyamai tingginya dari kedudukan Nur sekarang.

Wajah didekatkan sebelum dia mengelus lembut disegenap wajah sedikit pucat itu. Yalah setengah hari tak makan.

“Aku tak sukalah kau dekat dengan boyfriend aku tu...”-ujarnya membuat wajah minta penampar!

Nur mengalih wajahnya ke tepi. Sungguh dia tak selesa dengan elusan gadis itu di wajahnya. Jijik!

“Aku tak kenal siapa boyfriend kaulah sundal! Lepaskan aku!”- mata tajam menatap wajah gadis itu.

Menggeledak darahnya apabila digelar 'SUNDAL' oleh gadis polos itu! Senyumannya semakin lama semakin mengundur. Tangannya tanpa menunggu lama naik menampar pipi putih itu.

Pang!

Terteleng kepala Nur dibuatnya. Sumpah kuat gile tangan perempuan ni! Esok pergi sekolah pipi aku besar sebelah lah jawabnya.

“Aku benci kaulah perempuan! Semua yang aku nak , kau dapat! Sekarang Meer pun kau nak rampas? Kau ni memang perempuan perampaslah betina!”

Pang!

Sekali lagi wajah sedikit pucat itu ditampar olehnya. Amarahnya tidak tertahan lagi. Betapa sakit hatinya melihat kemesraan gadis itu bersama jejaka pujaannya.

Tidak cukup dengan itu, Tyra mencengkam kuat leher Nur lalu mendonggakkan kepala Nur supaya memandang ke arahnya. Wajah bengis ditayang kepada gadis itu.

“ kau dengar sini eh betina! Aku bagi kau last warning...KAU JANGAN CUBA NAK DEKAT LAGI DENGAN MEER!”- ugut Tyra. Ell dan Bella di belakang sudah tersenyum bahagia melihat perangai gila Tyra itu. Dan puas mereka melihat Nur disiksa habis - habisan oleh Tyra.

“ka-kalau a-aku tak nak...?”- tersekat nafasnya berkata. Nafasnya bagai disekat dek dicengkam oleh gadis itu. Bapak ah tangan dia ni tangan apa eh? Ada kuasa Hulk ke apa? Tak pun kuasa wonderwoman? Kuat nokkk

“mmm kalau kau tak nak...”-ayatnya digantung seketika. Tangan kanan mengilas kebelakang poket untuk mengeluarkan sesuatu. Cengkaman di leher gadis itu dilepaskan. Senyuman penuh makna ditayang kepada gadis itu.

Tercungap - cungap Nur cuba mencari nafas. Rasa nak mati tahu tak?
Tak sangka pula tangan gadis itu sekuat ni. Uuuu... Apabila tenaga sudah kembali, Nur menatap semula wajah Tyra dengan beraninya walaupun jauh di sudut hati kecilnya sudah meronta ketakutan.

“kalau tak apa?! Lepaskan aku lah sundal!”- tangan dan kaki digeraknya berkali - kali berharap supaya ikatan itu longgar.

“HAHAHA”- tawa jahat Tyra itu dipandang bingung oleh Nur. Aku ada buat lawak ke? Ke dia yang gila sebenarnya? Disangkakan orang gila je gila, rupanya minah ni pun sama gila!

“kalau tak...aku akan bunuh kau!”- pistol diacukan tepat di dahi Nur.

Kecut perutnya apabila pistol diacukan tepat ke arahnya. Liur ditelan kasar. Ya allah kenapa aku diuji begini? Meer tolong aku...

“Why? Takut?HAHAHAH”- soal gadis gila itu.

“Aku tak pernah takut dengan kau! Kau memang perempuan gila, Tyra!”- laung Nur kuat.

“kau memang...!”- Tanpa banyak kata, pemicu pistol ditarik bersiap sedia untuk menembak gadis bernama Nur itu.

Terbuntang luas matanya apabila mendengar picu pistol itu ditarik. Ya Allah...selamatkanlah aku... Mata dipejam rapat. Jika hari ni memang hari terakhirnya, dia redha.

“say good bye to your world NURIEEN ZAYYAN'S ”- Picu ditekan secara perlahan bersiap sedia untuk berlepas.

Air matanya mengalir perlahan ke pipi. Dia tidak mampu berbuat apa - apa lagi. Dia hanya mampu menerima takdir dan ketentuan Allah kepadanya.

Maafkan Nur Dad, Along dan Bidadara syurgaku...

Matanya terpejam rapat serapatnya!

Bang!

Allahuakbar!

Tembakan dilepaskan.

Yang lebih mengejutkannya, dia tidak merasa sakit lansung? Mata yang masih lagi dipejam dibuka perlahan. Air matanya mengalir laju dan bersyukur saat dirinya masih lagi diberi peluang kedua untuk hidup. Lagi menyentuhkan hatinya apabila saat dia melihat jejaka tersebut di hadapan pintu kebal itu bersama 3 lagi jejaka serba hitam.

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Where stories live. Discover now