24|

11 2 2
                                    

       Meer memulas tombol pintu lalu dibukanya. Maka teserlahlah susuk tubuh seseorang sedang belajar di meja study.

Meer mula menyandarkan badan di pintu serta kedua tangan berpeluk tubuh sambil tersenyum memandang wajah isterinya yang tekun mengulang kaji. Sampaikan suami masuk bilik pun tak sedar. Al maklumlah lagi seminggu nak exam SPM.

“Belajar pun cantik”- puji encik suami. Menyempat tertawa apabila riak wajah jelas teriejut Si isteri terhidang dihadapannya.

“Allah hu...”- Dada diurut tanda terkejut. Sekali pennya terpelanting. Buku tak payah tanyalah. Herot terus tulisannya di buku tulis dek sergahan tak berbayar sang suami.

Matanya mengecil memandang wajah memerah Meer puas mentertawakannya di hadapan pintu bilik. Amboiii bukan main ketawakan isteri sendiri. Nasiblah tak ada sakit jantung!

“HAHAHA lawaknya! Malam ni tidur luar!”- Nur berpeluk tubuh tanda protest. Bibirnya mula memuncung. Geram betullah dapat suami yang suka sangat mengusik ni.

Tawanya terus berhenti saat mendengar perkataan “TIDUR LUAR”. Masak dia kalau kena tidur luar malam ni. Tak ada peneman, tak ada bantal peluk bergerak huhu...

Meer mengangkat kaki mendekati birai katil. Punggung dilabuhkan di situ menghadap isterinya. Muka masam Nur membuatkan gadis itu kelihatan makin comel!

“come”- arah Meer menepuk- nepuk ruang kosong di sebelahnya menyuruh agar gadis itu duduk disebelahnya.

Nur memandang sekilas ke arah yang ditepuk itu. Nak pergi ke tak? Kang tak pergi, tak cium syurga pulak! Akhirnya Nur mengeluh sebelum bingkas bangun Dari kerusi belajar menuju ke arah yang disuruh. Punggung dilabuhkan di sebelah suami Terherot.

“nak apa?”- soalnya acuh tak acuh tanpa memandang Meer.

“marah ke?”-Meer menjenguk sedikit wajah sebik itu. Merajuk pun comel budak ni.

“taklah tengah happy ni. Tak nampak?”- senyuman penuh tak ikhlas ditayangkan. Boleh tanya lagi marah ke tak?! Eyy geram je dengan dia ni. Nasib suami. Nak Kata bodoh tapi Meer jauh lebih matang darinya.

Meer menahan tawanya dari terletus mendengar respond tak bermaya Nur. Kalau tak fikirkan budak ni masih sekolah, dah lama dia ngap budak ni malam ni jugak MUAHAHAHAHA (gelak jahat)

Oiit! Hah otak kuninglah tuw HAHAHA

“tak payahlah push study tu. Kesian aku tengok isteri aku ni”- Meer meletakkan kepalanya di riba Nur Serta merta jugak wajahnya disembam ke perut gadis itu. Nyaman.

“gedik”- ujar Nur. Elelele padahal dalam hati suka!

“Aku ngap kau kang”- Meer mendongak sambil tersengih dengan wajah ulat bulunya.

Nur hanya diam. Seram pulak dia dengar. Ngap? Terus sahaja kepala Meer dijauhkan darinya.

Melihat reaksi Nur membuatkannya tersenyum kemenangan. Tahu pun takut.

Dalam asyik berasmara dana, tiba - tiba sahaja barang Dari tingkat bawah kedengaran seperti jatuh secara tiba - tiba. Serentak mereka berduan membisu.

“bunyi apa tu?”- soal Nur menunduk memandang wajah Meer dari bawah.

“sound like...kitchen?”- ujar Meer mula bangun dari pembaringannya. Dia mula mengesyaki sesuatu tapi tak tahulah betul ke idok.

“Listen to me. Kau duduk sini senyap - senyap then bila aku keluar nanti kau terus kunci pintu bilik”- pesan Meer memegang kedua belah pipi Nur.

Namun belum sempat melangkah pergi, tangannya diraih dari belakang membuatkannya berpaling menghadap gadis itu semula. Keningnya terangkat sebelah. Jelas kelihatan riak takut bercampur risau gadis itu dihadapannya.

“don't worry, dear. Everything gonna be okay”- Meer bercangkung dihadapan Nur lalu mengusap sekilas pipi gebu itu bagi menghilangkan segala rasa di hati wanitanya itu.

“kunci pintu”- ujar Meer buat Kali terakhir sebelum dia bangun dari cangkungan. Melihat anggukan dari Nur melegakan sedikit risau akan keselamatan gadis itu. Tanpa menunggu lama, terus sahaja dia melangkah keluar dari bilik.

Sebaik sahaja Meer melangkah keluar, Nur segera berlalu ke arah pintu lalu menguncinya.

Bang! Bang!

Belum apa - apa, bunyi tembakan bergema di segenap ruang rumah mereka. Terduduk Nur apabila mendengar bunyi tembakan berdas - das di tingkat bawah. Nur memeluk kakinya sendiri sambil teresak - esak menangis. Ya Allah kau selamatkanlah suamiku...


Jeng! Jeng! Jeng!

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Where stories live. Discover now