32|

7 2 0
                                    

Nazzreen ❤ Erny

Baru bergegas ke hospital melawat Nur tak pepasal dalam kereta pula riuh dengan suara Erny.

“sabar sayang...sikit lagi dah nak sampai”- Nazz menggemgam erat tangan Erny untuk memberi semangat kepada wanita itu untuk bertahan.

“cepat abi!”- Erny mencengkam bahu Nazz sekuat hati menahan sakit. Fuh dia punya sakit tak main - main sobat!

“dah sampai, kejap!”- Nazz memarkirkan keretanya di tempat parkir yang kosong dihadapan pintu utama hospital. Berlari anak Nazz dibuatnya memasuki hospital dan terus memanggil doktor yang berada di situ supaya menolongnya.

Tanpa menunggu lama dua orang doktor beserta 2 nurse datang menolong dengan membawa kerusi Roda menuju ke arah kereta Nazz.

Pintu kereta dibuka. Badan Erny terus sahaja dicempung lalu diletakkan di atas kerusi roda. Tanpa menunggu lama kerusi tersebut ditolak secepat yang mungkin memasuki terus ke bilik sakit puan.

“encik tunggu diluar dulu”- arah salah seorang nurse disitu. Nazz hanya mengangguk. Kerusi dihadapannya didekati sebelum dilabuhkan punggungnya di situ. Muka diraup risau.

“Nazz!”- panggil Mertuanya yang baru tiba mendekatinya.

“Nazz takut umi abah”- ujar Nazz mengalirkan air matanya.

“insyaallah tak ada apa - apa jadi. Sabar ya?”-Abah memeluk Nazz laku mengusap perlahan belakang menantunya itu. Sayang betul Nazz dengan anaknya ya.

“Daddy Nazz ada beritahu dia tak dapat datang sebab tengah melawat Nur dan Meer di wad lain. Kejap lagi dia datang sini”- beritahu ibu kepada Nazz. Nazz hanya mengangguk faham. Al maklumlah adiknya baru sahaja melahirkan anak kembar.

Beberapa jam kemudian kedengaran tangisan bayi dari dalam bilik pembedahan.

“alhamdullillah abah ibu! Nazz dah jadi ayah!”-ujar Nazz bersorak gembira.

“alhamdullillah”- serentak abah dan umi berkata sambil tersenyum. Lega hati tua mereka.

“ni keluarga Puan Erny ke?”-soal seorang nurse.

“ya, saya suaminya”- jawab Nazz.

“alhamdullilah anak encik lelaki. Tahniah. Isteri dan anak encik selamat”- ucap doktor yang baru sahaja keluar dari bilik bedah itu.

Tidak terucap rasanya pada bulan yang mulia anaknya dilahirkan. Nazz mengucap syukur tak terhingga. Tak sabar rasanya nak beritahu semua orang tentang berita ni.

“assalamualikum”- dalam asyik melayan diri, secara tiba - tiba suara Ayyad datang menyapa dengan membawa seorang wanita di sisi.

“waalaikumussalam. Siapa tu Ayyad?”-soal Ibu hairan. Sudahlah cantik, bertudung labuh pulak tu.

“errrr nilah yang Ayyad beritahu tu Ibu abah , abang Nazz”- beritahu Ayyad menggaru kepala yang tidak gatal menahan gugup.

“iya? Masyaallah cantiknya Aina. Tak sangka secantik ni”- puji Ibu. Abah di sebelah hanya tersenyum tidak terkata. Nampaknya ada dua berita baiklah jawabnya.

Aina menghulurkan tangan kepada Ibu Ayyad. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Malu pun ada apabila dipuji begitu. Dan lagi tak sangka keluarga lelaki ini terlalu baik dengannya! Alhamdullillah

Mesti pelik an why watak Ayyad plk? Hehe sorryla last storyline ni memang banyak surprise sikid but wait and see if saiya update special or another chapter! SELAMAT HARI RAYA!!!! if typo I'm sorry and maafkan salah silap titer😿babai!!!

。:.𝑀𝒾𝓈𝓈𝒾𝑜𝓃 𝒞𝑜𝓂𝓅𝓁𝑒𝓉𝑒𝒹.:。Where stories live. Discover now