PROLOG"Princess!"
Suara itu berbisik syahdu memperdengarkan getar kegairahan. Mendayu-dayu di telinga sehingga yang mendengarnya juga turut merasai getar yang sama.
"Yes, my Mr. Mike?" Puteri membalas dengan intonasi yang sama.
"Nak tengok..." pintanya. Merayu nan manja.
"Nak tengok apa?"
"Nak tengok yang tu. Sikit je, please."
Getaran jiwa dua insan yang telah bergelar suami isteri itu semakin membara. Tenungan mata yang intim, bisikan kata-kata meluah rasa di dada saling bersahutan.
Cardigant putih yang membalut di tubuh Puteri dibuka butangnya. Pandangan Maleeq langsung tertancap pada pakaian dalam berwarna pink yang menutupi keindahan milik wanita itu. Bola mata melotot luas-luas, teruja melihat keindahan di depan mata.
Puteri membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu yang telah sah bergelar suami kepadanya. Kerna dirinya juga sama-sama mendambakan sentuhan tersebut.
"Nak pegang boleh?" Maleeq meminta izin untuk mendaratkan sentuhan. Suara husky kedengaran semakin sensual. Gejolak di dada bagai mahu meletupkan rasa yang ada.
Puteri anggukkan kepala sebagai jawapan. Dia membenarkan saja Maleeq menyentuh akan dirinya. Kerana dia juga sudah lama mendambakan sentuhan lelaki itu padanya.
Untuk beberapa ketika, keduanya saling merapatkan kelopak mata. Desahan demi desahan mula kedengaran penuh kegairahan. Bibir bawah digigit keasyikan menikmati sentuhan demi sentuhan.
"Oh, Princess! Tak kuatnya." Maleeq sudah kepayahan menahan gejolak yang kian berkobar membakar jiwa lelakinya. Apa lagi Puteri membenarkan saja dirinya menuntaskan keinginan yang sudah sekian lama dipendam.
Seketika mereka hampir hanyut dalam dekapan asmara yang semakin mencapai ke kemuncak nafsu. Nyaris sahaja mereka merempuh larangan nikah gantung terbesar yang ditetapkan.
Tok tok tok!
Suara ketukan pintu terdengar dan telah membantutkan perbuatan mereka. Puteri merengus kegeraman.
"Maleeq, Puteri. Apa kamu buat di dalam tu? Daddy tahu kamu berdua ada di dalam. Mari keluar cepat."
Agghhh.. Daddy!!!
Keduanya mengeluh kecewa sebaik mendengar panggilan Tan Sri mengarah mereka untuk keluar.
Kemeja yang sudah terdedah di dada akibat diceroboh oleh Puteri dibutang ala kadar sambil turun dari katil dengan terburu-buru. Sepantas kilat Maleeq bergegas menuju pintu. Namun sebelum itu, dia menyuruh Puteri untuk bersembunyi di sebalik selimut terlebih dahulu. Rambut yang sudah berantakan dibetulkan sedikit. Wajah tenang cuba dipasang, lantas dia mula membuka pintu untuk menghadap mertuanya.
Daun pintu terkuak perlahan. Wajah Maleeq mendadak pucat tatkala menghadap Tan Sri yang telah berpeluk tubuh sambil merenung dirinya tajam. Pandangan laju-laju diturunkan. Habislah aku!
"Sempat ke?" Soalan direct tanpa lapik dilontar tegas oleh Tan Sri pada menantunya, yang mana penampilan pemuda itu sudah kusut masai seperti habis dilanggar taufan.
"Tak! Tak sempat daddy." Meski malu menebal di muka, jawapan jujur terpaksa diluahkan. Bimbang sang ayah mertua semakin murka nantinya.
"Huh! Nasib baik tak sempat. Bila masa kamu menyelinap ke bilik ni?"
Tiada jawapan kali ini dari mulutnya. Hanya reaksi menggaru tanpa gatal dia lakukan. Wajahnya sudah membahang dibakar rasa malu yang semakin tidak tertahan.
"Sudah! Mari turun. Mommy sudah selesai memasak. kita makan sama-sama," arah Tan Sri, tegas.
"Baik daddy! Tapi sekejap, saya nak bagitahu Puteri dulu."
"Tak payah. Bini kamu tu biar mommy uruskan nanti. Kamu tu bukan boleh diharap. Ada yang sambung kerja nanti kang. Mari turun cepat! Tak nyempat-nyempat," sambung bebel beliau.
Akur akhirnya Maleeq dengan ajakan sang ayah mertua. Isterinya yang hanya mengintai dari balik selimut dipandang sekejap. Sayang hendak melepaskan pandangan, namun terpaksa menurut perintah dan akur dengan syarat yang ditetapkan.
YOU ARE READING
NIKAH GANTUNG
RomanceRumahtangga yang baru dibina oleh Maleeq dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas menjalani akad nikah mereka berdua masih belum dibenarkan untuk tinggal sebumbung oleh ayahnya. Tapi kenapa? Ada syarat yang Tan...