Chapter 1

12.7K 485 18
                                    

[Tahun 2016]
" Assalamualaikum, Umi. Alya dah balik"

Nyanyian lagu hari jadi menerpa ke telinganya sebaik saja dia melangkah masuk ke rumahnya.Mukanya yang kepenatan berubah menjadi ceria. Segala kesengsaraan yang dilalui sepanjang hari ini , 16 Jun 2016 segera lenyap dari akal fikirannya. Apa kesengsaraan yang Alya lalui? Trust me you wouldn't believe what I've been through in just one day. Banyak perkara yang memenatkan dan sengsara separuh jiwa berlaku pada hari ini. Anyway, back to story......

Azim, Syasya, Irin, Syazwan, Hana, Pauline, Arizz dan Umi kesayangannya juga turut ada di situ bagi meraihkan ulang tahunnya yang ke-hmm lupa pulak doh. Oh ahhaaa, it's my 16th birthday. Terdapat juga sebuah kek yang terletak amat indah di atas meja kecil di ruang tamu itu. Wow, kek coklat dengan strawberi..... sedapnya. Dah lama Alya teringin merasa sebuah kek. Tak kira jenis apa pun kek tu, asalkan sebuah kek .

Setelah mereka habis menyanyikan lagu yang berharga buat setiap insan di dunia ini, Alya bersuara "Thanks Umi.....dan my amazing friend" lalu menerpa ke arah kawan-kawan perempuannya dan memeluk mereka. Of courselah perempuan .....lelaki mana boleh. Kemudian ke semua lilin itu terpadam dengan hanya satu tiupan kegembiraan.

"Happy Birthday, Alya" ujar mereka semua. Alya tersenyum lalu pandangannya tumpah ke arah kek itu. Kek itu amat mengiurkan atau mungkin disebabkan dia tidak makan dari pagi sampai sekarang , pukul 10.35 . Kenapa Alya tak makan? salah satu cerita sengsara dia hari ni.

" Takkan nak tenung je kek tu. Jomlah makan"

Sebaik saja kawan baiknya,Syasya menutur ayat itu , pintu rumah itu diketuk bertalu-talu. " Aik, sapa tu" Alya dengan perasaan ragu-ragu segera menerpa ke arah pintu. Kemudian dengan perasaan saspen, dia membuka pintu itu perlahan-lahan.

Terpampang muka seorang lelaki yang berwajah bengis yang memakai baju uniform yang pelik. " Sesat mana pulak orang ni" ujar hati kecilnya. Umi dan rakan-rakan yang lain hanya memandang pelik lelaki itu.

"Ye, Encik. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" ujarnya . " Boleh saya bertemu 'sebentar' dengan cik Alya?" soalnya walaupun dia tahu sebenarnya di hadapannya itu ialah orang yang dicari-cari. " Saya Alya. Kenapa? Saya ada buat silap ke? Oh, baru saya ingat . Pak cik kan orang yang saya langgar tu. Sorrylah,pak cik . Basikal saya tu lembap sikit. Saya suruh ke kiri ....dia ke kanan" jelasnya.

" Err....sebenarnya bukan sebab tu" lalu mengerling ke arah Umi Dina .Umi Dina mengangguk perlahan-lahan agar rakan-rakan Alya tidak tahu akan isyarat yang diberi kepadanya.

" Habis tu sebab apa?" soalnya.

" Boleh tak kita bercakap dalam kereta . Ada seseorang ini berjumpa dengan kamu" katanya kemudian berlalu ke arah kereta hitam yang dimaksudkannya.

" Pelik....Umi, patut ke Alya ikut orang pelik tu?" soalnya lalu memandang tepat ke arah Umi. Rakan-rakannya hanya menonton senario yang pelik berlaku di depan mata mereka. Mulut mereka semua tertutup rapat.

" Alya mesti..." suaranya tiba-tiba tegas. Menyedarkan perubahan suaranya, dia berkata "Emm....maksud Umi... pergi jelah. Mana tahu ibu kandung Alya nak jumpa Alya"

"Hmm....baiklah. Alya pergi jumpa orang badut tadi" Ujarnya . Rakan-rakannya tergelak mendengar kata-kata Alya. Kemudian dia berlalu ke arah kereta tersebut.

Dia memang teringin bertemu ibu kandungnya. Lagipula sejak akhir-akhir ini ibunya sering datang ke alam mimpinya. Bukan mimpi indah tetapi mimpi buruk dan ngeri. Pelik bukan. Pasti ada sesuatu yang ditutupi dari pengetahuannya.

Setelah dia berada dia hadapan pintu kereta itu, dia tertegun seketika. Kakinya bagai di gam di jalan tar tersebut. Penggunaan cermin kereta yang gelap menyebabkan dia sukar mengenal pasti orang yang berada di dalam. " Nak masuk ke tak? Ah.....nervous lah pulak" ujarnya. Dia mundar mandir di hadapan pintu kereta itu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu .

" Eh, kek tadikan aku belum makan lagi. Nanti-nanti jelah aku jumpa mak kandung aku. Perut harus diutamakan.....lapar gile wei" segera dia berpusing ke belakang dan terlihat pintu rumahnya masih terbuka. " Alhamdulilah.....kalau dah jodoh dah tak ke mana" sambil menekup mukanya tanda kesyukuran.

" Eh, kenapa dia pusing belakang. Kenapa tak masuk?" ujar Arizz.

" Entahlah" jawab Pauline

Sebelum sempat Alya bergerak dari tempatnya untuk memuaskan nafsu seleranya.....Tiba-tiba pintu kereta itu terbuka dan kemudian menarik Alya masuk ke dalam kereta itu.

Mereka semua tercengang kecuali Umi. Dia seperti tahu-tahu sahaja yang Alya bakal pergi darinya buat selama-lamanya. Dia kelihatan tenang sekali. Syasya yang begitu pelik dengan perlakuan ibu angkat Alya bertanya " Kenapa Umi tak terkejut" . " Umi dah tahu semua ni akan jadi" Satu ayat yang amat mengejutkan bagi rakan-rakan Alya macam kena kejutan elektrik.







The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now