Chapter 10

4.9K 248 7
                                    

[Tahun 2025]

"Kenapa kau bawak perempuan ni?"marahnya. 

"Takkan salah kot kalau aku bawak sepupu kita untuk tinggal dengan kita"kata Loius. Gadis itu hanya memerhati sahaja kedua-dua swpupunya itu. Tiada langsung niat untuk masuk campur . Sesekali matanya memerhati setiap sudut ruang tamu istana itu. 

Hmm.....nothing change.

"What??! Tinggal dengan kita?! Are you crazy?! Kau nak perempuan gila ni tinggal dengan kita??"semakin lama nada suaranya semakin meninggi. Sungguh dia tak bersetuju langsung untuk biar gadis itu tinggal seistana dengannya. 

Apa yang telah merasuk kembarnya?

"Lycia....relax" ujarnya. 

"Noira dah pulih dari penyakit dia. Dia dah tak gila lagi"katanya. Lycia mengerling ke arah Noira yang berada di sebelah Loius. Gadis itu masih mempamerkan senyuman manis padanya. Dia kelihatan seperti orang normal. 

Tetapi tidak bagi puteri Delarose itu.

Tak gila kau kata?? Takkan kau tak tahu apa yang dia dah buat kat aku? Kau tak tahu ke atau.......Oh lupa. Mestilah kau langsung tak tahu sebab sibuk sangat dengan hal ehwal istana. Manalah ada masa untuk aku. Kata hati kecilnya.

Tiba-tiba mata Lycia membulat. Kata-kata terakhir Loius dihadam sepenuhnya. Sungguh kini dia benar-benar marah pada Loius.

"So.......kaulah yang lepaskan dia ni?" menunding jari pada Noira. 

Noira langsung tak terkesan dengan kata-kata Lycia. Dia masih tersenyum. "Doktor kata dia dah pulih. So, aku suruhlah diorang lepaskan Noira. Lagi pun dia hilang ingatan. So, mesti dia lupa tentang hal tu" katanya.

Amarah Lycia semakin membara. Sewenang-wenangnya....dia mengambil ringan hal itu. "Hal tu kau kata? Kau ingat hal tu.....benda kecik ke?! Kau tahu tak apa dia buat?! Dia dah......"katanya terhenti sebaik sahaja kepalanya terasa sakit. 

Tangan kanannya menekan-nekan kepalanya untuk menghilangkan rasa sakit itu.

Sejak kebelakangan ni, dia sering diserang sakit kepala. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir. "Lycia ......kau ok tak??"tanya Loius cemas. Dia cuba menyentuh bahu Lycia tetapi Lycia menghalang. 

"Jangan kacau aku. Aku tak suka. Uruskan girlfriend kau tu" katanya dengan nada mengejek. Kemudian dia melangkah pergi dari situ.

"Jadi boleh Noira tinggal sini" ujar gadis itu. 

"Mestilah boleh"ujar Loius. Suaranya diceriakan. "Tapi, Lycia macam tak suka je". "Tak apa......biar dia tu. Pandai-pandailah Loius pujuk Lycia nanti"ujarnya. Dia sendiri tak pasti Lycia akan terpujuk dengan pujukannya. 

"Dah, pergila pilih bilik yang Noira suka" ujarnya.

"Yeay yeay! Bestnya!"kemudian mengatur langkah meninggalkan Loius sendirian. Loius meraup mukanya. Dia tak tahu sama ada dia membuat pilihan yang betul. Dia kasihan Noira. Gadis itu sudah kehilangan segala-galanya.

 Harta.....Keluarga.....Sahabat......malah ingatan. 

Tetapi dia juga sedih memikirkan Lycia yang semakin menjauhinya. Kenapa......dia berasa begitu terseksa tanpa Lycia disisinya.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

[Tahun 2016]

"Wei......Qiera. Tukar tempat dengan aku"ujarnya pada murid baru itu. 

Sebaik sahaja dia memasuki kelas 4 Gardenia itu, terus sahaja dia meluru ke arah Qiera yang sedang berbual dengan rakan-rakan barunya. Qiera yang sedang duduk berbual, menoleh ke arah Lycia yang berada dihadapan mejanya sambil menggalas beg.

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now