Chapter 6

6.5K 254 12
                                    

[Tahun 2025]

Lia membuka matanya perlahan-lahan. Dia menongkat badannya yang lemah itu.Kepalanya masih terasa pening sedikit. "Aku kat mana ni?", kemudian memandang sekeliling. Bilik ini seperti dia kenal. "Jangan kata aku kat......" kemudian mengalihkan pandangannya ke arah beranda bilik itu. 

"Memang sah. Kenapalah dia bawak aku balik sini? Buat aku lagi sakit je".

Loius dan Norrix pula duduk bersama di ruang tamu."Korang betul-betul couple ke?", tanya Loius. Fiqri aka Norrix Chris Arch yang sedang menikmati teh asli Delarose menoleh ke arah Loius. "Eh.....taklah", jawabnya. "Dah tu.. ..kenape dia mesej aku, yang dia dah couple dengan kau?"teringat pula dia pada mesej yang dikirim kembarnya sebelum pergi meninggalkan istana.

"Oh, yang tu. Lycia mintak aku jadi couple dia untuk sementara je. Kau tak yah risau. Aku tak usik pun kembar kau yang comel tu", sempat lagi dia mengusik Loius. "Aku tahu lah yang kembar aku tu cute. Kau jangan nak menggatal pula" Loius memberi amaran. "Kalau aku nak kahwin dengan Lycia sekali pun,kenape? Tak boleh ke? Aku teringin juga nak ada abang ipar macam kau" semakin galak dia mengusik Loius.

Tiba-tiba mereka terdengar jeritan yang datangnya dari tingkat atas. 

" Lycia!!!"ujar mereka serentak. 

Segera mereka berlari menaiki anak tangga. "Lycia, kau ok?" soal Norrix dulu. Loius memandang Norrix. Tak puas hati. Dia yang sepatutnya menanyakan soalan itu pada Lycia bukan Norrix. Dia kembar Lycia bukan Si Norrix tu. Ah, bengang betul dia dengan Norrix itu. 

Lycia memandang Loius sekilas kemudian mengalihkan perhatiannya pada Norrix sepenuhnya. Hatinya masih marah lagi pada kembarnya itu. "Jomlah....kita balik". Sebaik sahaja Lycia menutur 3 perkataan itu, Loius menidakkan. "No" jawabnya tegas. 

Lycia geram.

'Ish.....suka hati orang lah nak keluar dari istana ni. Menyibuk je' bentak hatinya. "Fiqri.....Lia nak balik sekarang.  Now. Please!!"dia memohon simpati. Dia mengendahkan kata-kata Loius

"Hei, kau ingat sikit. Kau sekarang dekat sini....bukan dekat dunia manusia sana tu. Jadi nama kau Lycia bukan Lia" ujar Loius. "And aku takkan benarkan kau keluar dari istana ni. NEVER!!!" segera meninggalkan Lycia dan Norrix. Panas benar hatinya melayan Lycia.

" Ok. Fine!"

"Nama aku Lycia. Bukan Alya Natasya. Ish geramnya. Dia ingat aku ni babu dia ke? Sesuka hati je nak arah aku. Suka hati akulah nak keluar ke....nak mati ke" bebelnya seorang diri.

"Tak baik cakap macam tu. Walau macam mana pun, dia tu abang kau. Of courselah dia sayang kau" kata Norrix. " Abang?? Sorry sikit.....kiteorang lahir pada waktu yang sama". " Macam mana boleh lahir pada waktu yang sama? Mustahil sekurang-kurangnya....dia lahir 1 minit lebih awal dari kau" kata Norrix

"Arwah bonda terpaksa bedah perut untuk keluarkan kiteorang sekali gus. Anyway....buat apa kau nak tahu? Bukannya ada kena mengena dengan kau pun" kata Lycia. " Tapi kau tetap kena hormat dia. Dia-kan darah daging kau. Kalau dia tak bagi, aku tak boleh tolong. Aku bukannya couple dengan kau betul-betul pun" ujar Norrix. 

"Tapi kau dah janjikan...nak jadi boyfriend aku untuk sementara". " Tapi....nanti kalau Loius marah, macam mana?" soal Norrix. " Apa aku kesah kalau dia marah. Aku just nak balik. Please, Norrix"rayunya. Norrix memandang Lycia.

 Dia lemah bila Lycia membuat muka comelnya itu. Kemudian dia meninggalkan Lycia sendirian.

"Aku tak nak duduk sini lama-lama. Sebab aku takut...... Noira cari aku" gumamnya sendiri. Noira sangat membencinya. Pertemuan pertama dia dengan Noira bukanlah sesuatu yang menggembirakan. 

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now