Chapter 3

8.4K 313 2
                                    

[Tahun 2025]
"Selamat pagi, akak" 

Lia dari tadi khusyuk bermain dengan telefonnya menoleh. Lia tersenyum. " Eh, Yaya mana?", soalnya. "Manalah saya tahu. Saya bukan abang dia", jawab Nik. " Hmm, tu dia" kata Nik.

"Sorry kak sebab lambat"

"Tak apa, Jomlah. Kawan kakak dah tunggu tu" ujar Lia sambil menunjukkan jari telenjuknya ke arah sebuah kereta berwarna hitam yang tersadai di bahu jalan. Kedua-dua budak itu mengangguk.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Nik dan Yaya sedang khusyuk menjamu selera. Gelojoh betul diorang ni makan. Macam tak pernah makan setahun. "So kenapa kau nak jumpa aku ni? Macam urgent je", tanya Lia sambil menoleh ke arah seorang pemuda yang berada di sebelahnya. Fiqri yang sedang merenung kedua-dua budak itu menoleh ke arah Lia.

"Takkanlah kau tak tahu", tanya Fiqri kehairanan. " Pasal apa? Macam penting je", soalnya. "Of courselah penting. Kalau tak penting buat apa aku jumpa kau" jawab Fiqri. " Oh, so maknanya bila ada perkara penting je kau jumpa aku" rajuknya.

"Acah-acah merajuk pulak. Macam budak keciklah"

Lia menjelir lidah. "Suka hatilah" 

"Dahlah. Nanti payah pulak aku nak pujuk", jawab Fiqri. "Hm, yelah. So apa cerita yang 'penting' sangat kau nak bagitahu", soal Lia dengan menekankan perkataan penting . Kemudian dia meneguk air jus orennya untuk menghilangkan dahaganya.

" Dia dah terlepas ".

Tiga perkataan yang dilontar Fiqri membuat Lia tersedak. "Bila? Macam mana dia boleh terlepas? Kenapa lepas kan dia? Dah cari ke belum?", soalnya seperti seorang polis penyiasat yang ketakutan.

"Sabar Lia. Kenapa kau takut sangat ni?", soal Fiqri, seakan hairan dengan reaksi Lia . "Tak ada apa " mengukir senyuman.

" Kakak, kenapa muka kakak pucat?", ujar Yaya yang baru habis makan. Lia menyentuh mukanya. " Eh, mana ada. Emm, dah habis makan ke belum?" segera dia menukar topik untuk menghilangkan rasa takutnya.

"Dah", jawab mereka berdua termasuk Fiqri. "Wei, aku cakap kat diorang bukan kau", katanya. "Biarlah" sambil menjelir lidahnya. " Ish budak ni kan" marah Lia. 

"Ish, akak dengan abang ni, boleh tak berhenti bergaduh. Macam couple dah Nik tengok." marah budak yang petah berkata itu.

"Couple? Hm interesting hehehe", jawab hati Fiqri.

" Boleh tak akak sambung cerita semalam?", tanya Yaya. Lia mengangguk. Dahi Fiqri berkerut. "Cerita apa yang kau racun bagi kat bebudak ni?", soalnya. " Ala.....cerita yang selalu aku cerita kat Tiara lepas aku balik dari sekolah dulu", jelasnya.

" Sape Tiara?" soalnya lagi. 

"Ish abang ni.....boleh tak senyap? Orang nak dengar ceritalah. Bising je", marah Nik. Dia memang dah kempunan nak dengar sambung cerita kak Lia. "Hmm....yelah", jawabnya dengan muka tak puas hati.

' Kesian.....kena marah dengan budak kecik' tawa hati Lia. 

"Lepas tu......."

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

[Tahun 2016]
Alya melangkah masuk Istana Delarose itu. ' Wah, besar gedabak gile. Gajah pun boleh masuk. Eh.....bukan. Zirafah pun boleh menginap kat sini'. Alya terpengun seketika.

Nendanya hanya memerhatinya dari jauh. "Kamu tengok-tengok dulu kawasan rumah ni. Nenda mahu ke dapur sebentar", ujarnya kemudian melangkah pergi dari situ. "Punyalah besar Istana ni......nenek kata rumah".

"So......nak mula dari mana ye? Hmm....lantaklah" kemudian dia berjalan tak tentu hala.

Dia tiba di sebuah ruang tamu yang sangat luas kawasannya. 'Dah macam padang golf aku tengok', kata hatinya. " Pandai betul dia decorate ruang tamu ni. Cantik dan menarik", puji Alya. 

Tiba-tiba datang seekor kucing mengesel-geselkan badannya ke kakinya.

"Kucing siapa yang sesat ni? Siap pakai Tiara pulak tu", soalnya kemudian mencangkuk. Dia memegang tiara kecil kucing itu. Comel. Lucu. Ada ke patut kucing pakai tiara. Tapi kucing ni nampak sangat elegan dengan tiara yang bertatahkan berlian putih itu. Mesti mahal.

"Hai.....saya Alya. Nama awak siapa?", soalnya seperti orang bodoh. Kucing mana boleh cakap. Kucing itu hanya mengiau. Kemudian dia terlihat sesuatu dikolar kucing putih itu.

T. I. A. R. A .

" Oh.....nama awak Tiara ye", kata Alya. Kucing itu mengesel kepalanya ke kaki Alya seperti mengiakan kata-kata Alya. "Jom jalan-jalan nak?", tuturnya lalu berdiri sambil mengangkat kucing itu.

Kucing itu tak mencakarnya atau menggigitnya. Ia berasa selesa dalam pelukan Alya.Kemudian dia meneruskan penerokaannya yang tergendala seketika.

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Setelah meneroka alam tingkat satu istana itu bersama Tiara namun terhenti niatnya tatkala nenda memanggilnya. 

"Mari ke ruang makan sebentar" suara neneknya bergema dari ruang makan."Sekejap nenda", laungnya. 

"Jom, Tiara" lalu meletakkannya ke bawah kerana tangannya lenguh mendukung Tiara. Dia berlari ke ruang makan yang hanya beberapa tapak dari situ. Tiara pula berlari mengejar langkah Alya.

"SURPRISE!" kata seluruh ahli dalam ruang makan itu sebaik sahaja Alya menapak masuk ruang makan yang boleh menempatkan 20 orang di meja makan. Alya ternganga. Patutlah neneknya tergesa-gesa ke dapur. 

Rupanya ini hal penting tu.

Banyak gile makan. Kesemuanya makanan barat. Burger pun ada. 'Terpaksalah kau diet 7 keturunan lepas ni', kata hatinya. Yang paling mencuri perhatiannya kek 4 tingkat yang amat cantik dengan hiasan berbunga-bunga. Alya tersenyum.

"Terima kasih semua. Sayang nenda!" lalu meluru ke arah nendanya yang sedang berdiri di hadapan kek itu. Nenda membalas pelukannya dengan erat. "Sayang kamu juga" balas nendanya.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

[Tahun 2025]
Nada dering telefonnya berdering. Lia berhenti bercerita. Yang mendengar cerita mengeluh termasuk juga Fiqri. "Jap eh. Akak kena jawab call ni" segera keluar dari restoran itu. Dia mengangkat panggilan itu setelah berada di sebelah kereta Fiqri dan mencangkung

" Wei, kau nak apa? BERAMBUS JELAH DARI HIDUP AKU", jawabnya kasar.

" Hmm, marah nampak sistur. Kau dah tahu berita tu kan? Kecut ke?", soal si pemanggil sambil tertawa.

"Tak sekarang ni-kau nak apa?! Tak payahlah nak call aku lagi. Aku tak suka"

" Aku takkan berhentilah- sebab aku akan kacau kau sampai aku dapat apa yang aku nak. Aku nak dia!!"

" Dia dah pergi dari kau . Reda jelah"

" Kau kejam, teramat kejam!"

" Macam aku kesah sangat"

" Kau tahu apa yang aku boleh buat. Jangan cabar aku. Jangan membuat sejarah lama tu berulang lagi! Kau akan menye-"

Segera dia mematikan talian. Tak sanggup lagi dia mendengar kata-kata menakutkan itu yang membuat dia terbayang kisah lama.

" Lia, kau okay tak? Pucat je muka kau", tanya Fiqri yang tiba-tiba ada di situ. Lia tersenyum untuk menutup kegusaran hatinya. "Tak ada apa-apa. Jom masuk dalam dah lama budak-budak tu tunggu", katanya.

Fiqri mengangguk. Satu......dua langkah, pandangan Lia mula kabur. Perkataan terakhir dia dengar " Lia...." yang terbit dari bibir Fiqri.

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now