Epilog

7.2K 229 76
                                    

Kuasa yang diberikan Armedia Catheryn, Permaisuri Fantasia...menjadikan aku seorang yang suka makan manusia atau juga dikenali sebagai ghoul? Hebat....

Gadis itu berjalan terhincut-hincut sepanjang perjalanan sambil tangan kanannya memegang perutnya. Luka parah di dada dan perutnya masih belum sembuh lagi. Masih terbuka luas luka itu sehingga menampakkan isi dalamannya. 

Namun dihiraukan luka besar itu. Dia tahu kuasanya dapat menyembuhkannya. Dia percayakan kuasa itu.

Buktinya dia masih hidup. Masih bernafas di dunia ini walaupun telah ditusuk tepat pada jantungnya. Rasanya memang sakit. Terlampau sakit sehingga dia hanya berbaring di atas katil selama satu bulan selain makan, minum dan tandas. 

Seksa yang amat ditanggungnya. Namun disebalik kesakitan itu, rasa nikmat itu ada. Ya....nikmat apabila pedang tajam itu menusuk ke jantungnya sehingga membuatkan ia terhenti seketika.

Ah...aku mahukan nikmat itu lagi.

Dia duduk sebentar di atas kerusi yang disediakan itu. Penat berjalan terhincut-hincut dari rumah sewanya ke sini. Kakinya terasa kejang. Terasa ingin urut kakinya yang kejang itu, tapi perut dan dadanya pasti sakit sekiranya dia membongkok untuk mengurut kakinya yang tak berkasut itu. 

Jadi dia membatalkan niatnya. Dia menoleh ke arah monitor yang terletak tinggi di atas.

5 minit lagi sebelum ketibaan komuter

Dia memerhati orang sekelilingnya pula. Nampaknya hanya sedikit sahaja orang yang berada di situ pada waktu itu. Dua orang lelaki dewasa. Tiga orang wanita dewasa. Lima kanak-kanak kecil. Dan seorang bayi berjus segar. 

Eh...berjus? Entahlah...dia rasa dahaga pula.

Komuter datang tepat seperti yang dijangka. Gadis itu berjalan terhincut-hincut ke arah pintu komuter yang telah terbuka secara automatik. Dia berhati-hati sewaktu melangkah masuk ke dalam gerabak itu. 

Takut tersepit antara landasan komuter dan gerabak komuter itu. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk yang berdekatan dengan palang agar senang untuk dia bersandar.

Dia memejamkan matanya sambil tangan kanannya memegang dadanya yang terasa sakit. Kemudian dia membuka matanya apabila kesakitan menguasainya. Dia terlihat seorang wanita dewasa sedang tidur di tempat duduk yang bertentangan dengannya. Nyenyak benar.

Kemudian dia mengerling ke arah perut wanita yang memboyot itu. Besar betul gamaknya. Mungkin sudah 8 bulan agaknya kandungan itu. Dia menganalisa pula dalamannya. Kelihatan bayi itu sedang tidur nyenyak persis ibunya. Ya...itu juga salah satu kuasanya. Melihat dalaman orang. 

Gadis menyeringai. Nafsunya bergelodak. Taring tajamnya muncul.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Hmm sedappp dan berjus!

Mayat wanita itu terkangkang. Matanya terbeliak ke atas seperti menahan sakit. Perutnya habis dirobek-robek sehingga menampakkan isi yang terburai keluar. Mayat bayi itu sudah terkulai di lantai komuter. Beberapa bahagian sudah hilang seperti kepala dan kaki. 

Perutnya pula sudah habis dirodok-rodok sehingga terburai isi perut si kecil.

Noira menjilat kukunya yang berlumuran darah. Sedap. Dan nikmat. Luka pada dada dan perutnya sudah sembuh dan pulih seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang terjadi padanya sebelum itu. Sekarang dia sudah tahu apa kelebihannya. 

Dan dia menyukainya. Tak sangka manusia sesedap ini.

Dia mahukan lagi....

Dia membuka pintu yang menghubungkan ke gerabak komuter lagi satu. Dia ingin merasai lagi nikmat itu. Dan dia menyeringai lagi. Kenyang lah dia malam ni. Jeritan dari mangsanya diendahkan. Bukannya mereka boleh buat apa. 

Pintu komuter sudah pun berkunci. Lagi pula, komuter itu bergerak terlalu pantas. Pasti tiada siapa yang melihat kerja kotornya itu.

"Kita telah tiba di stesen.....ARGGHH!!!!"

"Maaf. Kita telah tiba di stesen Fantasia. Mohon penumpang bersedia" ujar Noira sambil memandang sinis ke arah mayat pemandu komuter itu. 

Mikrofon itu ditutupnya.

Noira mematahkan jari tengah lelaki itu. Agak susah juga namun dipatahkan sepenuh hati. Setelah itu, jari itu diletakkan di hujung bibirnya. Dia mengigit dan menghisapnya seperti gula-gula lolipop. 

Darah memercik sewaktu dia mengigit jari itu. Namun dia tak kisah.

Thanks for the treat. Sedap gula-gula ni.

Ujarnya kemudian berlalu keluar dari gerabak komuter itu. Mujur tiada orang pada waktu tengah malam itu. Kalau ada, membunuh menjadi pilihannya. Kemudian dia mengambil TIZI (teksi terbang Fantasia) sebagai pengangkutannya ke Bandar Adury berpandukan alamat yang dikirimkan oleh 'Armedia'. 

Di mana terletaknya menara kawalan utama Fantasia.

I guess I will like my new life. Blood. Ah....sedapnya.

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now