Chapter 12

4.8K 220 20
                                    

Hmm......baru perasan yang cerita ni lari sikit dari sinopsis dia. Korang perasan tak? Well.....biar jelah. Asalkan korang suka.....Fira pun senang hati menulis setiap chapter. More and more. By the way...... enjoy reading this chapter. Hope you guys like it. 

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

[Tahun 2025]

"Nah....ini kunci penduanya, putera"

"Terima kasih, Cik Nah. Hmm, Cik Nah dah boleh balik bilik. Selamat malam"ujar Loius sejurus kunci itu bertukar tangan.

 Cik Nah mengangguk kemudian beredar dari situ. Loius berdiri di situ sehingga kelibat Cik Nah hilang dari pandangan matanya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu bilik stor itu.

Dia benar-benar risau akan keadaan Lycia. Jadi dia meminta kunci pendua bilik stor dari Cik Ye. Itupun selepas Noira tidur. Noira merengek meminta dia menemani gadis itu sehingga dia terlelap. Payah betul nak layan gadis itu. 

Setelah memastikan Noira tidur, segera dia meluru ke arah bilik stor tingkat bawah yang terletak berdekatan dapur istana.

Loius memulas tombol pintu stor itu setelah berjaya membuka pintu yang berkunci itu. Perlahan-lahan dia menolak daun pintu itu. Sebaik sahaja menapak masuk ke dalam stor itu, dia terlihat Lycia terbaring di lantai beralaskan tikar usang. 

Rasa bersalah menyelubungi hatinya tatkala melihat kembarnya tidur dalam keadaan begitu.

Aku sepatutnya melindungi kau, bukannya sebaliknya. Aku dah janji dengan nenda

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Mata Lycia tercelik. Dia mengerling ke arah jam tangan yang terletak kemas dipergelangan tangannya. Hmm....baru pukul 2 pagi' ujar hatinya. Dia menguap kecil. Kemudian menarik selimut agar membaluti badannya yang kesejukkan. 

"Sejuknya....."dia bersuara kecil. Kemudian mengatup matanya semula kerana mengantuk.

Tiba-tiba matanya tercelik semula. Dia tersedar akan sesuatu."Selimut??" ujarnya dalam nada terkejut. Segera dia duduk berlunjur. Matanya memerhati sekeliling. 

Dia masih berada di dalam stor. Masih beralaskan tikar. Jadi mana datangnya selimut ni?

Nalurinya merasakan sesuatu yang rapat di sisinya. Kemudian dia menoleh ke arah kanan. Kelihatan Loius sedang lena tidur tanpa selimut di sisi Lycia. Terkedu Lycia dibuatnya. "Kenapa dia ada kat sini?"soalnya sendiri. Matanya masih memerhati wajah Loius yang menghadapnya.

Kemudian dia menyelimutkan Loius. Dia tahu kembarnya pasti kesejukan. Dia tak kisah kalau tak ada selimut walaupun dia sendiri bakal kesejukan. 

"Kenapalah kau susahkan diri tidur kat sini dengan aku? Kalau kau sakit macam mana?"gumam Lycia sendirian. Kemudian kembali baring di atas tikar itu. Lycia mengiring ke arah Loius yang sedang lena diulit mimpi.

Wajah itu ditatapnya lama. Rindu dengan gelak tawa putera itu. Rindu dengan kerenah nakal putera itu. Rindu dengan senyuman menawan putera itu. Rindu dengan sikap prihatin putera itu. Rindu dengan suara yang sentiasa menyakatnya. Senang cerita........

"I miss you, my annoying brother"

Tapi......apabila mengenangkan sikap Loius yang suka membela Noira, membuatnya mengeluh kecil. 

"Kenapa kau suka sangat nak bela dia? I just can't understand. What are you trying to do?"ujarnya perlahan. Dia benar-benar tak paham dengan apa yang kembarnya cuba lakukan. Kenapa nak bela dia? Dia pembunuh. Pembunuh!! Dia bunuh nenda. Takkan tu pun tak boleh faham. Marah hatinya.

"Sebab.....kau sayang dia lebih dari aku ke?"tanya Lycia sambil memandang wajah Loius yang masih terkatup matanya. Dia tahu Loius takkan dengar. Saja dia berkata begitu untuk menghilangkan rasa tak puas hati dalam hatinya.

The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now