Chapter 2

10.1K 354 16
                                    

[Tahun 2016]
Alya menebarkan pandangannya ke setiap penjuru kereta itu. Nice. Siap ada TV lagi. Kemudian pandangannya beralih kepada seorang nenek tua yang dari tadi tersenyum ke arahnya. ' Umi kata Ibu kandung aku muda. Maybe orang tua ni ada sesuatu nak bagitahu aku kot' . Muka Alya berkerut. Hairan.

' Kenapa dari tadi nenek ni asyik pandang aku je. Ada sesuatu yang menarik kat aku ke?' kata hatinya lalu dia melihat dirinya. Tak ada yang menarik pun. ' Nak kata gila.....tak juga. Baju dia lagi lawa dari aku yang pakai baju t-shirt je' ujar hatinya lagi.

' Jangan-jangan...... nenek ni syok kat aku kot' tuduhnya. Fikirannya menerawang memikirkan hal yang bukan-bukan.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

"Puteri Lycia Nylora Quintessa"ujar nenek tua itu. Serta merta dia menoleh ke arah nenek itu. ' Nama siapa yang nenek tu sebut?' ujar hatinya. " Nama siapa tu nek? Macam pernah dengar tapi kat mana ye?" soalnya. " Nama kamulah, Lycia" kata nenek itu. " Eh, mana ada. Nama saya Alyalah,nek" katanya. Sedap-sedap je tukar nama orang. 

"Memanglah nama kamu Alya tapi dulu masa kamu bersama nenek ,nama kamu Lycia" jelasnya. Alya bingung. "Apa nek merapu ni? Tak fahamlah. Ke nenek....." lalu menunjukkan jari ke kepala kemudian memusing jari itu mengikut arah jam.

" Ada ke patut.....seorang puteri cakap macam tu pada nendanya. Mana adab kamu" suara nenek itu meninggi. " Oh.....sorry nek" ujarnya sambil tersengih. "Tapi betul.....Alya tak faham apa yang nenek cakap. Berbelit-belitlah. Susah nak faham. Mmm....macam nilah. Apa kata nenek cerita dari awal sampai habis. Bila dah habis nanti baru Alya komen" lalu menunjukkan isyarat OK.

" Apa tu, Lycia?" menunjuk ke arah isyarat OK yang ditunjukkan Alya. 

Asyik-asyik........ Lycia.....Lycia...... Ish, dah kira ok tau aku nak dengar story telling merapu dia tu. "Oh ni ke? Yang ni untuk ganti cermin mata nenek kalau hilang. Nenek just kena buat camni" sambil membuat bentuk cermin mata.

"Ohhh" ujar nenek itu. 'Biar betul....dia pi caya bulat-bulat.... hahaha.....kesian' tawa hatinya. "So nenek cepatlah mulakan cerita story telling yang nenek nak cerita tu" katanya. "Tapi ada syarat" .

" Apa?" . " Alya kena percaya bulat-bulat cerita nenek ni" ujar nenek itu. ' Pulak dah.....macam budak-budak yang percaya dengan cerita tahyul' kata hatinya. " Tengok keadaanlah nenek.....kalau logik Alya percaya....tapi kalau pelik-pelik tu........mungkin percaya" ujarnya lagi. 

Nenek itu mengangguk lalu bercerita.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Pada tarikh 1/6/2016

" Mana putera?!"

" -khabarkan kepada permaisuri segera! Kerana hari ini- "

"Siapa orang terakhir yang bertemu dengan tuan putera? Tolong selidik siapa-"

" Kamu! Kerahkan pegawai untuk cari tuan putera-"

Kelihatan keadaan istana amat kucar-kacir disebabkan seorang putera raja yang bernama Loius Nicolas Qartaz. Para penghuni istana dikhabarkan bahawa tuan putera telah menghilangkan dirinya selepas bersarapan. Beliau mungkin melarikan diri melalui tingkap dengan bantuan tangga. Mereka sedang sibuk ke hulu ke hilir mencari tuan putera yang mungkin bersembunyi di dalam istana.

" Selamat pagi tuanku. Tuanku kami ada berita buruk yang hendak disampaikan" kata ketua pegawai istana . "Apa dia?" ujar Heiera Imperia Le Lynx , nenda kepada Putera Loius.

" Tuan putera hilang. Apa kita perlu buat, tuanku" katanya. "Biarkan saja dia. Mungkin dia terseksa berada di istana", sindir bekas pemaisuri Delarose dengan tenang. "Tapi bagaimana dengan hari pertabalan, tuanku? Ia akan berlangsung hujung tahun ni", katanya dengan nada yang gusar. " Tak perlu risau. Biar beta yang uruskannya" katanya

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

"Sebab tulah nenda cari kamu. Kamu ialah Lycia Nylora Quintessa, bakal permaisuri Delarose Kingdom", jelas nendanya. " Ohh, so Loius tu abang saya?" soal Alya. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa percaya pada cerita nenek itu. " Bukan. Dia kembar kamu".

' What the-?! I have a twin??'

'Gempakk!' ujar hatinya. " Tapi apa bukti yang saya ni Lycia?" soalnya meminta kepastian.

"Nenek tahu yang anak mata kamu warna biru kan? Kamu pakai eye lens hitam untuk tak nampak berbeza dengan kawan-kawan kamu. Betul kan?" katanya."Wow, macam mana nenek tahu. Hmmm.....apa lagi bukti yang nenek ada?" soalnya lagi. Rahsia aku dah pecah.

" Kamu dan kembar kamu berambut perang . Right?" kata nendanya.

"Kali ni memang Lycia percaya 200% yang depan Lycia ni nenek kandung Lycia. Walaupun Lycia dah cat rambut Lycia hitam tapi nenek tetap tahu malah siap sebut warna apa. Sorry, nenek. Eh-maksud Lycia nenda sebab Lycia baru tahu kewujudan nenda sekarang" jelasnya panjang.

"Tak pe. Nenda tak marah".

" So, apa dah jadi dengan Loius" soalnya. "Belum ditemui lagi".

"Ohh begitu ye. Harap-harap nanti dia muncullah tu. Jadi sekarang ni nenek nak bawak Lycia ke mana?". " Balik rumah lama. Semua orang rindu sangat kat Lycia" kata nendanya. " Tapi-kan, nanti Lycia dah tak dapat jumpa Umi Dinalah ni" ujarnya dengan nada sedih.

"Lebih kurang macam tu . Lycia....sebenarnya kan ibu angkat Lycia tu dayang Lycia masa kecik-kecik. Nama sebenar Umi Dina tu......Clarita Floris Ve Aura" jelasnya secara terperinci. 

"Lycia.....kita sudah hampir sampai" . Segera pandangannya dilontarkan ke arah luar tingkap.

Pada pandangnnya dia terlihat sebuah istana yang teramat besar dan terdapat sebuah kolam air pancut berada di depannya. ' Wah....cantik gile. Kenapalah kembar aku tu bodoh pi lari dari 'rumah' ni. Rugi gila wei....." kata hatinya. " Lycia tak nak turun ke?" soal nendanya yang sudah berada di luar kereta. 

Lycia mengangguk perlahan-lahan.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

[Tahun 2025]
Kelihatan matahari mula menghilangkan diri di sebalik bangunan yang ada. Lia berhenti bercerita dan tersenyum kecil. "Dah senjalah. Nanti mama ayah korang risau pulak. Kita sambung esok jelah . Boleh kan?", soalnya. 

Mereka berdua mengangguk.

"Kat sini jugak ke?", soal Yaya. " Emm.... sebenarnya besok kakak kena jumpa kawan akak . Ha..... apa kata kakak bawak korang sekali. Kumpul kat sini tapi kenalah mintak kebenaran mak ayah korang dulu. Ok?" sambil menunjukkan isyarat OK.

" Ok", ujar mereka sambil membuat bentuk cermin mata. Secara spontan dia tertawa diturut serta dengan dua budak comel itu. " Oklah.....cepat balik rumah. Nanti mak ayah korang risau pulak", kata Lia.

"Bye, kak". Nik dan Yaya melambai-lambai ke arah Kak Lia yang masih berdiri di situ. Setelah kedua-dua budak itu pulang, telefon bimbitnya berbunyi. " Nombor siapa ni? Pelik", lalu mengangkat panggilan itu.

"........................"

"Hello, siapa ni?"

" HEheHEhE, kau dah tak kenal aku ke?"

" Oh, kau rupanya. Nak apa?", ujarnya setelah mengenal pasti suara pemanggil.

"Kenapa? Nape kau jahat sangat? Kau ambik dia dari aku!!!!", nada suaranya berubah dari rendah ke tinggi. 

"Relaks ah.....jangan marah. Aku bukan-"

"kau ke-ja-jam. AKU BENCI KAU!!"

Talian diputuskan.

"Hmm....sape pulak yang bagi nombor telefon aku kat dia ni. Ish....takkanlah nak kena tukar nombor fon baru lagi sekali pulak" Lia mengeluh. " Perasan gile yang dia tu kau punya. Tak boleh ke kau duduk kat tempat tu senyap-senyap" 

"And siapa pulaklah yang bagi dia telefon bimbit ?", bebelnya lalu melangkah pulang.























The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now