Part 32

984 10 0
                                    

Sehingga ke petang, barulah mesyuarat dengan bahagian kewangan selesai. Longlai langkah wanita itu kembali ke biliknya. Kerjanya berlambak perlu disiapkan. Masuk ke dalam biliknya, dia mengeluh kecil. Banyak kertas A1 terdampar di atas meja bersama dokumen lain.

Lyn tunduk meraup wajah. Dia penat. Dengan beban kerja yang kian bertambah dan beban perasaan. Sungguh dia penat. Baru sekejap dia menyelak proposal di atas meja, kelihatan para pekerja sudah mula berjalan ke arah pintu utama.

Lyn membelek jam di pergelangan tangan. Sudah jam 5.30 rupanya. Sudahnya dia mengangkat gagang. Terdengar suara lelaki di sebelah sana.

"I balik lewat sikit. You kena jaga anak malam ni," ujar Lyn tanpa berbasa-basi lagi.

"Lambat? Pukul berapa?" tanya Johan.

"Tak tahu lagi. Itu aja I nak cakap," balas Lyn lantas meletak gagang.

Tidak lama kemudian Johan muncul di ambang pintu bilik itu. Lyn sekadar mengangkat pandangan sekilas.

"Abang pun banyak kerja," ujar Johan.

"You memang selalu banyak kerja," perli Lyn tanpa membalas pandangan Johan.

Johan menghela nafas perlahan. Terasa susah benar hendak berkomunikasi dengan wanita ini. Kebanyakan soalannya dijawab sambil lewa saja. Sekarang isterinya memilih untuk pulang lewat pula. Sungguh dia bimbang dengan keadaan ini.

"Lyn cuba jauhkan diri daripada abang?"

"Soalan apa ni, Johan? You tak nampak ke dokumen ni semua?" balas Lyn lantas memandang suaminya itu.

"You rasa kalau I nak jauhkan diri daripada you, I perlu buat macam ni ke? No! Kalau I nak, I boleh pergi bila-bila masa saja, Johan." Lyn menambah lagi.

"Abang susah hati dengan keadaan ni, Lyn. Kita dah tak macam dulu."

"Dulu you rasa I ni membosankan. You rasa lonely. I tak pedulikan you. You nak kembali semula pada semua tu?

You dah ada seorang perempuan yang perfect, menepati cita rasa you.... go on, Johan. Jangan menyesal. Kalau you rasa apa yang you buat tu benar, untuk apa kita menyesal? Yang penting kita bahagia biarpun kita terpaksa menghancurkan hati ramai orang. Tak gitu?" Sekali lagi Lyn melontarkan sindiran.

"Lyn, abang tak pernah anggap Lyn serentak itu."

"Action speaks louder than words, Johan. Mulut selalu berbohong. Tapi tindakan you sangat jelas."

"Okey.... abang mengaku semua ni berlaku kerana salah abang."

"No. No. No. You tak salah. Fitrah lelaki memang macam tu. Pantang tengok perempuan, kan? Kenapa nak salahkan diri sendiri?"

Lyn tersenyum-senyum membalas pandangan Johan tatkala lelaki itu hanya terpaku. Biarpun suaminya beriak wajah tegang, namun dia masih mampu tersenyum santai.

Johan menghela nafas perlahan. Terasa kalah lagi dengan sang isteri.

"What do you want me to do?" tanya Johan.

"Take good care of our children for tonight. That's all I want," balas Lyn sedikit tegas.

Johan menggeleng sendiri. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. Sudahnya dia berpaling untuk berlalu. Kecewa dengan keadaan ini. Biar berkali-kali nafas dihela, rasa itu tidak mahu berlalu.

Johan mengemas meja sebelum dia keluar mendapatkan keretanya. Mahu segera pulang ke rumah. Namun dia terpandangkan Syiha sedang menunggunya di lobi.

"Abang, hantarkan Syiha balik?"

"Hari ni tak boleh. Abang kena balik cepat."

"Alah.... sekejap aja."

"Balik naik trenlah. Abang nak kena jaga anak di rumah. Lyn balik lambat," balas Johan sambil terus berjalan ke arah keretanya.

"Apa punya binilah suruh suami jaga anak. Kenapa abang biarkan dia layan abang macam ni?" sergah Syiha.

Johan menoleh semula ke arah gadis itu.

"Pergilah balik! Jangan membebel lagi kat sini. Abang dah tak boleh nak dengar lagi," ujar Johan sebelum dia meneruskan langkah ke kereta.

Terkebil-kebil Syiha memandang Johan meninggalkannya. Lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan berlalu.

"Sampai hati dia tinggalkan aku kat sini!" rengus Syiha.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now