Part 45

794 14 0
                                    


Malam itu, Johan mengambil telefonnya. Segenap keberanian dihimpun sehabisnya, dia mendail nombor wanita itu. Dengan harapan dia dapat mendengar suara itu buat seketika. Cukuplah sekadar penawar rindu.

Dua kali dia mendail akhirnya panggilannya berjawab di hujung sana. Seperti yang diharapkan, itu jugalah yang dimakbulkan. Nada Lyn kedengaran kaku tatkala menjawab salamnya.

"Dah tidur?" soal Johan lembut.

"Belum. Dani dengan Dina meragam pula hari ni. Dia orang baru aja tidur," jawab Lyn perlahan.

Johan terdiam seketika. Suara isterinya kedengaran sedikit serak seperti orang baru lepas menangis. Mendengar dua anaknya itu mula buat perangai, Johan sedar pasti susah untuk Lyn mengendalikan dua anaknya itu sendirian.

"Aril sihat?"

"Sihat," jawab Lyn serba ringkas.

"Dani dengan Dina kenapa?" tanya Johan mula mengembalikan perbualan mereka tentang dua kembar itu.

"Entahlah. Dia orang tak mahu makan tadi. Puas I pujuk. Tapi dia orang terus diam. Macam marah dengan I pun ada," jawab Lyn masih dengan nada tadi.

Johan menghela nafas perlahan. Kasihannya.... itulah yang dirasakan saat ini kepada isterinya itu. Menanggung segala beban sendirian bukannya mudah. Dia sedar kerenah anak-anak yang kian membesar pasti memeningkan kepala isterinya itu.

"Kenapa tak beritahu abang?" ucap Johan lembut.

Lyn terdiam seketika. Entah kenapa hatinya teramat sayu saat ini. Kesan daripada kesedihan lalu dan tekanan hari ini, akhirnya membuatkan air matanya mengalir juga. Namun dikawal esakannya agar Johan tidak mendengar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kesedihan yang terkepung dalam hatinya saat ini. Benar-benar terbeban dengan kerenah anak-anak yang sudah mula pandai menunjuk perasaan. Salah diakah? Apakah dia terlalu ego selama ini?

"Sayang, jangan menangis. Abang susah hati dengar Lyn menangis macam ni." Mendayu pujukan lelaki itu. Terlalu sayu hatinya mendengar kesedihan isterinya. "Pasal Dani dengan Dina biar abang pujuk dia orang ya?" ucap Johan lagi.

"Dia orang rindukan you agaknya," jawab Lyn sambil mengusap pipinya yang basah.

"Sayang, jangan menangis lagi ya? Abang tahu Lyn tertekan dengan perangai anak-anak. Ada sebarang masalah, jangan sembunyikan daripada abang. Mungkin anak-anak terkejut dengan keadaan kita macam ni. Tambahan pula nak sesuaikan diri dengan rumah baharu," pujuk Johan lembut.

"I tahu keputusan yang I buat ni dah mencacatkan emosi anak-anak. Tapi I pun perlukan ruang untuk teruskan hidup. I takut anak-anak akan salahkan I yang menyebabkan keadaan kita jadi macam ni," luah Lyn dalam kesayuan yang masih berbisa.

"Abang takkan biarkan anak-anak kita berasa kekurangan apa-apa walaupun kita dah tak macam dulu. Abang janji abang akan buat apa saja untuk kembalikan semula keluarga ni. Tak perlu tanggung semua ni seorang diri, sayang. Abang ada. Abang faham Lyn juga perlukan masa untuk diri sendiri. Abang takkan mendesak dan memaksa lagi macam dulu. Tak adil kalau abang biarkan Lyn tanggung semuanya sendiri. Insya-Allah semuanya akan kembali okey. Abang akan pujuk anak-anak," ucap Johan bersungguh-sungguh.

"Okeylah. I nak tidur. Kepala I ni pun dah pening." Lyn meminta diri segera.

"Banyak sangat menangis ke?" duga Johan perlahan.

"You rasa macam mana?" Lyn ikut membalas dengan cara yang sama.

"Jangan terlalu stres, sayang. Tak baik untuk kesihatan. Abang nak sayang ambil kesempatan ini untuk relaks dan tenangkan fikiran. Jangan terlalu fikirkan yang sudah-sudah. Itu semua dah berlalu. Insya-Allah semua tu takkan kembali lagi pada kita," pujuk Johan.

"Jangan terlalu berjanji tentang masa depan. Dulu pun you dah berjanji macam-macam. Akhirnya kita jadi macam ni," ucap Lyn dalam nada jengkel.

"Abang tahu semua yang abang katakan dah tak ada ertinya lagi. Tapi abang tak rela tengok anak-anak terima kesan daripada kesilapan abang. Abang malu," jawab Johan lagi.

"Johan, I dah tak boleh dengar ayat-ayat yang sama lagi. I dah bosan!"

"Bukan macam tu. Jangan salah anggap pada abang, sayang. Abang tahu Lyn masih tak boleh lupa tentang apa yang abang dah buat. Tapi kalau kita terus macam ni, macam mana dengan anak-anak? Kita tak patut korbankan perasaan anak-anak untuk kita. Itu yang abang nak Lyn faham. Lyn nak hukum abang, hukumlah! Abang terima dengan lapang dada. Tapi anak-anak tak ada kaitan dengan semua ni. Kita jangan tambah lagi susah mereka. Itu yang abang nak sayang fikir," ucap Johan tetap berlembut. Dia tahu dia harus bersabar dengan keras hati isterinya itu.

"Baru sekejap tadi I dengar you kata you takkan desak I lagi," balas Lyn mula mengeras nadanya.

"Abang bukannya mendesak. Tapi abang minta Lyn lembutkan sikit hati tu untuk abang. Untuk anak-anak kita. Kita takkan selamanya boleh macam ni," pujuk Johan semakin lembut.

"Jadi you harap I akan hadap you semula macam dulu, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku? You nak I layan you siang malam macam raja dalam keadaan perasaan I sendiri terumbang-ambing?" tukas Lyn.

"Abang janji keadaan takkan sama lagi, sayang. Tolonglah..."

"I dah tak sanggup lagi. You tak akan faham, Johan. Bukan mudah untuk I berikan semula diri I dalam keadaan I macam ni. Semudah itu melukakan, semudah itu juga you harap I kembali taat sebagai isteri? Isteri you ni robot ke?"

"Abang tak bermaksud macam tu, sayang..."

"Okeylah, I letak telefon dulu. Anyway, thanks for calling. Assalamualaikum," pintas Lyn lantas talian itu terus dimatikannya tanpa mendengar jawapan Johan.

Johan hanya mampu menghela nafas perlahan. Biarpun hampa, namun puas juga hatinya dapat berbual dengan Lyn. Sejujurnya dia sebenarnya tidak tahu apa lagi yang harus dibuat dalam keadaan dia begini. Dengan seribu satu masalah yang ada, dia juga teramat sengsara. Sehingga ruang untuk dia bernafas pun cukup sempit.

Akhirnya Johan ke meja kerjanya. Komputer riba dibuka. Tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang mahu dibuatnya dengan laptopnya itu.

Setelah beberapa ketika dia sekadar pegun di situ, akhirnya di papan kekunci komputer itu dia meluahkan isi hatinya. Seperti dulu-dulu, dia menghantar e-mel kepada isterinya itu. Dia mahu wanita itu mengerti keseluruhan hatinya.

Maafkan abang, Lyn. Hati abang teramat sayu. Abang tahu dah terlalu banyak kesedihan yang abang berikan kepada Lyn selama ini. Hanya Tuhan yang tahu apa yang abang lalui selama ini. Setiap cebis kekesalan ini terlalu menyakitkan untuk abang telan begitu sahaja. Tapi abang percaya, inilah ujian untuk diri abang.

Suatu masa dulu Tuhan memberikan kita kebahagiaan untuk kita genggam bersama. Sayangnya genggaman abang terlerai lebih cepat. Mungkin Allah nak abang sedar kelemahan abang sendiri. Apa pun yang berlaku tak seharusnya abang gadaikan keluarga abang sendiri. Apatah lagi untuk kepentingan diri sendiri.

Setiap titis air mata isteri abang yang jatuh kerana abang, tak mampu abang bayar semula. Luka dalam hati Lyn tak mampu abang ubatkan dengan kata-kata. Tapi sayangnya, dulu abang tak sedar betapa berkuasanya air mata seorang isteri ke atas suami seperti abang. Tatkala kasih sayang seseorang yang ikhlas untuk abang sudah diambil semula, abang turut kehilangan semuanya termasuklah harga diri abang sendiri. Sekali lagi abang mohon ampun atas segalanya.

Buat anak-anak daddy, maafkan daddy, sayang.

Pada akhir ayat itu rasa sedih yang terkulum sudah tidak tertahan. Johan menangis teresak-esak sendiri menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Sesungguhnya dia tidak sekuat mana untuk menang dalam sengsara ini.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now