Part 86

1K 11 0
                                    

Setahun berlalu...

Begitu gigih Johan menjayakan projek pembinaan rumahnya. Setiap hari cuti dia akan bergegas ke rumah yang sedang rancak dibina. Memantau sendiri kerja-kerja pembinaan. Suatu masa dahulu rumah itu sekadar rumah banglo lama yang usang. Kini sudah kelihatan cantik dan lapang. Namun kawasan itu agak sunyi melainkan ada hutan belukar dekat dengan banglo baharu itu. Rumah penduduk pula berada agak jauh antara satu sama lain.

Rekaan rumah yang unik. Pintu gelangsarnya menghadap ke arah hutan belukar, menjadikan kediaman itu agak privasi daripada dunia luar.

Sesudah selesai kontraktor membawa pergi segala macam alatan pembinaan dan semua sisa bahan binaan dibersihkan, barulah Johan membawa isterinya untuk memjengah rumah itu.

Tidak terkata! Lyn melopong memandang rekaan di dalam rumah itu. Walaupun lantainya masih berhabuk, belum dicuci, dia sudah mula diterpa rasa teruja untuk tinggal di situ.

"Do you like it?" tanya Johan tatkala sang isteri masih terpanar memandang sekeliling.

"So much! Thank you so much, abang." Tanpa segan silu lelaki itu dipeluknya. Terharu! Setahun dikorbankan dengan kesibukan, inilah hasilnya.

"Rasa berbaloi tak kita jual rumah lama kita?" tanya Johan lagi.

"Tak menyesal. Kalau inilah hasilnya, Lyn tak menyesal. Suasana sekeliling pun tenang aja. I like it," jawab sang isteri bersungguh-sungguh.

"Lega hati abang bila dengar isteri abang suka dengan rumah ni. Rumah ni jauh dari Kuala Lumpur. Abang nak suasana begini untuk anak-anak kita. Kita boleh ambil masa sikit sebelum pindah ke sini. Abang ingat nak upah orang untuk kerja cleaning. Sikit-sikit kita pindahkan barang-barang ke sini. Abang baru aja suruh orang pasang alarm system. Sekeliling rumah kita pasang CCTV. Cuma kat luar aja abang belum pasang spotlight. Abang ingat abang nak pasang sendiri aja," ucap Johan lembut.

Lyn segera mengangguk.

"Jom kita naik atas?" ajak Johan.

Johan membawa wanita kesayangannya ke kamar tidur mereka. Rekaan bilik tidur mereka unik. Bahagian dinding menghadap ke belukar tebal sana diperbuat daripada kaca. Mereka bebas memandang ke arah sana tanpa perlu keluar rumah.

"Ini lebih baik daripada pandang kesesakan jalan raya, pandang kerja-kerja pembinaan yang entah bila akan siap. Dengan bunyi bising. Ahhh.... I like it so much. Terapi jiwa," ujar Lyn tatkala bahunya dipeluk suaminya dari belakang.

"I like you," bisik Johan sebelum pipi sang isteri dikucup penuh kasih sayang.

"Halaman bawah tu sesuai untuk anak kita main. Sekarang rumput tu dah mula hidup. Lama-kelamaan halaman tu akan kelihatan hijau. Pagar depan tu abang nak ubah suai sikit. Nanti ada masa abang buat. Ermm.... abang belum tunjuk lagi satu bahagian yang istimewa."

"Mana?"

"Jom." Lelaki itu meleraikan pelukannya sebelum menarik tangan wanita itu agar mengikutnya turun ke bawah semula. Kali ini Lyn dibawa ke bahagian lebih bawah lagi. Mata Lyn meliar memandang ruangan bawah itu. Ada sebuah bilik saja. Johan membuka pintu itu.

"Tengok, cantik tak?" Tanya Johan.

"Oh my god! This is incredible!" Sekali lagi Lyn melopong. Bilik itu dilengkapi dengan kolam renang yang masih belum diisi air. Ada gim kecil. Di dinding sekelilingnya ada lukis an yang belum siap.

"Abang buat ke ni?" tanya Lyn sambil memandang lukisan di dinding itu.

"Yalah. Kalau kita boleh buat sendiri. Kenapa nak upah orang?" jawab Johan lantas tersenyum senang.

Johan memandang sang isteri. Jemari Lyn digenggam erat.

Berkaca bola mata sang isteri mendengar bicara sang suami. Spontan lelaki itu dipeluknya erat.

"Tak tahu nak cakap apa. Dulu abang kata abang nak bina semula rumah ni, Lyn rasa biasa-biasa aja. Tapi tak sangka hari ini Lyn akan rasa segembira ini. Terima kasih, abang."

"Abang buat apa saja untuk kembalikan kegembiraan Lyn. Abang pernah janji dulu, abang tak akan ulangi semula kesilapan yang sama. Abang akan kotakan kata-kata abang, sayang."

"I trust you," sambut Lyn. Mata dan hatinya tidak buta untuk tidak melihat semua itu. Tanpa diberikan rumah ini sekalipun dia nampak kesungguhan suaminya menjayakan hidup mereka.

"Kalau boleh abang mahu beri lebih lagi untuk isteri dan anak-anak abang. Tanpa Lyn dan anak-anak, hidup abang tiada maknanya lagi."

"Same goes to me, abang. Ketika Lyn dapat tahu abang ada perempuan lain, tak tahu macam mana Lyn nak teruskan hidup. Musnah rasa semuanya. Tapi sebenarnya Allah berikan Lyn kekuatan sesuai dengan dugaan yang Dia beri," ucap Lyn pula.

"Pengalaman lalu kita jadikan pengajaran. Hidup hari ini lebih berharga berbanding perkara yang sia-sia."

Wanita itu mengangguk setuju. Pada usia mereka sudah sebanyak ini, tiada lain yang dia hendakkan. Hanya kestabilan dalam hidup dan rumah tangga. Demi anak-anak. Demi mereka berdua. Dan hari ini dia sudah merasai kedamaian hati. Kedamaian yang dicari-cari selama ini.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now