Anak-anak kerap mengadu bosan di rumah. Kononnya keadaan tidak sama seperti mana rumah lama mereka. Tiada sebarang aktiviti hendak dibuat oleh mereka tiga beradik di rumah. Sepanjang hari cuti, mereka hanya berkurung di rumah. Belajar dan menonton TV. Itu sahaja. Dani dan Dina kerap meminta untuk membela kucing. Sampai naik pening sang ibu jadinya.
Johan mula terfikir hendak mengerjakan rancangan tertentu. Kedudukan rumah yang didiami isterinya itu agak unik. Pada bahagian halaman belakangnya betul-betul berada di cerun yang dipasak dengan konkrit. Halaman berpagar itu hanya kosong selain daripada rumput yang tebal menghijau. Kawasan itu sangat menarik jika dijadikan taman riadah untuk anak-anaknya.
"Daddy nak buat apa ni?" Dua beradik itu mula sibuk menemu ramah si daddy ketika Johan rancak membuat kerja pertukangan.
"Cage untuk kucing. Kan Dani kata nak kucing?"
"Alah.... tapi nanti mummy marah. Nanti mummy suruh buang kucing itu."
"Hesy! Takkanlah mummy nak buang? Kesianlah dia," ujar Johan lembut.
"Ya.... mummy kata nanti kucing berak, siapa nak cuci!" ucap Dina perlahan.
"Ha... Dina dengan Danilah yang kena cuci. Sehari sekali, kena buang kucing punya poo-poo. Takkan semua mummy nak buat? Mummy nak basuh adik punya poo-poo lagi... Ajar kucing poo-poo kat pasir tau. Kalau sayang kucing, kita kena jaga dia. Bagi makan.... bagi dia bersih selalu. Bila kucing bersih, dia jadi sihat," jelas Johan sambil sibuk mengukir kayu-kayu yang ada.
Dani dan Dina mengangguk serentak.
"Daddy buat sangkar kat sini, ada jalan pergi ke rumah. Nanti kucing boleh masuk ke rumah dari sini. Bila malam, Dani dengan Dina masukkan kucing ke sini tau."
"Yeay!"
Seharian Johan mengerjakan sangkar itu. Masih banyak yang belum siap. Terlihat isterinya sedang bercekak pinggang memandangnya dari dalam rumah. Lelaki itu tetap terus mengerjakan tugasnya biarpun sedar isterinya memandang dengan pandangan tidak puas hati. Sudahnya Lyn keluar mendapatkan suaminya itu.
"Abang tak ada bincang dengan Lyn pun sebelum buat semua ni," ujar Lyn.
"Abang buat untuk anak-anak kita," jawab Johan perlahan.
"Tambah lagi kerja kat rumah ni."
"Sebab tu kita kongsi segalanya, Lyn." Johan menjawab selamba.
Lyn mendengus tidak senang.
"Abang rasa Lyn pun suka kucing, kan?"
"Suka, tapi tak kuasa nak bela dalam keadaan macam ni. Siapa nak jaga? Anak-anak abang, tahu peluk aja. Anak lelaki abang tu kalau tak buat sepah memang tak sah," balas Lyn.
"Kita ajarlah anak-anak buat apa yang perlu. Dani dan Dina dah besar. Kena pandai buat kerja rumah."
"So, where is the kitten?" tanya Lyn lagi.
"Nanti Ary bawakan," balas Johan sambil jaring dinaikkan pada bahagian tepi sangkar itu.
"Kenapa Lyn rasa sangkar ini besar sangat?" tanya Lyn sambil membantu Johan memegang jaring itu, sementara lelaki itu memaku setiap penjuru untuk melekatkan jaring itu ke rangka utama.
"Besarlah okey. Ada tempat nak poo-poo, tempat main."
YOU ARE READING
Curangla Lagi 2
RomanceCurang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah...