Part 63

857 10 0
                                    

Jam ini jalan raya tidak begitu sesak. Lancar sahaja perjalanan menuju ke rumah mereka. Rumah yang pernah menjadi syurga mereka anak-beranak.

Lyn memandang sekeliling setelah masuk ke dalam rumah. Suasana masih sama seperti yang dia tinggalkan kira-kira beberapa bulan dulu. Kemas dan bersih.

"Jom naik atas," ajak Johan sambil menghulurkan tangan kepada sang isteri.

Huluran tangan itu segera disambut wanita itu. Mereka mendaki tangga bersama.

Kamar tidur mereka tidak berubah. Semuanya masih setia menyimpan suka dan duka mereka semenjak mula mereka berpindah ke rumah ini.

"Tak rindu?" tanya Johan lembut.

"Rindu," jawab Lyn perlahan. Namun memandang ranjang itu, hatinya sedikit pedih. Itulah tempat dia menanti Johan pulang setiap hari dalam keadaan hatinya menangis.

"Kita akan kembali semula ke rumah ini suatu hari nanti. Insya-Allah," bisik Johan setelah mendekatkan wajahnya kepada wanita itu. Bibir sang isteri dipagut lama. Lama-kelamaan mula ada balasan daripada sang isteri tanda keinginan mereka sama.

Darah kian berdesir laju di pembuluh darah tatkala ada jemari lembut mula meleraikan ikatan tali lehernya. Penuh kelembutan jemari itu juga melepaskan satu per satu butang baju suaminya sehingga tubuh sasa itu terhidang di hadapan mata.

Johan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Berniat mahu mematikan telefon itu. Tidak ingin ada sebarang gangguan. Tetapi Lyn melarang. Bimbang ada panggilan dari rumah. Sudahnya Johan mencampakkan telefonnya ke atas tilam.

Sayang? Ya, dia masih terlalu sayangkan lelaki ini. Leher Johan dicumbuinya lembut.

"Abang dah lama tunggu saat ni," bisik Johan sebelum wanita itu dicempungnya lalu diletakkan di atas katil.

Menggelegak nafsu lelaki itu saat memandang isterinya mula menurunkan zip pada belakang dressnya. Tidak sempat zip itu sampai ke bawah, Johan sudah menolak isterinya agar berbaring. Bukan main gelojoh lagi. Macam orang kebuluran setahun tidak bertemu makanan. Tetapi kemudian, ada bunyi aneh dekat di telinga Lyn. Juga ada getaran terasa di atas tilam itu.

"Apa tu? Bisinglah, abang!" gerutu wanita itu sambil menolak sang suami. Mahu Johan menjawab panggilan itu.

Johan mengeluh sedikit. Tadi dia hendak mematikan telefon bimbit, tetapi Lyn tidak setuju. Bimbang ada panggilan penting. Sekarang objek itu menganggu mereka. Lelaki itu menyeluk tepian bantal untuk mencari telefonnya.

Tidak sempat memastikan si pemanggil, dia terus melekapkan telefon ke telinga.

"Helo."

"Abang, Syiha ada hal nak cakap dengan abang..."

Johan bingkas bangun tanpa mendengar bicara Syiha selanjutnya. Macam terkena renjatan elektrik. Sapaan suara gadis itu tidak dijawabnya, sebaliknya dia ke jendela lalu telefon itu dicampaknya keluar akibat naik angin.

"Abang buat apa tu???" tekan Lyn terkejut melihat Johan membuang telefonnya ke luar.

"Tak pening dah kepala abang," jawab Johan sakit hati. Dia tengah baik punya memadu kasih, gadis itu mengganggunya pula. Bosan dia melayan!

"Siapa?"

"Siapa lagi? Dah kena block pun dia boleh call lagi," jawab Johan perlahan. Dia ingat kakaknya yang menghubungi.

Lyn terpaku memandang lelaki itu duduk di birai katil.

"Tukar ajalah nombor phone tu," cadang Lyn sambil meletakkan tangannya di belakang tubuh Johan lalu dielus lembut.

"Tengoklah nanti," jawab Johan perlahan. Bukannya dia tidak terfikir tentang itu, tetapi susah pula nanti. Kebanyakan urusan kerjanya menggunakan nombor yang sama.

"Tak jadi ke?" tanya Lyn perlahan.

Johan menoleh ke arah isterinya.

"Mana boleh tak jadi. Jadi!" jawab Johan mula segar semula perasaannya.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now