Bab 1: Her | Faris

850 33 1
                                    

PUTIH.

Hanya warna itu yang memenuhi pandanganku yang kini merenung kosong tanpa perasaan. Tak ada satu pun benda yang menarik perhatian aku sekarang ini walaupun apa yang ada di depan mataku bukanlah sesuatu yang boleh dilihat setiap hari.

Pelamin. Dulang hantaran. Langsir. Kerusi. Meja. 90 peratus ruang tamu rumahku dah dihias mengikut tema akad nikah yang paling common. Putih. Bersih. Suci.

The sacred color. Kononnya.

Tapi apa yang bakal terjadi selepas ini, jauh daripada kata 'sacred' itu. Sebaliknya, sangat menjijikkan untuk aku.

Kalau orang lain dah bergembira untuk menyambut hari penyatuan dua jiwa, aku pula rasa makin kemurungan apabila tarikh majlis semakin dekat.

Lama termenung, aku akhirnya melepaskan keluhan berat. Mata terpasak pada segala persiapan majlis perkahwinan yang sudah lengkap di depan mata. Tinggal pengantin dan tetamu sahaja yang belum ada.

Hanya satu baris lafaz akad nikah, dan hubungan itu akan termeterai sah di sisi agama.

Dan, semua itu akan terjadi dalam tempoh satu minggu dari sekarang.

"Lamanya pandang."

Suara garau itu menyentak aku dari lamunan. Spontan aku tegakkan tubuh seraya menoleh ke arah empunya suara itu. Namun, hanya sekilas sebelum aku kembali memandang lurus ke hadapan. Tak ada hati nak tengok muka dia lama-lama.

Kalau tadi tak ada mood, sekarang jadi hilang mood kuasa dua bila ada dia.

"Teringin juga ke?" Dia bersuara lagi. Kali ini, siap dengan punggung yang dilabuhkan tepat di sebelahku membuatkan aku terus beranjak untuk menjauh. Serupa tengah buat penjarakan sosial. Loya nak duduk dekat-dekat dengan dia.

"Dah ada calon?" Suara Faris kedengaran lagi.

Bila dengan Faris ini, laju aje mulut aku rasa nak menyinis.

"Setakat ini, aku belum gian macam kau lagi."

Faris ketawa kecil. "Faham. Tapi, kahwin itukan ibadah. Ikut sunnah. Bukan sebab gian aje. Nafsu itu hanya salah satu dari sebab-sebab perkahwinan. Tapi bukan yang paling utama." Ayat acah baik Faris itu buat aku tersenyum sinis.

"Right. Nafsu mungkin di bawah sekali untuk kau. So, let me guess the top priority on the list." Kepalaku tertoleh ke sisi. Mata merenung tajam Faris yang masih dengan lagak selambanya.

"Harta?" Aku bersuara sesinis mungkin. Siap dengan mata yang meruncing tajam, tapi disambut dengan tawa Faris yang jauh lebih kuat berbanding tadi. Sikit pun dia tak tercuit dengan kesinisanku.

"Your mom is beautiful and she has a heart of gold. I sayang dia lebih dari sekadar harta-harta dia."

Meremang bulu roma aku dengan kata-kata Faris. Menggelikan. Sebab aku tahu, ayat itu langsung tak ada keikhlasan di sebaliknya. Siap dengan senyuman menjijikkan di bibirnya itu, mustahil Faris ikhlas dengan mama.

"You disgust me, Faris." Suara celah gigi.

"Mungkin dah boleh mula biasakan diri panggil papa."

Nak termuntah aku mendengarnya.

'Papa'. Satu panggilan yang sangatlah tak sesuai untuk lelaki berusia 32 tahun macam dia ini. Hanya berjarak lima tahun dari aku. Sepatutnya berpangkat abang, tapi tidak. Sebaliknya, bakal bapa baru aku.

Bakal. Bapa. Tiri!

Dengan mama yang dah mencecah usia lebih 50 tahun!

Yucks!

badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]Where stories live. Discover now