Bab 5: Her | You in?

331 26 4
                                    

"BADZRI MUJAHID."

Sebelah keningku terjungkit. Mata spontan teralih ke arah gambar A5 yang dihulur Izham tadi.

Ya, gambar lelaki yang sama dengan lelaki yang menyelamatkanku semalam. Juga, lelaki yang sama aku temui di KFC dahulu. Tapi kali ini, gambarnya lebih jelas menampakkan figura wajahnya.

Dan pendapat aku masih tak berubah. Dia memang bercirikan maskulin. Gambar yang separas paha itu jelas menunjukkan tubuh tegapnya yang terlindung di sebalik hoodie hitam yang sentiasa dipakainya.

Setakat ini, tiga kali aku jumpa dia, tiga-tiga kali dia pakai black hoodie. Memang minat hoodie ke apa? Tapi, aku tak nafikan dia nampak sangat menarik dengan pakaian serba hitamnya. Dan, ada aura yang tersendiri walaupun pakaiannya cukup kasual.

Tengok sajalah sewaktu dia muncul di hotel dua hari lepas. Hanya dengan gaya kasual, tapi dia tetap ada aura yang boleh buat aku tertelan liur sendiri.

"And, who is he?" Aku bertanya lagi. Setakat nama, apa sajalah yang aku boleh tahu dengan sebaris nama itu walaupun aku akui namanya memang sedap.

Macam aku kata tadi, maskulin.

"He's a boxing trainer. From The Mujahids."

Sekali lagi, aku menjongket kening. "The Mujahids? His own name?"

Izham mengangguk. "Ya, kelab tinju yang diasaskan oleh dia sendiri. Kelab ini diasaskan sejak tujuh tahun lepas dan sekarang ini, menerima hampir 100 orang pelajar yang jalani latihan tinju."

Aku terangguk pula. Seorang peninju rupanya. No wonder.

Patutlah badannya tegap semacam. Patutlah dia dengan beraninya boleh buat lagak hero depan dua lelaki yang cuba mencederakan aku dua hari lepas. Dan, sebab itu jugalah pakaiannya sentiasa kasual. Macam pakaian orang berulang-alik ke gimnasium.

"How big is his club? I mean, banyak menang tournaments or anything?"

Kali ini, Izham berkerut pula. Duduknya dibetulkan sebelum dia menggaru hidungnya dengan wajah hairan.

"Ini saya sendiri pelik, Cik Aleeya. Sebab saya cuba cari rekod kelab dia, tapi tak banyak. In fact, tak ada pun sebenarnya. I went to the training club as well, dan saya tak nampak sebarang sijil atau pingat tergantung pada dinding. Dan berdasarkan carian saya, it seems like they never really join any tournament."

"So, not good enoough?" Aku menggumam perlahan.

Rasa kecewa untuk seketika. Aku baru berniat nak jadikan lelaki itu sebagai salah seorang pengawal peribadi aku. Melihatkan kepada gaya lelaki itu tempoh hari, aku tahu dia ada kemahiran yang sangat baik. Tenang, tetapi tangkas. Sesuatu yang jarang aku lihat pada Munir dan Aziz, pengawal aku yang sedia ada.

Dan, pesanan akhir Badzri tempoh hari kuat melekat dalam kepala.

"Ones with precision, not emotion."

Walaupun aku tak berapa nak faham ayat yang dimaksudkan, tapi entah kenapa, aku rasakan ayat itu sangat tepat dengan dirinya.

Aku ingatkan dia memang bekerja sebagai pengawal di mana-mana agensi sekuriti, sebab dari gaya perlawanannya semalam, aku tahu kemahirannya bukan setakat taraf street fighter punya level.

Aku sempat ingat dia askar lagi, sebab gerakannya semua terkawal dan sangat terlatih.

"Cik Leeya nak jadikan dia bodyguard baru ke?" tanya Izham apabila aku menyepi lama.

Dengan jujur, aku mengangguk. "I thought I can request for him in any security agency, tapi nampaknya dia buka kelab boxing sendiri. Jurulatih rupanya."

badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]Where stories live. Discover now