Bab 9: Her | He was quick

227 15 0
                                    

KALI INI, kehadiranku ke gimnasium adalah dengan tangan kosong. Tanpa apa-apa, sama ada training bag mahupun sebarang training gear. Hanya bawa badan. Itu pun aku dah pastikan agar mengikut standard penampilan yang ditetapkan Badzri. Tshirt, tracksuit dan tudung sarung. Gaya yang jauh lebih kasual dan santai.

Dan, aku sangkakan gimnasium akan kosong di waktu malam sebegini. Tapi, tidak. Ada beberapa orang pelajar yang masih berada di gim dan sedang berborak rancak. Satu benda yang aku sedar dari pertama kali aku jejakkan kaki ke sini, semua budak-budak yang datang nampak rapat dan mesra. Selalu berborak dalam kelompok.

Baru kakiku hendak melangkah ke pejabat Badzri, si empunya nama terlebih dahulu menunjuk muka dari pintu pejabat. Kakinya dibawa ke arahku sebelum matanya turun naik memandang. Kali ini, diiringi dengan anggukan kepala. Tanda dia puas hati.

"Tak ada training gear?" Dia menyoal. Tapi entah kenapa, sampai ke telinga aku sebagai satu perlian. Cis!

Maka, aku spontan mencebik. "Hari itu, kata tak payah bawa."

"Good. Kita tak buat aktiviti berat pun malam ini."

Aku berkerut pula. Aduh, takkan nak belajar warna lagi? Ada berapa kod warna sebenarnya ini? Macam warna pelangi ke? Dah itu, bila masanya aku nak belajar berlawan?

"Bertinju ini bukan hanya untuk berlawan. Jangan gopoh. No emotion, but precision."

Dush!

Terasa ditumbuk ke muka dengan ayatnya itu. Aduh, dia ini boleh baca kepala orang ke apa? Macam tahu-tahu aje apa yang ada dalam kepalaku ini.

Aku menghela nafas. Ikutkan sahaja kata-katanya. "Fine. Kita nak buat apa malam ini?"

"Berkenalan dengan training gear."

"Tapi, saya dah kenal." Laju mulutku menjawab. Memang dah kenal, cuma bezanya aku belajar suai kenal dengan makcik Google di rumah.

Dan, matanya terus tajam melirik ke arahku. Macam tak puas hati bila aku cakap aku dah belajar sendiri. Nak cakap ilmu aku tak betullah itu!

"Belajar dengan guru dan tanpa guru ada bezanya. Kalau ilmu itu semudah klik-klik dengan hujung jari, tak guna ada guru bertauliah dan jurulatih berbayar."

Dush!

Sekali lagi, rasa tersindir dengan ayatnya walaupun nadanya mendatar dan biasa-biasa sahaja. Tak ada langsung nada menyindir, tapi tetap juga buat aku tersentak.

"Okey, sorry." Akhirnya, aku beralah.

Badzri membawa aku ke arah satu sudut gimnasium itu dan berhenti tepat-tepat di hadapan salah satu rak-rak yang ada di situ. Mataku spontan meliar ke seluruh bahagian. Hampir ternganga takjub.

Di depan mata, tersusun pelbagai jenis alatan tinju yang pelbagai warna dan saiz. Ada juga bentuk yang sedikit berbeza, dan ada sebahagiannya yang aku dah beli tempoh hari. Terkelip-kelip jugalah mataku melihatnya.

"First. Wraps." Badzri menarik keluar sejenis kain balutan berwarna putih dari satu bekas bertutup. Sekali tengok, memang serupa kain anduh budak-budak PBSM. Tapi, apabila diperhati lebih dekat, aku dapat lihat perbezaannya.

"Tahu untuk apa?"

Aku mengangguk. "Balut tangan untuk bertumbuk." Aku menjawab seperti pelajar yang membalas soalan seorang guru.

"Kenapa kena pakai?"

Dahi berkerut sedikit. Soalan apa itu? Macam simple sangat aje. "Supaya tumbukan kita lagi padu. Pihak lawan lebih sakit."

badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]Where stories live. Discover now