Bab 8: Him | Koyak tengah

237 12 0
                                    

"LEEYA."

Suara yang cukup feminin itu menyentak aku yang sedang ralit memandang skrin komputer. Terus kepala didongak, dan wajah Sakinah muncul tepat di depan mata. Memang dalam banyak-banyak kawan aku, hanya dia seorang yang berani masuk ke pejabat aku tanpa mengetuk pintu.

"Hmm..." Hanya gumaman yang menjadi balasanku. Kemudian, mata terhala ke arah skrin komputer semula. Tumpuan yang tak boleh diganggu gugat sama sekali.

Dan, sudah tentulah kawanku ini penuh dengan rasa ingin tahu. Terus kakinya mendekat ke arahku sebelum kepala tunduk untuk memandang skrin komputer.

"Apa yang kau tengok ralit sangat ini, babe?"

Aku hanya diam. Biarkan sahaja dia melihat sendiri sambil tangan terus bergerak dari satu gambar ke gambar yang lain. Dah dekat sejam aku memerhati, dan banyak benda baru yang aku belajar.

"Boxing gear for women?" Kening Sakinah terjungkit. Tak menunggu sesaat, terus dia menegakkan tubuh semula lalu kerusiku dipaling agar menghadapnya.

"Boxing gear? Untuk kau ke?"

Aku menjuih bibir. "Dah itu, takkan untuk mak aku pula?"

Spontan, mata Sakinah meluas. "Seriously? Kau cari barang boxing? Untuk apa?"

"Kau rasa, orang cari barang boxing untuk taekwondo ke?"

Pap!

"Auch! Kinah, sakitlah!" Aku terjerit perlahan bersama tangan yang naik mengusap bahu. Kawan aku inikan, sejenis yang kalau nak menampar, memang tak reti nak kawal force sendiri agaknya. Gaya macam nak tepuk nyamuk aje. Pedih!

"Aku cakap betul-betul. Kau loyar buruk pula. Seriuslah kau nak beli barang tinju? Untuk apa?"

Aku menghela nafas. Kerusi dipusingkan semula agar menghadap skrin komputer sebelum tubuh bersandar lemah pada kerusi hitamku.

"Aku ambil kelas tinju."

"Hah?!"

Mataku terpejam. Siap dengan dahi yang dikerutkan dan sebelah tangan naik menggaru belakang telinga. Selain tangan yang tak mampu nak dikawal, suara pun salah satu benda yang susah Sakinah nak control. Memang spesis yang lahir dengan loudspeaker dalam mulut agaknya.

"Seriously? Kau belajar tinju? The main editor of a beauty fashion magazine, nak ambil kelas tinju? Kau yang selama ini pakai high heels, nak bertinju?"

Spontan, aku menjulingkan mata. Ayat dan gaya Sakinah itu, macam tak boleh nak hiperbola lagi. Over sangat!

"Kau jangan nak lebih-lebihlah, Kinah. Aku pakai high heels, tak bermaksud aku tak pernah jejak tanah dengan sport shoes. Aku jadi fashion editor, tak bermaksud aku tak bersukan. Stereotypical sangat." Aku berkata dengan bibir yang tercebik-cebik.

Triggered juga aku dengan ayat Sakinah itu. Terus teringat wajah Badzri yang menyakitkan hati tempoh hari. Dua-dua bercakap macam aku ini tak layak langsung nak belajar tinju.

Aku ini bukannya lemah sangat pun!

"Okey, sorry. But, Leeya yang aku kenal bukannya suka benda-benda ganas macam ini. Like, kau boleh upah pengawal. Untuk apa kau nak belajar tinju? Plus, do you realize how petite you are? Tak payah kena tumbuk, aku campak aje sarung tangan tinju itu kat kau, confirm kau dah melayang."

Pap!

Kali ini, tanganku pula yang menepuk fail ke lengan Sakinah. Mata dijegilkan. "Over!"

Terlepas tawa Sakinah sebelum punggungnya disandarkan pada meja kerjaku lalu tangan naik memeluk tubuh. "So, kau betul-betul seriuslah ini? Ambil kelas tinju?"

badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]Where stories live. Discover now