Bab 10: Her | Naik pangkat

339 19 1
                                    

"CIK ALEEYA."

Suara yang garau memanggil itu membuat kepalaku spontan terdongak. Lebih tepatnya, terkejut. Sebab aku tak menyangka akan mendengar suara itu di pejabatku pagi ini. Kalau jumpa Sakinah, logik lagi. Tapi, yang muncul ini adalah abangnya, Shahrul.

Spontan, sebelah keningku terjungkit sedikit. Pintu pejabat yang bertutup rapat dikerling sesaat.

"Sejak bila masuk pejabat I tak perlu ketuk, Encik Shahrul?" Pen di tangan diletak ke atas meja sebelum tubuh ditegakkan. Dan, Shahrul yang segak bersut terus menapak menghampiri lalu duduknya dilabuhkan di kerusi berhadapan denganku.

"You nampak busy sangat. I buka pintu pun, kepala you masih pandang meja."

"Kalau you ketuk, I boleh dengar, Shahrul." Aku tersenyum sedikit. Memang aku sejenis yang mudah ralit kalau sedang bekerja. Cuma, kalau pintu itu diketuk, pasti aku boleh dengar.

Tapi, kalau dah namanya Shahrul, sebiji perangainya dengan Sakinah, si adik. Masuk pejabat aku ini macam masuk rumah sendiri aje.

"You sihat?"

Spontan, aku tergelak kecil. "You datang untuk tanya khabar I, Shahrul?"

Kali ini, dia pula yang tergelak. Kepala diangguk perlahan sebelum soalannya diulang semula. "I mean, is everything okay with you? Last time kita jumpa masa wedding Aunty Sofia."

Soalan Shahrul membuat nafasku terhela spontan. Pen di tangan terlepas sebelum aku menyandarkan tubuh pada kerusi kerjaku. "Macam ini ajelah, Shahrul. Apa lagi yang I boleh buat? Just keep on living." Aku membalas separuh hati.

Aku dan Shahrul tidaklah rapat mana, tapi disebabkan aku dan Sakinah yang sudah berkawan lama, maka segala yang terjadi dalam keluargaku juga diketahui sepenuhnya oleh Shahrul. Dan, tak dilupakan juga yang keluarga Shahrul adalah antara rakan bisnes yang rapat dengan The Beauty Edition.

"By the way, sejak bila Faris naik pangkat?"

Soalan Sharul kali ini menyentakku. "Faris? Naik pangkat?" Keningku berkerut.

Aku tak ingat pula sejak bila Faris naik pangkat? Setakat ini, apa yang aku tahu ialah Faris bekerja sebagai salah seorang security crew. Atau bahasa lainnya, security guard. Di mana naik pangkatnya itu?

"Ya. Tadi, I terserempak dengan Faris dalam lif on the way nak ke pejabat you. He was all in suit. A black suit."

Tubuhku yang tersandar pada kerusi terus tertegak. Sut hitam? Itu memang mustahil untuk jadi pakaian kerja Faris. Biasanya, uniform Faris adalah uniform pengawal berwarna hitam, bukannya sut.

"You serius ke ini?"

"Yeah. I pun pelik juga sebenarnya. Sebab I tak tahu pula you bersetuju untuk Faris naik pangkat sebagai chief of security department, looking at how much you dislike him."

Kali ini, mataku terus meluas. Ketua sekuriti? Kenapa aku tak dapat apa-apa notis? Kenapa aku langsung tak diberitahu? Sejak bila? Selama ini, semua hal pangkat dan penggajian pekerja pasti akan dimaklumkan pada aku.

"You tak tipu, kan?"

Shahrul ketawa spontan. "Untuk apa I nak tipu you, Leeya? Tak ada faedahnya."

Aku terdiam. Kepala spontan menerawang memikirkan Faris. Patutlah waktu aku datang pejabat pagi tadi, aku langsung tak nampak Faris di pintu masuk pejabat. Tapi, kalau betul Faris naik pangkat, sebab apa? Dan siapa yang luluskan? Tanpa autoriti aku?

Mama?

Apabila nama mama terdetik dalam kepala, terus muncul rasa syak wasangka. Kalau betul pun mama nak naikkan pangkat Faris, mama takkan buat senyap-senyap di belakang aku. Selama ini, segala benda kami uruskan bersama. Apa yang berlaku di syarikat, aku dan mama akan tahu bersama. The Beauty Edition berdiri bersama di antara kami.

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: May 28, 2023 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

badzri 🫶🏻 aleeya [terbit]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz