𝟎 𝟏

1.1K 34 2
                                    

warning ⚠️

Do not copy any scene of this story, it's completely from my own ideas.

Do not put your harsh comment in my story, demi mengelakkan dosa jariyah mengalir.

Masih banyak kekurangan dalam diri saya sendiri, sepuluh jari saya susun tanda maaf.

Happy reading.

Present,
Ayyash Inara.

" بسم الله الرحمن الرحيم "

SATU tamparan yang cukup kuat dihinggap di pipiku, aku hanya mampu diam. Tidak mahu melawan kata-kata wanita itu.

"Aku dah bagi kau tempat tinggal, aku dah bagi kau makan, minum. Ini yang kau balas hah?!" tengking seorang wanita tua yang dapat aku gelarkan mummy ngah.

Aku tak mampu berkata apa-apa, apa yang aku boleh buat hanya diam, diam, dan diam. Demi menghormati wanita itu sebagai ibu saudaraku.

"Sekali lagi, kau kacau tunang anak aku, siap kau aku kerjakan!" sambungnya lagi.

Mummy ngah kini menarik rambutku kasar lalu ditolak berkali-kali. Sakit. Itu yang aku dapat ungkapkan. Dia menolak kepalaku kuat di meja. Lalu terus dia beredar dengan dengusan yang masih tersisa.

Anak perempuannya, Karla Amelia. Datang mendekatiku, lalu memeluk tubuh dengan wajah yang penuh senyuman sinis.

"Itulah akibatnya bila menggatal dengan tunang orang." ujarnya.

Aku hanya endahkan apa yang dikata, lebam di pipi aku usap perlahan. Karla kini semakin mendekat, dia menolak bahuku secara tiba-tiba.

"Lain kali, jangan murah sangat. Sampai tunang aku pun, kau nak kebas." desis Karla,

"Aku tahu, Rayyan tu kaya, CEO syarikat, handsome. Sebab tu kau nak tunang aku kan? Kau nak kikis harta dia." tuduh Karla melulu, aku tergelak kecil. Ada otak pun masih bengap.

"Kau fikir aku semurah tu ke? Kau fikir aku ni hadap sangat dengan tunang kau tu? Please la, sikit pun aku tak ingin."

Karla hanya tersenyum senget, tangan miliknya kini hinggap dipipiku yang lebam tadi. Aku mengerang perlahan. Kelihatan wajah Karla yang sudah merah akibat menahan amarahnya.

"Kau jangan nak bodohkan aku, Nur Airis Inara. Kau jangan ingat aku akan percaya cakap perempuan murah macam kau." bentak Karla.

"Kau, dengan pelacur dekat luar sana, tak ada beza pun. Dua-dua murah." sambungnya lagi. Dia lalu tergelak kecil lalu beredar dari situ, sempat dia melanggar bahuku kasar. Tangan mula digenggam kuat. Sabar, Airis. Sabar.

"KENAPA perlu buat Airis macam tu, Zarina? Kenapa? Perlu ke awak pukul dia?!" Tengkingan yang diberi oleh sang suami, Tuan Khairul, daddy ngah.

Mummy ngah menayang wajah tidak percaya kepada suaminya yang membela aku dari dirinya sendiri. Sebagai seorang isteri.

"Awak tengking saya sebab budak tak guna tu?" soal mummy ngah,

"Apa pun dia salah, kita patut tegur dia dengan cara yang baik, bukan dengan pukul, maki semua tu!"

"Eh awak, perempuan tu dia nak rampas tunang anak kita tau. Awak masih bela dia? Dia tu perampas lah, sama macam mama dia!"

"Zarina! Saya tak pernah ajar awak jadi kurang ajar macam ni. Awak fikir siapa yang tolong syarikat waktu kita dalam masalah kewangan, siapa, Zarina, siapa?"

"Sampai hati awak tengking saya macam ni hanya disebabkan perempuan tak guna tu?!" herdik mummy ngah,

"Sampai hati saya? Habis, awak? Sampai pula hati awak tengking saya, sampai pula hati awak hina arwah Khaira?"

Mummy ngah seolah-olah mati kata untuk melawan, kini dia terus melangkah pergi dengan meninggalkan jelingan ke arahku. Daddy ngah cuba mencari udara untuk lebih bertenang. Kini daddy ngah menuju ke arahku.

"Airis, daddy ngah minta maaf ya." pinta daddy ngah. Aku menggeleng kepala.

"Daddy ngah, Ris okey je." balasku sambil menggariskan senyuman.

Daddy ngah yang menyedari tentang lebam yang berada di bawah mataku dan di pipi itu terus mengucap berkali-kali.

"AllahuAkhbar, sampai macam ni mummy ngah buat Airis. Kita pergi klinik ya, Airis." ajak daddy ngah, aku hanya menggeleng.

"Daddy ngah, tak apa. Sikit aje ni, nanti esok lusa hilanglah rasa sakit ni." balasku demi tidak merisaukan bapa saudaraku ini.

"Airis naik bilik dulu, nak sapu minyak." putusku, daddy ngah hanya mengangguk faham.

PAGI yang cuacanya amat cerah, aku mengatur langkah ke bilik air untuk menyegarkan diri. Selepas itu aku mengenakan baju jersi muslimah yang berwarna maroon dan tudung bawal hitam. Biar biasa janji aurat terjaga.

"Daddy ngah, Airis pergi kerja dulu. Assalamualaikum." ujarku meminta diri untuk beredar, daddy ngah mengangguk. Aku menyalam tangan kasar milik daddy ngah.

"Waalaikumussalam, pergi kerja elok-elok. Nanti kalau dah balik, call daddy ngah. Nanti daddy ngah jemput." pesan daddy ngah,

"Eh, tak apalah, daddy ngah. Airis boleh balik naik grab. Sebab Airis rasa nak pergi jalan-jalan kejap." jelasku, sekali lagi daddy mengangguk.

"Yalah kalau macam tu, kalau ada apa-apa terus call daddy ngah ya Airis." Aku mengangguk faham.

Sampai di tempat kerja, Ice's Cafe. Aku meletakkan barangku di bahagian ruang pekerja lalu aku mengambil apron yang tersedia. Tiba-tiba bahuku disentuh.

"Assalamualaikum, Airis!" sapa sepupuku, Raisa Medina.

Dia lah sepupu yang paling rapat dengan aku, apa-apa yang aku buat, mesti ada dia. Aku menjawab salam lalu memandang ke arah gadis itu.

"Awal kau hari ni?" soal Raisa,

"Aku tak awal, kau yang lambat. Lagi pun mana tahu, dapat naik gaji." Aku bergurau. Raisa hanya ketawa.

"Hek eleh kau, yalah. Jom buka kafe!" ajak Raisa lalu terus menarik lenganku ke depan.

Kami pun membersihkan apa yang patut. Kini papan di pintu kaca itu ditukarkan kepada open. Satu per satu pelanggan memasuki restoran itu.

ALHAMDULILLAH, hari yang melelahkan tapi menyeronokkan. Kafe sudah pun ditutup. Kini masa untuk pulang.

"Airis, kau sure ke tak nak balik lagi? Jom la, aku teman kau." tutur Raisa dengan nada risau,

Aku hanya menggelengkan kepala tanda menolak pelawaan Raisa, aku tak mahu menyusahkan dia untuk temankan aku.

"Tak apalah, Raisa. Kau balik aje la dulu. Aku boleh balik sendiri." balasku.

Memang dah jadi kebiasaan aku untuk jalan-jalan terlebih dahulu sebelum bergerak pulang. Saja, nak lepaskan tekanan. Kadang kala Raisa menemaniku, risau katanya.

"Betul?" soalnya lagi, aku mengangguk mengeyakan.

"Kalau kau dah kata macam tu, tak apalah. Aku balik dulu, kalau ada apa-apa, call aku okey?" pesannya, aku sekali lagi mengangguk.

Hilang sahaja kenderaan Raisa dari pandangan kasar, aku mula berjalan-jalan seorang diri di tepi laut. Angin malam yang sejuk menampar pipi ini perlahan. Tenang aje rasanya.

Aku memandang ke atas langit, melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan. TanpaNya semua makhluk tak dapat merasai nikmat yang indah ini. Bintang yang tak terkira berada di mana-mana, bersama satu bulan yang akan ada sampailah datangnya matahari.

Sedang seronok melayan diri, tiba-tiba ada satu tangan yang menekup mulutku lalu melangkah menjauhi laut itu.

Sampailah ke satu lorong gelap yang tiada orang. Terus aku menepis tangan itu dari mulut. Aku memandang ke arah wajah figura itu. Dia mengepung tubuhku.

"Hai, sayang."

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now