𝟎 𝟐

438 30 1
                                    

AKU memandang wajahnya dengan mata yang terbeliak akibat terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Rayyan..."

"Yes, sayang. Kenapa you cantik sangat malam ni, hm? Nak goda I ke malam-malam macam ni?" tuturnya dengan nada menggoda seraya kelihatan bajunya yang tidak dibutang hingga atas, menampakkan dada bidang lelaki itu.

Cecair peluh mula mengalir di dahi. Kaki mula menggigil seperti mahu tercabut. Aku cuba melawan, tapi apakan daya, kudrat seorang Rayyan Zafrel lebih kuat berbanding aku.

"Lepaskan aku, Rayyan. Ingat Allah Rayyan, ingat Karla!" jeritku untuk sedarkan lelaki itu. Namun tak berkesan.

Rayyan menggelengkan kepalanya perlahan, jari telunjuknya diletakkan di bibirnya. Wajahnya kini didekatkan ke mukaku, kalau aku bergerak seinci sahaja lagi wajah kami akan bersentuh.

"Diam, Airis. I tak nak dengar nama perempuan tu. I nak you spend time dengan I malam ni." balasnya dengan suara lembut.

Aku tanpa berfikir apa-apa terus menendang di aset sulit lelaki itu membuatkan dia mengerang kesakitan. Aku mengambil kesempatan itu untuk melepaskan diri darinya.

"Airis!" pekiknya.

Aku hanya mengendahkan suara itu dan teruskan berlari di lorong gelap itu, aku menuju ke suatu tempat yang agak tersembunyi. Aku yakin, lelaki itu sudah kehilangan jejakku. Cepat-cepat aku menekup mulutku supaya tidak membuat sebarang bunyi. Mata ditutup rapat.

"Sayang... Kenapa you lari? I dekat sini sayang, jangan takut. Come here, sayang."

Tangan digenggam, menahan geram apabila panggilannya tidak disahut. Rayyan terus menendang segala benda yang berada di hadapannya.

Rayyan menarik nafas berat, "Tak apa, kali ni I lepaskan you. But not for next time okay, darling?"

Apabila kedengaran tapak kakinya makin menjauh, aku keluar dari tempat sembunyi. Aku menarik nafas lega.

Alhamdulillah, Allah masih menjaga diri aku dari benda buruk. Peluh yang penuh dimuka aku kesat semua. Syukurlah.

PINTU dibuka perlahan, salam diberi. Aku menghela nafas panjang. Baru saja badan dipusing ke belakang, sudah nampak figura daddy ngah yang gayakan sedang menunggu kehadiranku.

"Lambat balik, Airis?" soal daddy ngah, mahu tidaknya daddy ngah tanya, sudah hampir masuk pukul 11 malam.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal, mencari jawapan yang munasabah sedikit. Nak goreng ayat apa ni. Wahai otak, tolong la beri kerjasama.

"Oh, haah. Ramai customer tadi, itu yang kafe tutup lambat sikit." tipuku.

Daddy ngah tanpa curiga hanya mengangguk faham, dah kalau anak saudara kata begitu, apa yang nak dipelikkan.

"Yalah, Airis pergi mandi solat dulu. Kalau lapar, ada makanan dekat bawah. Makan la." putus daddy ngah, aku mengangguk.

"Terima kasih, daddy ngah."

Kaki melangkah menaiki tangga lalu pantas menuju ke dalam bilik. Sebaik sahaja pintu ditutup, aku rebah di muka pintu. Kedua-dua tangan memeluk kaki. Muka disembam ke lutut. Kejadian tadi masih terbayang dalam fikiran.

Airis, jangan biarkan ketakutan kawal diri kau. Kau kuat, kau boleh. Aku bermonolog.

Kedua mataku dipejam rapat, selawat ke atas nabi diucap dibibir. Aku perlahan-lahan menarik nafas lalu hembus, cuba untuk menenangkan diri terlebih dahulu. Apabila tenang, baru la aku bangun dari rebah lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu.

Usai membuat apa yang wajib, aku rebahkan diri di atas katil. Makan? Tak ada selera. Entah kenapa hari ni terasa letih sangat. Aku membaringkan kepala, melihat syiling yang ditampal beberapa bintang yang berlampu. Tenang aje apabila dipandang. Dalam hati aku berharap supaya esok akan jadi hari yang baik untukku. Aamiin.

HARI cuti, apa yang aku selalu buat? Kemas rumah aje la. Dah memang rutin harian aku bab bab nak mengemas rumah ni.

Sedang aku sapu menyapu di ruang tamu, telefonku berdering di atas meja. Aku mencapai telefon itu, terpapar nama Raisa. Tangan menggesel ke butang hijau dan butang speaker di tekan.

"Assalamualaikum tuan puteri!" sapanya riang,

"Waalaikumussalam, kenapa kau tiba-tiba call ni?" soalku.

"Nak call sepupu kesayangan sendiri pun tak boleh ke? Tak ada apalah, aku bosan. Ingat nak ajak kau jalan-jalan." jelas Raisa,

Aku menganggukkan kepala, biasalah Si Raisa ni memang tak boleh duduk rumah diam-diam. Bila cuti, kalau boleh satu dunia dia nak jelajah.

"Yalah, aku tanya daddy ngah dulu."

"Ala, daddy ngah mesti bagi punya."

Sedang aku berborak dengan Raisa, tiba-tiba daddy ngah datang menyapa. Aku terus menoleh ke belakang.

"Apa yang Airis nak tanya?" soal daddy ngah yang datang entah dari mana. Baru sahaja aku mahu menjawab, Raisa terlebih dahulu memotong melalui panggilan.

"Daddy ngah, Raisa nak culik Airis bawa jalan-jalan boleh kan daddy ngah?" pinta Raisa spontan.

Daddy ngah sudah melebarkan senyumannya, lalu daddy ngah mendekati ke arah aku lalu mendekatkan wajahnya ke telefonku.

"Culik sampai esok pun boleh, Raisa." balas daddy ngah lalu merebahkan diri ke atas sofa.

Aku tergelak kecil melihat gelagat bapa saudaraku dengan sepupuku seorang ini. Mereka berdua ni kalau dah bercantum, pecah otak fikir cara nak pisahkan.

"Mantap la daddy ngah, nanti Raisa bagi hadiah." ujar gadis itu. Ada-ada ajelah dua orang ni.

RAISA menarik tanganku keluar dari perut kereta, dia lalu membawaku masuk ke dalam satu mall. Aku menayangkan wajah hairan.

"Apa kita buat dekat sini?" soalku,

"Shopping la, kenapa?" jawabnya.

Aku membuat muka tak puas hati, malah dia membalas dengan muka sengih. Dia tahu aku tak suka membeli-belah ni, patut la tak nak bagitahu nak pergi mana.

"Ala, Airis bukannya selalu kan?" ujarnya sambil membuat muka memujuk.

Aku mengeluh perlahan, ikutkan aje lah Airis. Kalau kau bantah pun dia paksa. Monolog aku sendiri. Aku mengangguk tanda setuju. Raisa sudah melompat gembira.

"Okey, jom kita shopping dulu!" cadangnya, aku hanya mengangguk mengeyakan.

Banyak betul Raisa ni borong, kalau boleh satu kedai ni hampir dibelinya. Kami kini melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia. Kaki aku picit perlahan, hampir cabut dek kaki ini bahana jalan terlalu lama.

"Lama lagi ke? Jom la balik." aduku,

"Ala, last last. Kita pergi makan dekat kedai tadi." rayu gadis itu,

"Yalah, nasib baik aku lapar." kataku, Raisa mula tersengih.

Sampai sahaja kami di kedai makan, aku dan Raisa melabuhkan punggung. Tak sampai berapa saat, satu pelayan menuju ke arah kami untuk mengambil pesanan.

Selesai memesan, Raisa meminta diri untuk pergi ke tandas, sakit perut katanya. Nak lepaskan hajat.

Aku hanya memandang skrin telefonku, kelihatan wallpaperku yang bergambar kami sekeluarga. Aku, mama, abah.

"Eh, perempuan. Seorang je ke." Sindir yang tiba-tiba didengar di gegendang telinga membuatkan aku menolehkan kepala ke arah tuan empunya suara. Aku mengeluh kecil.

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now