𝟎 𝟑

384 26 6
                                    

AKU menayangkan wajah biasa seraya mengeluh perlahan.

"Kau nak apa, Karla?" soalku dingin,

Gadis itu tergelak sinis, tangannya disilang ke dada. Dia memandang ke arahku.

"Aku sapa sepupu aku sendiri, tak boleh ke?" Dia menyoal kembali. Tetapi dengan nada sinis.

Aku hanya diam, tidak berkata apa-apa. Tak sampai beberapa saat, tibalah figura Raisa yang datang dari tandas.

Aku dan Karla menoleh ke arahnya serentak, Raisa hanya melihat ke arah Karla dengan wajah yang mula menyampah. Datang dah bala, keluh hatinya.

"Lah, keluar dengan sepupu kesayangan rupanya." kata Karla berbaur sinis.

"Jadi, apa masalahnya kalau dia keluar dengan aku? Kau cemburu eh, sebab tak ada sepupu kesayangan?"

"Kesian kau, mesti lonely kan." Dengan tak semena-mena mulut Raisa memulakan kerjanya.

Terdiam Karla seketika, lantas dia menjeling ke arah sepupunya itu. Tanpa ucapan selamat tinggal, terus gadis itu beredar dari situ. Raisa lalu melabuhkan punggungnya.

"Koyak la tu." kata Raisa, aku hanya tersenyum kecil lalu menggelengkan kepala berkali-kali.

AKU membuka pintu seraya memberi salam, daddy ngah dengan laju menjawab. Aku menyalam tangan daddy ngah.

"Kau orang pergi mana je tadi?" soal daddy ngah.

"Daddy ngah bukan tak kenal anak saudara daddy ngah seorang tu. Shopping aje yang dia tahu."

Daddy ngah tergelak kecil, sudah masak sangat dengan perangai anak saudaranya itu.

"Oh, Airis. Sebelum daddy ngah lupa, musim cuti nanti, kita ada family day dengan family Rayyan. Saja, nak eratkan hubungan keluarga sebelum Karla dan Rayyan kahwin nanti." terang daddy ngah.

Aku terdiam seketika, air liur ditelan kelat. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Takut? Tak, aku tak takut. Aku tarik nafas panjang.

"Airis okey ke?" soal daddy ngah.

Aku mengangguk tanda okey. Aku tak mahu disebabkan hal itu hubungan keluarga kami dengan keluarga Rayyan renggang.

"Tak apalah kalau macam tu, Airis naik dulu ya daddy ngah." ujarku meminta diri, daddy ngah mengangguk.

Aku memasuki bilik lalu mengunci pintu bilik. Badan disandarkan di muka pintu, kepala juga diletak di muka pintu. Aku mengeluh panjang. Aku minta sangat, sepanjang percutian tu, dia tak ganggu. Aku minta sangat.

Aku mengambil telefon dari dalam poket, nombor Raisa ditekan. Telefon diletakkan di telinga.

"Assalamualaikum, Rai." sapaku,

"Waalaikumussalam Ris, ha sebelum kau nak cakap apa-apa, kau dah tahu belum pasal family day tu?" potongnya laju.

"Itu la yang aku nak tanya, aduh macam mana ni?" soalku cemas,

"Kau relax, jangan panik. Tak apa, nanti kita tengok macam mana nak adjust." putus Raisa, aku hanya setuju.

BARANG aku bawa masuk ke dalam bonet kereta Serena C27 18Y, barang daddy ngah dan aku semua sudah dimasukkan. Tinggal beg si dua anak beranak tu aje. Beg mereka saja sudah dua atau tiga, perginya seminggu, barangnya seperti nak ke sana sampai sebulan.

Aku mengangkat beg mummy ngah, melangkah ke arah kereta. Beg mummy ngah sudah dimasukkan, kini tinggallah barang-barang Karla.

"Eh, Airis. Tak perlu la angkat beg Karla tu. Dia boleh angkat sendiri." halang daddy ngah sebaik sahaja aku mahu mengangkat barang anak perempuannya.

"Karla, angkat barang kamu ni." arah daddy ngah.

Kedengaran dengusan daripada gadis itu, telefon yang dipegang tadi diselukkan ke dalam beg Guccinya. Sempat dia menjeling ke arahku.

"Airis kan ada, daddy. Suruh aje la dia angkatkan. Nanti tangan Kar ni kasar." adunya manja.

"Karla Amelia, Airis bukan pembantu rumah kita." tegas daddy ngah dengan nada lembut.

Dia mencebik, badan di tegakkan lalu dia meangangkat barangnya. Karla mendengus sambil menahan betapa beratnya begnya. Padan muka kau, getus hatiku.

"Beratlah, daddy!" bentaknya.

Daddy ngah hanya menggelengkan kepala, tahu pun beg tu berat. Apa yang diletaknya pun tak tahu.

Mayat agaknya.

Selesai memasukkan ke semua barang, kami tanpa membuang masa terus bergerak menuju ke destinasi.

"Waiting for me, my baby Rayyan!" jerit Karla tiba-tiba,

Telingaku diketuk beberapa kali, bingit telinga aku sebab si dia ni jerit. Mahu pekak esok lusa.

TIDAK dapat dinafikan, indah sungguh ciptaan Kau, Ya Allah. Tak terkata indahnya permandangan di situ, tambahan pula homestay itu terletak di laut. Udara yang segar membuatkan aku lebih bersemangat.

"Airis, best gila view dekat sini! Esok pagi kita mandi nak, mesti sejuk." cadang Raisa dengan perasaannya yang teruja.

Aku hanya mengangguk setuju, bukan selalu nak luangkan masa bersama keluarga sebegini. Kadang kala, papa long ada kerja dia luar negeri. Kalau bukan papa long, boleh jadi daddy ngah. Biasalah, masing-masing memegang jawatan CEO.

Sedang seronok kami semua menikmati keindahan alam, sebuah kereta yang berjenama Mercedes Benz memakir di satu lot parking yang kosong. Mereka keluar dari perut kereta.

"Assalamualaikum, Khairul, Khairil." sapa lelaki tua itu.

Daddy ngah dan papa long membalas salamnya, lalu mereka bejabat tangan. Ya, aku kenal wajah itu. Uncle Fakhrul, papa kepada Rayyan Zafrel.

"Mama," sapa Karla terlebih dahulu lalu mencium tangan Aunty Raisha.

"Sopannya bakal menantu mama ni, untung Rayyan dapat perempuan macam Karla ni tau." puji wanita itu, Karla sudah tersipu malu.

Raisa yang berada di sebelahku hanya buat muka mahu muntah, aku terus menyikunya. Suka hati dia aje buat muka begitu. Maklumlah, Si Raisa ini memang straight to the point orangnya.

"Depan sopan la, kalau belakang setan pun confuse siapa setan sebenarnya." bisik Raisa menyindir.

Aku menahan ketawa, menahan perut ini dari memecahkan suasana. Sampailah aku terasa seperti diperhatikan. Aku pantas memandang ke arah lelaki itu, dia tersenyum herot ke arahku. Aku diamkan diri.

MALAM yang agak sejuk, aku mahu keluar bersiar-siar. Aku mahu mengajak Raisa tapi itulah, dia sudah dilamun mimpi, tak mahulah aku ganggu.

Aku perlahan-lahan berjalan di tepi laut itu, angin yang agak kuat menampar pipiku. Aku memeluk tubuh, sejuk. Nasiblah aku membawa kopi panas bersama.

Tiba-tiba aku terlanggar satu figura lelaki yang membuatkan kopi yang berada di tanganku terus tertumpah di atas baju lelaki itu. Tergamam aku dibuatnya.

"AllahuAkhbar, saya minta maaf, encik. Saya tak sengaja!" ucapku maaf, Ya Allah Airis, cuainya kau, cuai, cuai, cuai!

"Maaf? Kau ingat dengan maaf kau tu boleh keringkan baju aku?" ujarnya dengan nada dingin.

Aku diam. Dalam hati sedang menahan geram. Benda boleh basuh bukannya tak boleh, itu pun nak marah tahap gaban.

"Saya dah minta maaf kan, tak payah la marah." Lancang mulutku membalas.

"Eh, cik, dah salah tu, buat cara salah." tuturnya dingin dengan nada menyindir. Selepas dia berkata demikian, kakinya melangkah pergi.

Aku yang hanya terkaku disitu sudah bermonolog sendiri.

"Ewah, sedapnya tutur bahasa. Aku dah minta maaf kut, ada juga yang makan sepak layang aku ni kang."

Dah la mood baru elok, dah rosak balik sebab lelaki tiang tu.

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now