𝟎 𝟓

379 27 5
                                    

DULANG jag yang berisikan air teh o panas aku bawa ke depan lalu meletakkan di atas meja makan untuk sarapan pagi ini. Manakala Raisa membawa nasi goreng yang baru saja siap.

"Airis, tolong panggilkan semua turun makan ya." pinta mama long, aku hanya mengangguk akur.

Di tingkat dua, baru saja aku mahu menuju ke bilik daddy ngah dan mummy ngah, sebelah tangan Rayyan pantas mengepung tubuhku.

"Boleh tak jangan kacau aku? Rimas." tuturku.

"Wow, my baby dah garang ya? I like it." Senyuman nakal diukir perlahan.

Mataku tajam memandang ke arahnya, mata kami bertentangan. Tangan Rayyan naik mahu menyentuh pipiku namun pantas aku menepis.

"Mesti kau tak sabar nak jadi mandul kan?"

Aku pantas menolak tubuh sasa itu menjauh dariku, lalu mata menjeling ke arahnya apabila melihat dia hanya tersenyum sinis.

Pintu bilik daddy ngah diketuk pelan. Tak lama selepas itu pintu dibuka, kelihatan wajah daddy ngah yang melebarkan senyumannya ke arahku.

"Morning, Tuan Khairul." ucapku formal.

"Morning, Cik Airis." Daddy ngah membalas.

Kami berdua tergelak kecil,

Selepas semua sudah dipanggil untuk turun, kami duduk di tempat masing-masing. Nasi sudah diletakkan di dalam pinggan, air pula sudah dituang ke dalam gelas.

"Rayyan, baca la doa." suruh daddy ngah,

Rayyan hanya mengangguk lalu membacakan doa makan, kami semua mula menadahkan tangan.

Sepanjang di meja, susah aku mahu menikmati makanan akibat diperhati. Lelaki itu tak lepas memandang ke arahku. Kalau aku jolok mata tu kang, biar buta terus.

Nasib anak orang, kalau tak jangan harap kau dapat tengok dunia lepas ni.

PETANG itu, aku mengemas barang-barang lalu masukkan ke dalam beg bagasi. Mata kini tertarik ke arah satu gambar, aku mencapai sekeping gambar itu. Gambarku bersama mama dan abah. Aku tersenyum, gambar itu dicium sekilas.

Tipu la aku tak rindu kedua ibu bapa yang penat lelah menjagaku dahulu? Walaupun hanya sempat sepuluh tahun bersama mereka.

Tenang dekat sana ya, mama, abah.

"Hoi, Airis. Cepat la kemas barang kau tu, lembab betul la." desis Karla tiba-tiba dari luar.

Aku membuat wajah mengejek, aku tahu dia tengah dalam mood tak baik. Maklumlah, dah nak balik, tak boleh nak jumpa tunang kesayangannya itu. Tapi, peduli apa aku?

Usai kemaskan semua barang, aku keluar dari bilik. Aku menuju ke arah daddy ngah yang sedang memasukkan barang-barang yang lain ke dalam bonet kereta.

"Meh la, Airis tolong." pelawaku.

"Tak apalah, Airis. Sikit aje lagi ni," balas daddy ngah,

"Ala tak apa. Lagi pun Airis tak ada benda nak buat."

"Yalah."

AKHIRNYA, tibalah kami di rumah. Aku menolong daddy ngah mengangkat barang memasuki rumah.

"Karla, ambil barang kamu ni." arah daddy ngah,

Karla mencebik,

"Biar aje la Si Airis tu angkat." balasnya, apa dia fikir aku orang gaji dia ke?

"Karla Amelia, barang kamu ke barang Airis?" tegas daddy ngah,

"Fine! Di mata daddy memang Kar je yang salah, apa yang perempuan ni buat semuanya betul! Sampai dia nak rampas Rayyan dari Karla pun, daddy tak nampak!" Tak ada angin, tak ada ribut, Karla tiba-tiba membentak.

"Awak ni, dengan anak bukan main tegas kan? Tapi dengan budak tu lembut aje bercakap." bidas mummy ngah pula,

Aku hanya diam tanpa menyertai pembalahan itu.

"Awak tu, yang manjakan dia sangat. Sampai semua arahan kita dia nak bantah."

Kata-kata daddy ngah itu cukup menusuk ke dalam hati wanita itu, dia terdiam seribu kata. Tanpa berkata apa-apa, terus mummy ngah dan Karla melangkah pergi dari ruang tamu.

"Ris, jangan terasa ya dengan kata-kata dia orang tu." pinta daddy ngah,

"Tak ada apalah, daddy ngah. Ris okey je."

Meskipun aku masih tertanya-tanya apa kesalahanku terhadap mummy ngah dan Karla sampai sanggup layan aku dengan teruk, namun aku hanya butakan hati.

"Airis pergi la rehat dalam bilik dulu." suruh daddy ngah, aku hanya mengangguk.

Aku memasuki bilik lalu melabuhkan punggung di atas kerusi seketika, melepaskan keletihan. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan.

Aku bingkas bangun lalu kini menuju ke balkoni. Sliding door dibuka. Hidung menghirup udara malam, sejuk.

Aku duduk di atas kerusi yang berada disitu. Aku memandang ke atas, melihat bulan dan bintang-bintang yang tidak terkira jumlahnya. Cantik.

Tanpa sedar air mutiara turun mengalir ke pipi, aku menundukkan kepala. Membiarkan air mata itu jatuh.

Rindu. Aku rindu mama dan abah. Andai mereka masih ada, mesti aku tak akan menyusahkan keluargaku sendiri. Andai mereka masih ada, pasti mereka ada di sisiku saat ini. Mama, abah, Airis rindu mama dan abah, rindu sangat.

Airis reda, Airis reda dengan takdir Allah. Mama dan abah tenang ya disana. Jangan risaukan Airis. Airis ada daddy ngah, Raisa, papa long dan mama long. Mama dan abah bahagia dekat sana ya, tunggu kami semua.

Air mata dikesat lembut, bibir menguntumkan senyuman. Ya Allah, aku tahu perancanganMu itu indah. Ajarkan lah diri ini untuk lebih bersyukur dengan kurniaanMu.

ICE'S Cafe. Kini dibuka seperti biasa. Akhirnya, langkah juga kaki ini ke dalam kafe kesayangan.

"Airis, Raisa. Macam mana cuti kau orang, best?" soal bos kami, Tuan Rashid.

"Boleh la, bos. Fifty fifty." balas Raisa laju.

Aku hanya mengeyakan jawapan yang Raisa beri, Tuan Rashid hanya mengangguk faham.

"Kalau macam tu, kerja boleh start macam biasa la ya." putus Tuan Rashid, kami berdua mengangguk.

Kami memasuki bilik staf untuk mempersiapkan diri. Apron yang berlogo Ice's Cafe disarung.

Kami pun memulakan kerja.

Tak lama selepas itu, seorang pelanggan memasuki kafe. Dia mengenakan baju berwarna putih seraya topi di atas kepala. Dia melabuhkan punggungnya. Tanpa buang masa, aku menuju ke arahnya.

"Order, sir?" Aku menyapa terlebih dahulu, wajahnya tidak kelihatan.

"Ice Cappuccino." balasnya ringkas.

"Itu aje ke?" soalku, dia mengangguk.

Aku pula mengangguk, kaki melangkah menuju ke arah Raisa. Pesanan sebentar tadi aku koyak lalu dikepit di gantungan kertas.

Siap saja air yang dipesan, aku membawanya ke arah si pemesan. Sedangku bawa, kakiku terlanggar kaki kerusi yang membuatkan aku hilang kawalan dan air yang berada di tangan tertumpah di atas baju lelaki itu.

Aku tergamam, argh Airis cuainya kau, cuai, cuai, cuai!

"Encik, s... saya minta maaf!" Aku pantas mengucap maaf sambil menundukkan sedikit badan.

Lelaki itu tidak memberi apa-apa respon lalu terus mengambil tisu, ingin mengelap bajunya yang sudah dibasahi airnya tadi.

Mata kami bertembung secara tidak sengaja, jelas kelihatan wajah terkejut dari kami berdua. Mataku terbeliak.

"Kau lagi?"

"Awak lagi?"

Allahu Rabbi, apa aku nak buat ni? Kenapa dia lagi?

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now