𝟎 𝟒

362 26 3
                                    

AKU bersiap sambil mengenakan baju jersi muslimah yang berwarna biru tua seraya tudung bawal putih.

Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku memusingkan dedaun pintu. Sampai aku di ruang tamu, kelihatan daddy ngah, mummy ngah dan Karla sedang bersarapan bersama keluarga Rayyan. Mereka memandang ke arahku serentak.

"Airis, mari lah sarapan sekali." pelawa daddy ngah, aku pantas menggeleng.

"Tak apalah, Airis sarapan dengan Raisa." Aku menolak pelawaan daddy ngah.

"Yalah, hati-hati ya, Airis." Aku mengangguk faham.

Usai memberi salam, aku tanpa membuang masa terus keluar. Kasut sport disarung ke kaki. Sambil itu aku menghelakan nafas lega, nasib la papa long dan mama long ada ajak aku keluar sarapan sekali. Boleh aku lari dari sarapan satu meja dengan keluarga lelaki itu.

"Oi, Airis. Kau ni, cepat la sikit!" jerit gadis itu.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala perlahan-lahan, excited betul sepupu aku seorang ni.

"Ya, ya, sabar la."

Selepas tali kasut diikat kemas, baru lah aku bangun dari duduk. Tanpa berbasa-basi, Raisa terus menarik lenganku.

SAMPAI aje di hadapan satu kedai makan, kami melangkah masuk ke dalam. Makanan di sini sedap-sedap kata orang.

"Airis, Raisa. Oder la apa yang kau orang berdua nak oder, hari ni papa long belanja." pelawa papa long terlebih dahulu,

Aku dan Raisa sudah memandang antara satu sama lain, senyuman bermakna telah terukir. Terus kami menarik buku menu untuk memesan makanan. Mama long dan papa long hanya tergelak kecil.

"Raina kesayangan abang nak makan apa?" soal papa long kepada mama long,

"Apa abang ni, panggil Raina macam tu. Malu la depan anak-anak."

Aku dan Raisa hanya tersenyum miang melihat adegan romantik itu, papa long ni memang tak sah kalau tak beromantika dengan isteri dia.

Pesanan yang kami oder tadi sudah pun tiba di atas meja. Raisa pantas membaca doa makan sebelum memegang sudu untuk mencedok Nasi Lemak di hadapannya itu.

Sedap sungguh rasa nasi ni. Sekali suap, pasti nak lagi. Boleh jadi tempat kegemaran aku ni. Noted.

"Ya Allah, sedapnya makanan dekat sini. Nak aje Rai tambah tiga pinggan lagi." ucap Raisa, kami hanya tergelak kecil.

"Berhenti sebelum kenyang, Rai sayang. Nanti tak habis takkan nak bagi Airis yang habiskan?" usik mama long.

"Ish, mama ni. Mana ada la, makanan dekat sini memang sedap-sedap. Kan Airis kan?" soal Raisa ke arahku tanda untuk mengeyakan apa yang dia kata.

Aku hanya tersenyum lalu mengangguk, tak boleh dinafikan, makanan di sini semuanya sedap, sesuai dengan apa yang mereka katakan.

AKU keluar dari bilik lalu menuruni tangga, kelihatan daddy ngah, mummy ngah dan Karla seperti bersiap-siap.

"Eh, Airis. Lupa nak bagitahu, kami nak keluar dengan keluarga Uncle Fakhrul, untuk persiapan wedding Rayyan dan Karla. Airis nak ikut ke?" soal daddy ngah sebaik sahaja melihat kelibatku.

"Daddy, kenapa nak ajak dia pula? Nak bagi dia peluang untuk dia goda tunang Kar?" bentak Karla laju.

"Karla."

"Tak apa, daddy ngah. Airis tak nak ikut." potongku sambil mengukirkan senyuman.

"Airis betul ke, Raisa tak ada ni?" soal daddy ngah lagi dengan nada yang agak risau, yalah, mana tak risaunya, aku nak tinggal seorang.

Aku mengangguk mengeyakan, masih dengan keputusanku. Aku tak mahu ikut, keputusan muktamad.

"Yalah, tapi kalau ada apa-apa, call daddy ngah atau papa long. Faham?" pesan daddy ngah,

Sekali lagi aku hanya menjawab dengan anggukkan kepala.

Hilang sahaja kenderaan milik daddy ngah dari pandangan kasar, aku menghela nafas bersahaja. Tiba-tiba rasa nak bersiar-siar di luar pula. Aku pantas mencapai sandal sarung untuk disarungkan ke kaki.

Aku berjalan-jalan di tepi laut yang berombak seraya angin yang menampar lembut pipiku. Seronok melihat keindahan petang yang dicipta oleh Yang Maha Berkuasa, sampai tidak sedar yang gelangku tercicir dari tanganku.

Dia tersedar akan hal itu, terus dia mencapai gelang yang tercicir sebentar tadi. Dia terlihat sedikit ada tulis yang bertulis nama penuh yang berada di pergelangan gelang itu. Nur Airis Inara.

"Cik, ni. Gelang cik jatuh tadi." Kedengaran suara garau dari belakangku memanggil.

Aku terus menoleh ke belakang melihat ke arah si tuan empunya suara.

"Ya Allah, terima kasih, encik." Senyumanku terus mati apabila melihat wajah lelaki yang berada di hadapanku saat ini. Begitu juga dia.

"Kau?"

"Awak?"

Kami berkata serentak.

"Kau lagi? Memang dah tak ada makhluk lain ke Allah nak temukan aku? Kau juga yang muncul." keluhnya,

"Eh, helo. Awak fikir saya nak sangat ke tengok muka awak? Tolong la, sikit pun saya tak ingin." balasku pula.

"Bising la."

Mata mula menjeling ke arah lelaki itu sambil menayangkan riak wajah menyampah.

"Apa-apa aje la, Encik Tiang." Giliranku pula menyindir.

Kelihatan wajahnya pula kini tidak puas hati dengan cara aku membalas.

"Kau ulang balik apa kau cakap tadi?" arahnya,

"Tak ada, saya cakap, apa-apa aje la, Encik budiman." balasku sambil mengukir senyuman sinis.

Selepas berkata demikian, aku terus beredar dari situ. Malas mahu bertikam lidah dengan lelaki tu.

Ya ya aje Encik budiman, kutuk hati lelaki itu seraya menghadiahkan jelingan ke arah gadis yang berada di hadapannya itu.

Tiba-tiba satu panggilan masuk ke dalam notifikasi telefonnya, lelaki itu lalu membuka telefonnya. Nombor sepupunya yang berada di paparan skrin. Dia menggesel ke butang hijau.

"Assalamualaikum, Han. Jawab pun, kau ada dekat mana? Aku cari dekat kafe tak ada pun." soal seseorang yang berada di dalam talian,

"Waalaikumussalam. On the way." Terus dia mematikan panggilan.

AKU merebahkan diri di atas katil, teringat kejadian tadi. Sakit hati aje la bila difikirkan. Kedua-dua belah tanganku ditadah.

"Ya Allah, semoga aku takkan jumpa lagi dengan lelaki tiang tadi tu. Boleh buat sakit jantung aje kalau jumpa dengan dia, baru jumpa dua kali dah boleh buat aku gila. Minta la dijauhkan aku dengan makhlukMu yang seorang itu, Ya Allah. Aamiin."

Kalau ikutkan hati nak aje aku cekik dia sampai jumpa illahi. Bantal berbentuk panda digenggam kuat melepaskan geram lalu ditumbuk-tumbuk bantal lembut itu.

"Takkan la perangai dia cenggitu sebab aku pernah tumpahkan air atas baju dia je? Macam la mahal sangat baju tu, entahnya beli bundle." bebelku seorang diri,

Mataku mengerling ke arah jam dinding, jarum pendek sudah hampir dengan pukul 2 membuatkan aku terus berlari anak menuju ke bilik untuk menunaikan solat fardhu.

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now