𝟏 𝟎

272 17 2
                                    

TERBUNTANG mataku apabila melihat tuan si jawab, dia lagi? Biar betik?

"Awak lagi?" soalku,

Farhan hanya menyangkan wajah dingin, wajah yang sama seperti pertama kali berjumpa.

"So, we meet again shorter?"

"Helo, saya ada nama, Airis. Panggil saya Airis, bukan pendek. Awak tu yang tiang, bukan saya yang pendek." berangku, mataku menjelingnya sekilas.

"Dan aku pun ada nama, Farhan. Bukan tiang." balasnya sinis. Ambil kau, emotional damage. Aku hanya membalas dengan jelingan.

"Kate, macam mana dengan keadaan dia ni?" soal Farhan ke arah Hana,

"Alhamdulillah, keadaan Cik Airis tak terlalu teruk, saya dah bawa keluar peluru. Balutan kena tukar setiap kali sebelum Cik Airis nak tidur, sapu minyak, lambat laun dah boleh gerak macam biasa." terang Hana panjang lebar, aku mengangguk faham.

"Terima kasih, Hana." ucapku,

Hana menguntumkan senyuman manis ke arahku, cantik orangnya.

Tiba-tiba kepalaku terasa pening yang amat sampaikan aku mengenggam kepalaku. Telinga mula berdesing kuat, membuatkan aku mengerang sakit.

"Cik Airis okey?" soal Hana dengan nada cemas,

Aku mengangguk,

"Sakit kepala sikit." balasku,

"Rehat, jangan banyak gerak." pesan Farhan tiba-tiba, aku memandang ke arahnya.

Farhan tanpa berlengah, dia mengatur langkah keluar dari bilik itu. Kini tinggal lah aku dan Hana di dalam bilik itu.

"Pelik," ujar Hana tiba-tiba. Aku mengangkat kening, apa yang pelik?

"Kalau Cik Airis nak tahu, Tuan Farhan bukan macam tu orangnya. Nak buka mulut pun susah, unless ada benda penting. Tiba-tiba main pesan-pesan pula, tak pernah ada dalam kamus hidup dia." cerita Hana,

"Ni first time saya dengar dia cakap banyak, walaupun tak banyak, siap berpesan lagi." sambungnya lagi. Aku mengangguk.

Mungkin aje dia rasa bersalah kerana tidak sengaja libatkan aku sekali dalam urusan mereka? Boleh jadi.

SUDAH beberapa jam aku berada di dalam bilik besar itu, aku hanya membuat meneliti dekorasi bilik yang besar ini.

Mana tidaknya, bilik saja besar macam sultan punya bilik. Macam tidak percaya pun ada yang aku sedang duduk di atas katil yang mewah.

"Kaya betul mamat ni, rumah pun macam istana." gumamku sendiri,

Walaupun hati ini kagum dengan hiasan bilik ini, namun hatiku memikirkan nak balik aje. Tapi dihalang oleh Hana atas arahan Farhan. Dia kata aku perlu berada disini buat sementara waktu. Tak lama, tak cepat.

Aku membuka telefon, terlihat banyak notifikasi yang terpapar di skrin. Aku membuka aplikasi WhatsApp.

Raisa

21:45 - kau kat mana?
22:10 - kau dah balik ke?
22:10 - balas la cepat wei
02:15 - dey tambi tak reti balas ke??

Aku tersenyum melihat mesej sepupuku itu, risau betul. Aku cepat-cepat menekan butang call. Raisa mengangkat panggilan.

"Ris, kau pergi mana ha, tahu tak aku risau? Tak reti nak balas chat aku ke?" soal Raisa bertubi-tubi bercampur perasaan marah.

"Ya, aku minta maaf sebab lambat balas. Aku dah sampai rumah." tipuku, demi tidak mahu keadaan jadi kecoh.

"Kut ya pun, bagitahu la aku terus. Buatnya kau tak balik rumah? Nanti daddy ngah tanya aku macam mana?" bebel Raisa pula,

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now