𝟏 𝟏

244 21 3
                                    

AKU mengucap berkali-kali.

"Astaghfirullahalazim, Fahim. Kenapa awak pandang saya macam tu?" marahku, ada ke dia tinjau kepala sambil senyum seram macam tu?

Fahim sudah terkekek ketawa, dia lalu menuju ke araku sambil membiarkan pintu bilik terbuka demi mengelakkan apa-apa fitnah. Dia menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Awak dah okey, Airis?" soal Fahim,

"Alhamdulillah." balasku pula.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" Kini aku pula menyoal, pelik. Macam mana dia tahu aku berada di sini? Fahim hanya mengukirkan senyuman.

"Farhan." Aku mengangguk faham.

Fahim lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan meja yang aku duduki.

"Saya sebenarnya nak minta maaf, bagi pihak sepupu saya tu. Sebab misi dia orang, awak jadi mangsa." tutur Fahim memecahkan suasana sunyi.

"Eh, tak ada apalah. Memang takdir saya, nak taknak saya kena reda." jawabku tenang.

"Fahim," panggilku. Lelaki itu pantas menoleh ke arahku. Dia mengangkat sebelah keningnya tanda menyahut panggilanku itu.

"Misi apa yang awak maksudkan?" soalku,

Fahim hanya diam, aduh aku terlepas cakap, gumam hatinya. Fahim diam seketika.

"Kau tak perlu tahu, Airis." Tiba-tiba suara itu mencelah, aku dan Fahim memandang ke arah Farhan serentak.

Farhan dengan perlahan datang ke arah kami, wajah dingin dia tayangkan membuatkan aku tidak berani berkata apa-apa.

"Betul apa yang Farhan cakap, awak jangan risau la. Kita orang tahu halal haram, takkan la kita orang nak buat kerja terkutuk kan?" ujar Fahim membelahi sepupunya.

Aku mengangguk lambat. Betul juga apa yang Fahim kata, walaupun aku baru saja mengenali mereka, aku percaya yang mereka tidak akan buat perkara yang keji sebegitu.

"Cukup kau tahu yang misi kita orang berbahaya. Lepas aku hantar kau balik, anggap je yang semua ni tak pernah terjadi. And don't let yourself get involved in this anymore."

MALAM yang tenang, aku membuka sliding door untuk menikmati udara malam. Hati sudah mula melompat teruja. Esok dah boleh balik dan hidup aku akan jadi seperti sedia kala, rindunya rumah.

Tiba-tiba terlintas dalam fikiran tentang apa yang Farhan katakan siang tadi.

"Anggap je yang semua ni tak pernah terjadi."

Lihat dari riak wajahnya, dia memang betul-betul tak nak ada kena-mengena dengan aku lagi. Senyumanku semakin pudar.

"Cik Airis, buat apa tu?" sapa Hana tiba-tiba dari belakang, aku hanya menayangkan senyuman.

"Tak ada apalah, Hana. Saja, pandang permandangan malam ni. Rasa tenang je hati." balasku,

"Ada apa ya, Hana?" soalku pula.

"Oh, saya nak ajak Cik Airis makan malam sama-sama dengan Tuan Farhan dan Tuan Fahim." jelas Hana,

Aku mengangguk faham, entah kenapa aku rasa tak ada selera untuk makan malam ni. Tak sedap badan mungkin.

Baru saja aku mahu membuka mulut, Hana terlebih dahulu memotong.

"Tuan Farhan said, no excuse, Cik Airis. I'm sorry." kata Hana lagi, aku mengetap bibir. Mamat tu macam tahu-tahu aje aku nak menolak, aku mengeluh perlahan.

Aku lalu mengangguk setuju untuk makan malam, aku meminta Hana untuk meninggalkan aku sendirian dalam beberapa minit. Hana hanya akur lalu dia keluar dari bilik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now