𝟎 𝟗

287 21 1
                                    

SAMPAI saja Farhan di markas, kelihatan ramai anak buah mereka sudah berkumpul di satu meja untuk merancang strategi sebelum memulakan misi.

"Ghost!" sapa Emir atau gelarannya sebagai Leo sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat,

Mereka berjabat tangan,

"Long time no see, Ghost."

"Ya, makin banyak parut kau, Leo." gurau Farhan,

Emir tergelak kecil, pandai kawannya seorang ini buat lawak.

"Biasa la, musuh kita pun bukan calang orang." balas Emir selamba,

Farhan dan Emir berjalan menuju ke arah meja itu, semua anak buah mereka memberi tunduk hormat ke arah Farhan. Lelaki itu hanya mengangguk.

"Okey, kita mula dengan strategi kita. Team one. Phoenix, Ricky, Carl. Aku nak kau orang pergi ke markas Russo. Cari file dan pendrive tu. Dan pastikan tak ada orang dapat kesan kehadiran kau orang." Mereka bertiga mengangguk faham,

"Team two. Justin, Theo, George dan Owl. Jaga luar, defend team one. Siapkan senjata kau orang. Selagi tak terima arahan dari aku, jangan tembak." terang Farhan lagi,

"Team three. Spike, Logan, Lion. Jaga bahagian security. Jangan terlepas pandang. Logan, aku percayakan kau untuk buat kerja ni. Hack komputer untuk dapatkan lokasi markas dia orang." sambungnya, Logan mengangguk akur.

"Dan yang terakhir, team four. Aku, Leo, Tiger dan Gabriel. Kita orang akan jaga dari atas siling. Tiger, tingkat satu sampai tingkat tiga. Gabriel, tingkat empat sampai tingkat enam. Leo, tingkat tujuh sampai tingkat sembilan. Dan aku, sepuluh sampai tingkat dua belas. Kita kena pasang perangkap, aku percaya kau orang semua untuk kerja ni. Jangan kecewakan aku."

"Baik, Ghost!"

Tanpa membuang masa, semua bergegas menyiapkan senjata masing-masing. Mereka mengenakan penutup muka untuk menjaga identiti.

"Gerak."

AKU mengelap meja yang kotor itu sebaik sahaja pelanggan itu keluar, malam semakin menjelma.

Aku dan Raisa bersama rakan sekerja kami yang lain berehat di bilik staf seketika, waktu begini memang tak akan ada pelanggan yang masuk.

"Good job, everyone. Kau orang lakukan kerja dengan baik. So, untuk reward, saya nak belanja kau orang makan." jelas Tuan Rashid,

Kami dari mata yang hampir terkatup, terus segar bola mata masing-masing.

"Serius la, bos?" soal kami serentak,

"Ya, dah. Cepat siap, saya tunggu dekat luar." putus Tuan Rashid,

Tanpa melengahkan masa, kami semua terus membuka apron masing-masing lalu digantungkan di dinding.

"Kenapa tiba-tiba bos nak belanja eh?" soal salah seorang dari rakan sekerja kami, Fadhil. Tukang masak di kafe ini.

"Jangan banyak tanya boleh? Ini lah yang dinamakan rezeki." balas seorang lagi rakan sekerja kami, Alisha.

"Entah nya kau ni, Fadh." balas seorang lagi, Haikal.

Kami tergelak kecil.

Sampai di tempat yang dituju, Cloud Restaurant. Kami melangkah masuk ke dalam restoran itu. Jangan cakap lah, semua orang dah ternganga besar apabila melihat di dalam restoran itu. Restoran itu seperti restoran mewah, hanya untuk orang yang ada-ada sahaja.

"Bos, betul ke tempat ni?" soal Haikal,

Tuan Rashid mengangguk tanpa ragu-ragu.

"Yalah, kenapa?" soal Tuan Rashid.

"Tak adalah, bos. Macam mahal je." sambung Fadhil,

Tuan Rashid tergelak sendiri, kepala lalu digelengkan berkali-kali. Geli hati agaknya melihat pekerja-pekerjanya seperti tidak pernah ke restoran mewah sebegini.

"Saya belanja kau orang, jangan risau. Lagi pun, atas usaha kau orang juga. Selalu amanah dengan kerja yang saya bagi, tak pernah curi tulang." balas Tuan Rashid.

"So, you deserve this. Just enjoy our dinner okay?" Bola mata kami mula bersinar dengan jawapan yang Tuan Rashid berikan. Ini lah dinamakan apa? Rezeki.

Selesai kami makan, Tuan Rashid bergegas menuju ke arah kaunter untuk membayarkan bil.

"Bukan main banyak kau orang oder, kan? Pantang bos kasi makan free." Alisha menyeloroh, Fadhil dan Haikal hanya menyengih.

"Okey, semua dah kenyang?" soal Tuan Rashid sebaik sahaja datang ke arah kami semula,

Kami mengangguk,

"Terima kasih, bos. Sebab belanja kita orang makan. You're the bestest boss ever!" bodek Haikal,

"Amboi, bodek ke ni?" Terletus ketawa masing-masing.

"KITA orang balik dulu, nanti dah sampai rumah roger la." ujar Alia bersama Haikal dan Fadhil yang sudah mahu bergerak balik. Maklumlah rumah mereka bertiga dekat.

Aku dan Raisa mengangguk,

Hilang sahaja kelibat kereta Bezza 1.3 X itu dari mata kasar, perutku secara automatik terasa seperti dipulas sampai membuatkan aku terbongkok sedikit.

Raisa yang menyedari aku sebegitu terus dia memegang belakang tubuhku.

"Eh Airis, kau okey tak?" soal Raisa muka cemas,

"A... aku okey, aku nak ke tandas sekejap. Kalau bas dah sampai kau balik je la dulu, jangan tunggu aku." Selepas berkata demikian, terus aku meninggalkan gadis itu seorang diri.

Terjengkek-jengkek aku berjalan untuk menuju ke tandas. Haihlah, duhai perut, kenapa waktu macam ni baru kau nak buat hal? Sampai saja di depan tandas awam, selepas doa masuk ke tandas dibaca, kaki pantas melangkah masuk ke dalam.

Usai membuang segala apa yang patut, aku keluar dengan keluhan yang lega. Perut diteran untuk menambahkan lega.

Sedang aku berjalan seorang diri, aku dikejutkan dengan bunyi satu tembakan dari jauh. Aku tersentak. Kemudian dibalas dengan satu lagi das peluru, kemudian dibalas lagi, aku terus berlari dari kawasan itu, namun tidak semudah yang aku sangka, satu das peluru menembusi lengan kiriku membuatkan aku terjatuh lemah.

Aku mengerang sakit sambil menyentuh bahagian bahu yang ditembak, darah yang tadi terpercik hebat kini tak berhenti keluar dari lenganku.

"Leo, cover aku!" Satu suara yang dapat aku dengar datang mendekatiku, dia melindungi aku.

Kedengaran suara tembak-tembakan yang kuat membuatkan aku pening, mataku mulai kabur akibat darah yang tak berhenti keluar.

"Tolong bertahan, jangan mati!" jerit lelaki itu yang didengar samar-samar. Akhirnya mataku ditutup rapat.

MATAKU dibuka perlahan-lahan. Terasa sakit dek anak mata akibat cahaya terang yang menembusi kornea mata.

Badan dengan perlahan dibangunkan, melihat tanganku yang di IV drip membuatkan aku hairan, aku di hospital kah? Melihat keadaan bilik itu, tidak seperti di hospital. Di mana aku sekarang?

Baru sahaja mahu menggerakkan tubuh, tiba-tiba terasa perit di bahagian bahu kiriku. Dengan perlahan aku mengerang sakit, baru aku teringat, bahuku baru saja ditembak.

Lelaki yang selamatkan aku semalam, dia ke yang bawa aku ke sini?

"Cik Airis dah sedar?" soal seorang gadis yang baru saja masuk ke dalam bilik itu.

Aku hanya diam, tidak menjawab soalan gadis itu. Dahiku mula berkerut.

"Saya Hana." sapa gadis itu mesra sambil menayangkan senyuman, aku hanya membalas senyumannya.

"Hana," panggilku, dia menoleh.

"Saya dekat mana ni?"

"Rumah aku."

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now