𝟎 𝟖

298 23 1
                                    

HARI ini, hari kepulangan daddy ngah dan papa long bersama mama long. Tipu lah aku tak teruja mahu berjumpa dengan mereka.

Aku, Raisa, mummy ngah dan Karla menunggu di flight, sementara menunggu, aku dan Raisa menuju ke kedai yang menjual makanan ringan berdekatan tempat duduk kami. Manakala mummy ngah dan Karla leka bermain telefon mereka.

5 minit selepas itu, kami pun kembali ke tempat duduk. Bersama makanan yang baru sahaja kami beli.

"Cuba kau rasa flavour strawberry ni, sedap." ujar Raisa sambil menghulurkan coklat yang berperisa strawberry ke arahku. Aku mengambilnya dari tangan Raisa.

Kami hanya berborak kosong, sambil menunggu ketibaan daddy ngah, papa long dan mama long. Selepas beberapa minit, kedengaran nama kami berempat dipanggil.

Terus kami bangun lalu berlari anak ke arah mereka, Karla dan mummy ngah hanya mendekati mereka tanpa apa-apa reaksi. Aku memeluk daddy ngah bersahaja, melepaskan rindu. Lalu menyalam tangan daddy ngah. Begitu juga dengan Raisa kepada orang tuanya.

"Rindunya dekat mama dan papa." renget Raisa manja, papa long dan mama long hanya menguntumkan senyuman. Ini kalau Abang Raikal tengok, mesti muntah hijau.

Raikal Malique, abang kepada Raisa yang sedang belajar di oversea sekarang, di Sicily, Italy.

"Airis, tak rindu daddy ngah?" soal daddy ngah tiba-tiba,

Aku hanya menguntumkan senyuman, gila tak rindu? Daddy ngah aje lah yang selalu bersama aku bila aku susah dan senang.

"Mestilah rindu, daddy ngah Airis kan." balasku.

MALAM itu, aku berjalan seorang diri. Raisa sibuk, meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta. Aku tak mahu la kacau dia.

Aku tiba di atap bumbung bangunan, lalu aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di situ. Melihat jumlah bintang yang tidak terkira bersama satu bulan yang terang.

Ia mengingatkan aku tentang mama dan abah, aku rindukan mereka. Rindu sangat. Pada malam yang semua orang boleh bermanja bersama ibu bapa yang tersayang, sedangkan aku hanya keseorangan. Tanpa teman tidur, teman cerita.

Tanpa sedar, air mataku mengalir membasahi pipi. Mulut diketap rapat. Tangan naik mengesat air mata.

"Jangan nangis, Airis. Jangan nangis." pujukku sendiri,

"Nanti mama dan abah sedih, Airis. Jangan nangis." sambungku lagi, masih memujuk diri untuk tidak lemah.

Ya, aku kena kuat untuk hadapi sakit ini seorang diri. Aku tak boleh lemah, aku tak nak mama dan abah sedih sebabkan aku nangis.

"Sayang," Satu suara memasuki gegendang telinga, aku kenal suara tu.

Aku pantas menoleh ke belakang, tiada orang. Aku mencari dimana punca suara itu.

"Mama?" panggilku,

"Anak abah," Aku menoleh ke belakang.

Mata mula berkaca apabila melihat dua susuk tubuh yang amat aku rindui. Bibirku getar apabila melihat wajah mereka yang suci.

"M... mama, abah?"

Mereka tersenyum, lalu mengajakku menangkap dakapan mereka berdua. Selangkah demi selangkah aku menuju ke arah mereka. Terus mereka menarikku ke dalam pelukan.

Aku tak mimpi kan, Ya Allah? Aku tak mimpi kan?

"Airis tak mimpi kan, mama, abah? Airis tak mimpi kan?" soalku,

Air mataku dikesat oleh tangan lembut mama.

Mereka hanya menguntumkan senyuman manis, lalu mereka menghadiahkan satu kucupan di kepalaku yang berlapikan dengan tudung.

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now