Chapter 5🦋

1.1K 42 0
                                    

Happy reading gess
Typo? Comment ajee🤪

"Harini kau nak masak ke nak makan dekat luar?" Tanya Zayden kepada isterinya.

"Saya masak lah. Kenapa? Awak tak suka masakkan saya ke?." Tanya Zyva dengan nada yang agak sedih.

"Tak perlu nak buat drama sedih dekat sini la. Aku tanya je, mana la tahu, kau malas masak."

"Eh cakap tu biar elok sikit. Saya rajin eh masak dekat rumah."

"Entah-entah masak telur je kau reti."

"Belum cuba belum tahu. Saya takut nanti awak menyesal sebab cakap saya pandai masak telur je."

"Tak ada masa lah aku nak menyesal sebab cakap kau pandai masak telur je. Daripada menyesal sebab cakap kau pandai masak telur, lebih baik aku menyesal sebab tak dapat nak imamkan arwah Helena." Helena ialah adik kepada Zayden. Helena meninggal kerana kemalangan ketika mahu melintas jalan untuk pulang ke rumah. Sejak arwah Helena meninggal, keluarga Zayden tidak membenarkan Zayden dan adik-beradiknya melintas jalan kerana takut perkara yang sama berulang lagi.

Zyva tersentak dengan apa yang baru dikatakan oleh Zayden kerana, semasa kejadian itu berlaku, Zyva bersama dengan arwah Helena. Perbezaan umur mereka hanyalah 1 tahun. Jadi, semasa waktu pulang sekolah, Zyva dan Helena akan pulang ke rumah bersama-sama.
_______________________________
Selepas sahaja makan tengah hari, Zyva dan Zayden naik ke mini surau untuk menunaikan solat fardhu zohor.

"Assalamualaikumwarahmatullah, Assalamualaikumwarahmatullah." Selesai memberi salam, Zyva dan Zayden menadah tangan untuk membaca doa.

"Ya allah kau ampunilah dosa semua hamba mu, kau berikanlah hidayah buat hamba mu ini untuk membuat lebih banyak ibadah. Kau peliharalah aku dan isteriku ya allah. Amin ya rabbal a'lamin."

Selesai membaca doa, Zyva menyalam tangan Zayden lalu menggantung telekung yang dipakai olehnya.

_______________________________
"Kau tak penat ke? Rehat la dulu. Nanti sambung buat kerja rumah tu."

"Tak apa lah dah nak habis pun buat kerja rumah ni."

"Hmm, lepas habis basuh pinggan tu, pergi la  duduk dekat ruang tv dekat atas kalau kau nak. Aku ada  dekat atas."

"Okay Zayden."
_______________________________
"Wah, besarnya ruang tv ni. Awak selalu stay sini seorang je ke?"

"Alhamdulillah allah bagi aku merasa ada rumah yang cukup lengkap. Dan untuk soalan kau, tak. Aku selalu ajak kawan-kawan aku lepak dekat sini sama-sama."

"Ohh ingat kan Zayden stay sorang je dekat ruang yang cukup besar ni."

sewaktu Zyva dan Zayden sedang menonton tv, tiba-tiba Zyva mendengar bunyi guruh dan kilat. Dengan serta-merta, Zyva memeluk Zayden. Zayden hanya membiarkan. Dia tahu bahawa Zyva memang takut akan bunyi guruh dan kilat. Sejak mereka masih kecil, Zyva memang takut akan bunyi guruh dan kilat.

"Zayden, saya takut." Kata Zyva bersertakan tangisan kecil.

"Halah, guruh pun nak takut ke. Budak-budak pun berani."

Selepas beberapa minit Zyva di dalam pelukan Zayden, Zyva tertidur. Mungkin kerana penat membuat kerja rumah dan menangis.

"Huhh dah tidur pula dekat dada aku si anak burung murai ni. Tak pasal-pasal aku pula nak kena bawa kau masuk bilik. Nasib baik bilik dekat."

_______________________________
Sorry guys, ini ja yang saya mampu tulis pada masa ini. Minta maaf juga sebab jarang update chapter baru.

 Minta maaf juga sebab jarang update chapter baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri paksa rela | CWhere stories live. Discover now