Chapter 9🦋

927 32 1
                                    

"Eh, Zayden awalnya awak balik. Tadi cakap ada meeting."

"Aku balik sebab kau. Kau ada rahsiakan apa-apa ke daripada aku?."

"Eh, macam mana awak tahu saya rahsiakan kandungan saya?."

"Kandungan?."

"Iya lah. Saya mengandung."

"Anak tu bukan anak aku! Jujur saja lah anak siapa yang kau kandungkan tu! Aku tak percaya anak dalam perut kau tu anak aku! Benih lelaki mana pun aku tak tahu tiba-tiba kau nak cakap tu anak aku."

"Ini anak awak Zayden! Saya tak pernah rapat apatah lagi tidur dengan lelaki lain selain awak Zayden!"

"Habistu ini apa Zyva?" Zayden mencampak gambar-gambar ketika Zyva tidur bersama lelaki yang tak dikenali oleh Zayden mahu pun Zyva.

"Saya tak kenal pun lelaki tu sapa. Saya tak pernah jumpa langsung lelaki tu."

"Kalau kau tak kenal, macam mana kau boleh tidur dengan dia? Kau nak cakap ni semua tipu la?"

"Saya tak tipu Zayden. Dan saya betul-betul tak tahu apa-apa."

"Kau cakap la apa pun. Aku tak akan percaya. Dan lagi satu, lepas ni kau jangan tidur dalam bilik aku. Kau tidur bilik lain, bilik tetamu ke bilik stor ke ikut suka kau la."

"Sampai hati awak biarkan saya tidur sendiri semasa saya mengandungkan anak awak Zayden. Kejamnya awak sekarang."

"Kau punca semua ni berlaku."
_______________________________
Sudah 1 minggu Zyva dan Zayden tidak menegur antara satu sama lain. Masing-masing buat hal sendiri walaupun tinggal di rumah yang sama.

"Aku nak pergi kerja. Mungkin aku balik lewat atau tak balik harini. Jadi, kau tak perlu tunggu aku balik rumah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Salam dijawab oleh Zyva.
_______________________________
"Tengah hari ni, aku nak hantar makanan untuk Zayden lah. Mana tahu, dia lembut hati."

Zyva membungkus makanan yang dimasak olehnya sebentar tadi.

"Huhh semua dah siap. Tinggal nak hantar je."

Setelah beberapa minit memandu, tibalah Zyva di tempat kerja suaminya. Tempat kerja suaminya hanya mengambil masa 20 minit dari rumah. Tidak lah jauh mana, tetapi biasalah, waktu lunch mesti jalan jam.

"Ya allah, minta-minta Zayden tak marah aku hantar makanan untuk dia." Zyva berjalan ke office suaminya dengan senyuman yang sangat manis. Tak sabar nak jumpa suaminya.

"Assalamualaikum," belum sempat Zyva berkata apa-apa. Kakinya menjadi lemah. Lemah kerana melihat dia dicurangi. Namun dia kuatkan juga dirinya untuk terus berjalan ke dalam office suaminya.

Posisi Zayden dan Firzanah membuatkan air mata Zyva tak berhenti mengalir. Zayden sedang memeluk Firzanah yang berada di atas ribanya.

"Zayden! Sampai hati awak curang semasa saya tengah kandungkan anak awak! Jadi, sebab perempuan ni lah awak tak nak balik ke rumah kan!"

"Apa yang kau nampak ni semua tak betul. Perempuan ni dah perangkap aku! Aku tak akan buat benda tak elok tu dekat office lah." Zayden menolak Firzanah supaya menjauhinya.

"Zayden, apa yang you merepek ni tadi, you yang ajak I masuk ke sini kan. You kata, wife you tak kisah." Sampuk Firzanah yang sudah berada di lantai kerana ditolak oleh Zayden.

"Awak berbahagialah dengan dia. Selepas ni, saya tak akan kacau hidup awak lagi." Zyva pulang ke rumah dalam keadaan yang sedih. Tidak disangka olehnya Zayden akan menduakannya.

"Zyva, tunggu dulu." Tidak menoleh, Zyva pergi meninggalkan office suaminya.

"Ini semua salah kau! Kau lah punca isteri aku salah faham. Aku tak akan maafkan kau sampai mati Firzanah. Kau memang perempuan murah."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri paksa rela | CWhere stories live. Discover now