Chapter 23 💫

649 12 2
                                    

"Saya nak kita cerai."

"Habistu anak kita macam mana Zyva?"

"Saya lahirkan dia seorang diri. Saya berpantang seorang diri, dan saya jaga dia selama 4 bulan seorang diri Zayden."

"Tolong bagi saya peluang kedua Zyva. Haritu awak tak dengar penjelasan saya langsung."

"Saya minta maaf Zayden. Hati saya dah cukup sakit dan saya dah tawar hati dengan awak. Pintu hati saya dah tertutup untuk semua orang."

"Takkan tak ada langsung rasa cinta dan sayang untuk saya Zyva?"

"Tak ada Zayden."

"Baik, saya terima keputusan awak Zyva. Tapi saya ada 2 permintaan sebelum kita cerai."

Zyva berasa kesal akan Zayden kerana dia hanya menerima keputusan untuk bercerai. Namun dia juga berasa lega kerana dia sudah bebas dari ikatan yang menyakitkan itu.

"Apa syaratnya Zayden?"

"Awak tolong beritahu details tentang anak kita."

"Baik, nama anak saya Zayn Haqeem. Lahir pada tanggal 7 November. Berat masa dia lahir 3.5 kilogram. Dia dilahirkan secara normal dan nama panggila dia Haqeem."

"Terima Kasih. Syarat kedua, kita pergi ke mahkamah dan pejabat agama sama-sama."

"Naik satu kereta?"

"Ya, nanti saya datang ambil awak. Assalamualaikum."
_______________________________
"Kamu berdua ni betul-betul nak cerai ke? Tak kesian dekat Haqeem ke Zyva? Macam mana dengan masa depan kamu berdua Zyva?" bertalu-talu soalan yang diberikan oleh puan Laila.

"Yea mommy, kami nak cerai. Zyva tak akan pisahkan Zayden dan Haqeem. Setiap kali hujung minggu Zayden akan datang berjumpa Haqeem. Dan untuk masa depan Zyva dan Haqeem, mommy tak perlu risau. Zyva dah uruskan semuanya."

"Mommy nak halang pun dah tak boleh, jadi mommy doakan yang terbaik je lah untuk kamu berdua."

"Zayden dah sampai tu mommy. Zyva pergi dulu ya. Mommy jaga Haqeem elok-elok tau. Kalau jadi apa-apa dekat Zyva nanti, mommy jaga Haqeem dan sayang Haqeem macam mana mommy sayangkan nyawa mommy dan keluarga kita. Assalamualaikum mommy. Zyva sayang mommy sangat-sangat."

Puan Laila risau mendengar kata-kata anaknya itu. Namun Puan Laila cuba menyedapkan hatinya.
_______________________________
*Semasa dalam perjalanan ke mahkamah.

"Zyva, Zayden cuma nak Zyva tahu yang hati Zayden hanya untuk Tengku Zyva Aulia dan Zayn Haqeem. Takkan ada yang mampu gantikan tempat kamu berdua. Semoga keluarga kecil kita bertemu semula di syurga Allah SWT kelak."

"Lepas cerai, awak boleh kahwin lagi Zayden. Ramai wanita diluar sana yang mahukan awak."

"Saya tak boleh Zyva. Hati saya dah tertutup rapat untuk orang lain."

"Macam mana dengan makan dan pakaian awak nanti Zayden?"

"Mama saya ada."

"Ingat Zayden, manusia takkan hidup selamanya. Mama awak pun dah hampir 65 tahun. Biarlah dia berehat."

Tidak sempat Zayden mahu membalas, Zyva menjerit kerana didepan mereka ada sebuah lori minyak yang hilang kawalan dan sedang menghampiri kereta yang dianaiki oleh mereka.

"Pegang tangan saya Zyva!"

sebaik sahaja Zyva memegang tangan Zayden, lori yang membawa minyak itu terus melanggar kereta yang dinaiki oleh mereka.
_______________________________
*smartphone milik Puan Zyva berdering

Puan Laila menyeret logo yang berwarna hijau untuk mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, ini Puan Laila ibu kepada Puan Tengku Zyva Aulia ke?"

"Ye saya ibu kepada Puan Tengku Zyva Aulia. Ada apa ya?"

"Puan Zyva terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tengah hari ini. Puan Laila boleh datang ke Hospital untuk maklumat yang selanjutnya."

"Baik, terima kasih."

*tiba di hospital

"Doktor, macam mana dengan anak saya? Dia selamat kan doktor?"

"Saya minta maaf puan, kami tak dapat selamatkan kedua-dua orang mangsa kemalangan. Mereka kehilangan banyak darah dan digilis oleh lori tangki minyak. Sekali lagi saya minta maaf kerana tidak dapat selamatkan kedua-dua mangsa."

"Allahu akbar, anak saya abang. Zyva dah tak ada abang..." Luluh hati seorang ibu mendengar kabar berita anaknya sudah tidak bernyawa.

"Laila, kuatkan diri untuk cucu kita. Dia perlukan kita. Dia masih bayi, ingat pesan yang Zyva cakap tadi tu Laila."

"Abang, Zyva satu-satunya anak kita dah tak ada abang! Satu-satunya teman saya dah tak ada abang." Puan Laila tidak lagi mampu untuk berdiri. Kakinya menjadi lemah untuk terus berdiri. Hatinya sedih dan sakit.
_______________________________
Selepas selesai kebumikan Zyva dan Zayden, puan Laila masuk ke dalam bilik Zyva. Haruman Zyva membuat puan Laila merasa tenang. Bilik Zyva dipenuhi frame dan polaroid gambar keluarga, gambar Haqeem dan gambar kegemaran Zyva.

"Mommy redha dengan kepergian kamu Zyva, tapi mommy rindu. Mommy risau kalau mommy tak mampu nak jaga Haqeem macam mana kamu jaga dia."

"Mommy doakan anak mommy ditempatlam dikalangan orang yang beriman sayang."

-TAMAT-

-TAMAT-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri paksa rela | CWhere stories live. Discover now