Chapter 14🦋

669 23 0
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Tidak terasa sudah 4 bulan Zyva menetap di bumi New Zealand. Kandungannya pun sudah memasuki usia 5 bulan.

Zyva mengusap perutnya yang semakin membuncit. Zyva rindu suaminya, tetapi ego telah menguasai diri. Egonya terlalu tinggi sehingga kebahagiaannya hancur begitu sahaja.

"Anak mama, mama minta maaf sebab pisahkan awak dengan papa. Mama taknak, tapi keadaan memaksa mama. Jujur, mama memang rindu papa awak." Sejak awal kehamilan Zyva, bercakap dengan bayi di dalam perutnya ialah satu rutin harian.

"Membesar dengan sihat ye sayang, nanti awak jadi penguat hati mama untuk terus hidup." Zyva mengusap perutnya sambil tersenyum manis.

_______________________________

"Zayden, sampai bila kamu nak tenung gambar Zyva tu." Puan Ainee sebak melihat anak lelakinya yang semakin murung.

"Zayden akan tenung gambar ni sehingga Zyva pulang kepangkuan Zayden semula."

"Mama tahu, Zayden rindu Zyva. Tapi janganlah macam ni. Mama yakin Zayden dan Zyva akan bertemu juga. Tapi mungkin bukan sekarang. Kalau dah jodoh, tak kemana."

Zayden tidak memberi respon, hanya termenung keluar jendela. Jiwanya kosong saat ini.

Hidup Zayden seakan dihantui oleh Zyva. Setiap sudut dirumah Zayden mempunyai banyak kenangan bersama Zyva.

Setiap malam Zayden akan memeluk baju abaya milik Zyva. Satu-satunya baju yang tinggal di dalam wardrobe milik isterinya. Mungkin Zyva sengaja meninggalkan sehelai baju miliknya. Dapat lah juga Zayden melepaskan rindu.

_______________________________

Firzanah buntu dengan hidupnya sekarang. Rancangannya tidak menjadi! Firzanah berharap Zayden menceraikan Zyva dan kahwin dengannya. Tetapi, lain pula jadinya.

Sudah banyak cara dia lakukan agar Zayden melupakan Zyva. Namun cinta Zayden terhadap Zyva terlalu kuat. Walaupun jauh dimata, dekat dihati.

"Perempuan tu memang tak guna! Kau dah musnahkan semua rancangan aku Zyva. Zayden benci aku sebab kau!" Firzanah sudah hilang kawalan. Semua benda di depan matanya dibaling kearah dinding.

Selepas Firzanah mendapat berita tentang kehilangan Zyva, dia beranggapan bahawa rancangannya sudah berjaya. Tetapi nasib tidak menyebelahi dirinya. Rancangannya gagal.

Zayden juga sudah tahu tentang rancangan Firzanah untuk menghancurkan rumah tangganya bersama Zyva. Leo sendiri yang telah menyebarkan semua rancangan Firzanah selepas 5 hari kehilangan Zyva.

_______________________________

Go follow my ig and tiktok acc
Ig: [@ datgurlll.zaff ]
Tiktok: [@ western.gurll ]

gurll ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri paksa rela | CWhere stories live. Discover now