Chapter 22 💫

376 16 0
                                    

"Zyva, fikir masa depan kamu dan anak kamu sebelum buat keputusan. Jangan terlalu cepat buat keputusan. Minta petunjuk dari Allah, buat solat istikharah.

Puan Laila sentiasa menasihati Zyva agar tenang dan buat keputusan dengan bijak. Jika dibiarkan sahaja, menjanda lah Zyva.

"Mommy, Zyva memang dah fikir masak-masak. Zyva akan failkan penceraian kami berdua selepas kami berjumpa nanti."
_______________________________
"Mama, Zayden keluar dulu ya, nak beli barang keperluan dan melawat mommy kejap."

"Ha iyelah elok-elok bawa kereta tu."

"Ye mama."

Zayden pergi ke pasaraya untuk membeli barang keperluannya dan sedikit buah tangan untuk puan Laila.

Semasa sedang memilih barang keperluannya, Zayden berselisih dengan puan Laila. Tanpa membuang masa, Zayden menyapa puan Laila.

"Eh, assalamualaikum mommy, mommy buat apa kat sini?" Sapa Zayden

"Mommy beli barang sikit ni ha. Barang dekat rumah tu ada yang dah habis, jadi mommy datang la sini nak beli barang. Zayden pula buat apa dekat sini?"

"Ohh, Zayden beli barang keperluan sikit, lepastu ada beli buah tangan untuk mommy. Niatnya nak pergi ke rumah mommy lepas beli barang ni."

"Lah, buat susah-susah je beli buah tangan. Nanti kita balik sama-sama ya."

"Alah mommy, mana ada susah. Lagipun Bukan selalu."
_______________________________
Setelah tiba di rumah puan Laila, Zayden tolong mengangkat barang yang dibeli oleh puan Laila tadi. Dalam leka mereka berborak, Zyva membuka pintu rumah.

Zyva dan Zayden sama-sama terkedu. Keadaan menjadi janggal buat seketika. Zayden sedang memproses apa yang dilihat olehnya, manakala Zyva pula sedang memikirkan bagaimana caranya untuk mengelak daripada Zayden.

"Zyva naik dulu."

"Zyva tunggu."

Zayden menarik pergelangan tangan Zyva untuk menghentikan pergerakan Zyva.

uwerkk uwerkk uwerkk

Haqeem terjaga dari lenanya menangis apabila melihat ibunya tiada di sisi.

"Anak saya nangis. Tolong lepaskan tangan saya."

Zayden mengekori Zyva pergi ke ruang tamu yang diduduki oleh Haqeem.

"Kenapa awak ikut saya ha?"

"Saya nak tengok anak saya Zyva."

Zyva menahan tangisnya apabila melihat Zayden memangku anaknya. Haqeem pula hanya diam dan kembali lena di pangkuan papanya.

tbc...

tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri paksa rela | CWhere stories live. Discover now