Chapter 11 🦋

790 31 0
                                    

"Abang Zahreen, Zyva harap sangat abang faham situasi Zyva. Zyva datang ke sini pun sebab Zyva nak ketenangan. Zyva perlukan masa untuk tenangkan fikiran dan terima kenyataan Zayden tak cintakan Zyva."

"Abang faham situasi Zyva. Tapi Zyva tak rasa ke apa yang Zyva buat ni salah. Keluar tanpa izin suami, tak dengar dulu penjelasan daripada dia."

"Zyva tahu semua tu, tapi Zyva pun ada hati dan perasan. Dia fitnah Zyva macam-macam, lepastu dia curang pula. Kalau betul dia cintakan Zyva, dia tak akan curang. Kalau Zyva tak pergi office Zayden haritu, mungkin sampai sekarang Zyva diperbodohkan oleh dia."

"Kalau itu yang buat Zyva bahagia, abang tak akan halang dah. Abang cakap bukannya Zyva dengar."
_______________________________
Sudah 3 hari Zayden berada di New Zealand. Zayden yakin isterinya berada di sini. Tetapi dia masih tidak dapat menjejaki keberadaan isterinya. Dia akui bahawa Zyva memang licik dan bijak.

Semasa awal perkahwinan, Zayden ada berikan Zyva satu smartwatch. Dengan smartwatch itu, Zayden boleh tahu keberadaan Zyva. Namun sekarang, Zyva tidak memakai smartwatch tersebut. Jadi, memang susah untuk tahu dimana Zyva berada.

"Dekat mana lagi aku nak cari kau Zyva. Tinggal empat hari je lagi aku dekat sini. Kalau aku tak jumpa kau, mesti mama kecewa." Ketika Zayden sedang berjalan, ada seorang wanita terlanggar bahu kirinya. Zayden toleh ke kiri untuk melihat siapa yang melanggar bahunya.

Zayden terkaku melihat wanita tersebut. Matanya ada iras-iras mata Zyva. Tetapi wajah wanita itu telah ditutup menggunakan purdah. Jadi Zayden tidak dapat memastikan wanita itu Zyva atau hanyalah wanita asing.

"I'm sorry sir."

"It's okey." Balas Zayden.

Ketika Zayden sedang berjalan menuju ke apartment yang disewa olehnya, Zayden masih berfikir adakah wanita yang melanggar bahu kirinya tadi ialah Zyva atau orang lain. Suara wanita tadi memang seperti suara Zyva.

"Huhh, nasib baik aku pakai purdah ni, kalau tak, habis kantoi."
_______________________________
"Abang Zahreen, abang nak tahu tak Zyva jumpa siapa tadi?"

"Mesti Zyva jumpa Zayden kan."

"Eh, macam mana abang tahu, Zyva tak cerita lagi."

"Abang tahu la, dah banyak kali abang terserempak dengan dia. Abang nampak dia selalu duduk dekat café kegemaran Zyva."

"Kenapa abang tak bagitahu Zyva sebelum ni."

"Abang memang nak bagitahu Zyva, tapi bila fikiran balik, biarlah Zyva sendiri nampak usaha Zayden untuk mencari Zyva. Biar Zyva tahu, dia memang cintakan Zyva."

"Kalau dia cintakan Zyva, kenapa dia curang abang?"

"Zyva ada dengar penjelasan dari dia tak?"

"Tak ada dan Zyva taknak dengar."

"Zyva sendiri pun tak dengar penjelasan dari dia, lepastu Zyva nak cakap Zayden tak cintakan Zyva pula. Cuba dengar dulu penjelasan dia, mana kita tahu dia kena perangkap dengan perempuan tu."

"Sudah la, Zyva taknak dengar pasal dia lagi."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri paksa rela | CWhere stories live. Discover now